Tuesday, September 16, 2008

~Tips untuk Mengurangkan tido~



~Tips (1)-(6) ini diambil dari kalam Habib Umar Ibn Hafidz @ Dowrah Soifiyyah 2007(Summer Intensive Course).



(1)Jaga adab tidur.
Tidur sebagaimana Rasulullah tidur dengan menjaga adab2nya.

Diantaranya:

-Doa bacaan Rasulullah sebelum tidur

P/S:Bagi yang tidak hafaz,Tulis di kertas doa tersebut kemudian ditampalkan di tempat yg pertama kita akan lihat sebelum tidur.Pastikan doa tersebut tidak mengadap dengan kaki kita.Adab dengan Kalam Rasulullah juga perlu dijaga supaya tidak diharamkan kita dari mengamalkan dan menghidupkan sunnah2nya.

-Siwak

P/S:Sebaiknya gunakan Kayu siwak yg asli bukan ubat gigi siwak.Kalau kita seorang yg pelupa,letakkan kayu siwak kita itu di bawah bantal kita/bersebelahan dengan kita di katil.

-Baca surah Al Mulk

P/S:Letakkan AlQuran bersebelahan dengan kita,bagi yang tidak hafaz,dengan menjaga adab perletakan AlQuran tersebut contoh:letak disebelah kita tapi meletakkannya di tempat yg tinggi sedikit dari jasad kita.

-Mengadap Kiblat

-Ikut Cara Rasulullah berbaring:
Badan memusingkan ke kanan,telapak tangan kanan diletakkan di telinga /pipi kanan,dan tangan sebelah kiri memanjangkan ke peha di bahagian tepi kiri badan kita.(Harap dapat bayangkan yang betul)
.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kata Habib Umar dalam Rowhah Ramadhannya:
'Tolibul 'Ilm(Penuntut ilmu) adalah seorang yang mengagungkan Sunnah2 Rasulullah.'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(2)Baca ayat kursi selepas setiap solat

(3)Baca Subhanallah
(33 x Kali),Alhamdulilah (33 x Kali),Allahu Akbar(33 x Kali) sebelum tidur.Sepertimana yang Rasulullah ajarkan kepada Sayidah Fatimah dan Sayidina 'Ali.


(4)Istighfar sebelum terbenam matahari iaitu beberapa minit sebelum margrib

(5)Tidur dalam keadaan berwuduk


(6)Baca Surah Al-Kafirun.

Moga2 dapat diamalkan...


Ya Allah,Bantu kami untuk mengamalkan apa yang telah kami pelajari,
Hiasi peribadi kami dengan adab2 Rasulullah S.A.W,
Kami ingin menjadi ummah yang menyejukkan hatinya....

No comments: