Saturday, September 06, 2008

~Ramadhan @ Tarim,Hadramaut (1)~



Insya Allah...Moga2 cerita yang bakal Alfaqir ceritakan ini dapat memberi sedikit pedoman bagaimana nak hidupkan bulan Ramadhan KITA.

Mula dari waktu Marghrib...

Iftar kami,kami mula dengan dengan makan kurma sbgmana kita tahu ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w,dok berhalaqah dgn disediakan makanan ringan seperti jemput2.Time iftar ini,semuanya sudah bersiap-siap dengan wuduk untuk solat.Bila sudah menjamu kecil-kecilan,terus pecut ke Musollah untuk solat fardhu marghrib.Sebab...mereka nak rebutkan takbir pertama bersama Imam.

Ada dalam Hadis(kalau blh alfaqir ringkaskan)yg maksudnya:'Siapa yang mendptkan takbir pertama bersama imam selama 40 hari,diberi 2 kebebasan,bebas dari nifaq dan bebas dari api neraka'.

Habib Umar selalu tekankan pada kami:'Bukan dinamakan sbg tolibul 'ilm(penuntut ilmu)kalau kita tidak bersungguh-sungguh utk dptkan takbir pertama bersama Imam.Krn ia adalah pokok nya solat.Bagaimana kita ingin bergelar tolibul ilm sdg apa yang Rasulullah sgt mengutamakan kita utk lakukan ,kita tidak mengambil berat dan tak buat???'(Haiz...terdgr suara habib di telinga ni yang selalu ingat perkara tersebut).

Jadi,kalau mrk yg mkn byk time iftar sampai terlepas takbir pertama bersama imam,samada tunggu jemaah kedua atau masuk jemaah yg pertama,tapi selepas selesai,masuk jemaah yg kedua lagi utk dapatkan takbir pertama dgn Imam.Subhanallah...ini hanya dapat di tarim!!!

Selepas solat Fardhu,solat Qadak pula.Sbb,bulan ramadhan adalah bulan yang dilipat gandakan ganjaran.Yelah,tiada siapa yg solatnya sempurna (kecuali Rasulullah s.a.w)dan tak beranilah utk berkata yang solat kita itu diterima.Mana dengan tak khusyuknya dan kurang adabnya bila masuk ke hadrah Ilahi dan kekdg,kita pun tak teringat dan tahu yg kita ade qadak sebenarnya ialah time zaman2 jahiliyah.Allah musta'an...

Jadi apa salahnya kan,Kita rebut di bulan ramadhan ini utk qadak solat2 kita yg rongak2 belaka.Lebih bersemangat utk buat di bulan ini kerana ganjaran2 yg dijanjikan.Yang walaupun Kalau ikut bahasa tasauf itu,itu kurang eloklah sbg seorang hamba buat ibadah krn ganjaran.Tapi krn kita maseh tingkatan awam...jadi tidak mengapa.Lama-kelamaan setelah bermujahadah,bahasanya lain pula...kita beribadah itu bukan krn ganjaran tapi hanya krn melaksanakan kewajiban sbg hamba.Tiada lain.Take time...

Habis saja solat Qadak,Solat tasbih pula.Cube kita muhasabah diri kita...dalam sehari berapa banyak sajalah yang kita bertasbih bertahmid dan bertakbir.Nikmat mencurah-curah diberikan kepada kita,tapi krn kecuaian kita ini,membuatkan bibir kita ini tidak sempat nak ucapkan terima kasih kpdNYA sbg tanda syukur.Jadi,kita ambillah peluang dengan bersolat tasbih pada waktu ini utk memperbanyakkan tasbih,tahmid dan takbir.

Sepertimana yang kita tahu apa2 solat yg kita lakukan pada waktu antara marghrib dan isyak,ia dikira sbg solat Awwabin.Para salafussoleh sgt menjaga waktu ini dan menghidupkannya dengan ibadah.

Setelah itu....Masa yg ditunggu-tunggukan...MAKAN TIME.Kali ni,makan secara besar-besarannya.Menu makan,tak perlulah cite kat sini,bkn tujuan utama.

Kemudian,bila sudah isi perut semuanya...kami ade lebih kurang 1 jam untuk mempersiapkan diri utk terawih.Mana yg nak bersihkan diri,ambil masa itu utk bermandi-manda dan siapkan diri supaya bila kita masuk solat nanti,keadaan kita itu dalam sebaik-baik keadaan.

Waktu Isyak...Insya Allah...to be continued (2)!

No comments: