Tuesday, September 09, 2008

~Ramadhan @ Tarim Hadramaut (2)~




Kini Acara kemuncak Ramadhan...


Setelah bersiap-siap untuk bersolat terawih,Kami solat Isyak dahulu.Then apabila selesai,solat Qadak isyak pula(masing2).

Dan kini yang ditunggu-tunggukan...iaitu solat terawih bersama Saiyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz.Subhanallah,Bila habib mengimamkan itu,terasa AlQuran itu sedang berinteraksi dengan Kita.Ada ayat2 tertentu diulang-ulang oleh habib.Ada sehingga lebih dari 5 kali.

Teringat lagi ayat 'tundukkan pandangan'(surah An-Nur),Habib ulang ayat penghunjungnya 'inna Allaha khobirum bima yasna'un',lebih dari 5.Kita selaku yg leka mentadabbur ayat ini,cube sedaya upaya untuk menghayatinya ketika itu...kenapa habib ulang2 ayat ini?sememangnya ade sesuatu yg ingin disampaikan.Terasa seolah-olah habib itu ingin pecahkan tembok2 yang menghijabkan kita dari menangis atau memahami maknanya yg tersirat dalam ayat tersebut.Jika Sekali dibaca tidak terasa,ulang2 lagi ayat itu sampai terasa.Subnallah!

Setelah selesai berterawih jam 10 mlm,solat witir 3 rakaat.Apabila selesai saja witir,kami yang (banat)perempuan bergegas untuk keluar pergi daras(pengajian) di rumah2 para auliya' dan solihin.Beg2 kami sudah siap di belakang musollah.Selesai saja solat,terus bersiap-siap dgn pakaian yang telah disiapkan sebelumnya untuk dipakai ke pengajian.Dalam 5 atau 10 min bus2 sudah tersedia diluar untuk membawa kami.Kalau lambat,tertinggal atau tak cukup bus.kerana itu,sangking semangat sangat untuk menuntut ilmu dan ziarah ke rumah para auliya' sampai cadar yg ada di belakang pintu keluar pun kalau boleh ingin dibawa sekali dgn mereka(nasib tak tercabut).Dasyat2...hehe.

Setibanya kami di rumah yg ditetapkan oleh Isteri Habib Umar, beliau memberi pengajian kepada kami dengan dibaca beberapa kitab diantaranya kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi,Khutbah ramadhan oleh Al-Habib 'Ali Al-Habsyi.Setiap hari mempunyai giliran rumah masing2.Telah dilistkan nama2 rumah para auliya' yang bakal diziarahi bagi setiap hari.Dan kekadg itu dalam sehari,2 rumah.Pulang ke Dar-Zahra' dalam 12 lebih pagi atau 1 am.

Kerana sahur kami di sediakan dalam jam 3 pagi,Ada yang berjaga,memenuhkan masa dengan bacaan Quran atau sbgnya dan ada juga yang tido sekejap pun jadilah mcm alfaqir.

Bagaimana untuk mengaplikasikannya di negeri kita???

Di masjid2 pasti selepas terawih itu menyediakan ceramah2.Jadi,baik sangat lah kalau Kita ikutinya.Alhamdulillah...Allah banyak memudahkan kita jalan2 menuntut ilmu,cume terserah pada kita saja.Jangan sia-siakan nikmat besar yang berada di depan mata kita ini.Kata Ulama:'Hati,jika 3 hari berturut-turut,tidak mendengar ilmu atau kata2 hikmah,akan menjadi keras'.Bagaikan tanah gersang yg tidak disirami dengan hujan
.

Kemudian itu,selepas sahur,bersolat witir lagi dengan habib.After solat subuh n baca wirid subuh,Terus habib berikan pengajiannya atau dipanggil sbg 'rowhah' iaitu antara selepas subuh hingga waktu isyraq.Subhanallah...penyusunan masa yg habib susunkan buat kami cukup cantik.Masa2 yang sangat Rasulullah jaga dan para salafussoleh juga sgt bersungguh-sungguh agar tidak dalam kelekaan,sudah diisikan dengan aktiviti ibadah agar terjaga dgn ibadah dan tidak tido.

Rowhah habib mengambil dalam 1/2 jam.By the time rowhah habib selesai,Hampir masuk waktu israq.Bagi sesiapa yg ingin solat Isyraq...akan tunggu beberapa minit di musolla hingga masuk waktu.

TIPS:Bagi kita untuk jaga waktu2 special seperti antara subuh hingga Isyraq,buat sesuatu yg tidak membolehkan kita untuk tido.Kalau pagi2,ade pengajian...kita keluar ke pengajian tersebut agar tidak tido.Jika tiada,cari aktiviti yg tidak mengantokkan.Ada orang ,selepas solat subuh kalau baca quran atau zikir...confirm tertido,tapi kalau bukak internet memang segar-bugar matanya.Takpe,teruskan surf net,tapi surf web2 yg bermanfaat. Lama kelamaan,bile sudah menjadi kebiasaan kita tidak tido selepas subuh,Barulah isi dgn zikir2 atau pembacaan AlQuran.Mujahadah secara perlahan-lahan.

Firman Allah yg bermaksud:'Dan mereka yg bermujahadah di jalan kami,akan kami tunjukkan jalan2 Kami'.(Surah Al-Angkabut)


Dan seterusnya Acara KEMUNCAK juga ni(hehe)...TIDUR TIME.Ramadhan Disana,Jadual tido kene adjust sikit.Tidur malamnya ditukar pada siang hari.Kerana mereka,ahli tarim,pada waktu ramadhan, menghidupkan waktu malam mereka dan tidur malam mereka pada siang harinya.Subhanallah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boleh ikuti Solat terawih bersama Saiyidi Al-Habib Umar secara ONLINE @ website Habib Umar(click!),setiap hari Jam :8.25 PM (Mekkah),7.25 PM(Mesir) ,1.25 AM (S'pore).

Waktu seterusnya....Insya Allah...to be continued (3)!

No comments: