Wednesday, June 27, 2007

~Rehat Sebentar~


Bismillah
Allhumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala alihi...


Mohon maaf atas kekurangan tidak dapat terus update blog buat SEMENTARA WAKTU kerana berjauhan dari alam cyber.Sementara menunggu post2 yg akan datang ni,yang (insya Allah) lebih menjanjikan(hehe),diharapkan membaca post2 yang lalu dan ana pasti banyak lagi yang belom dibaca di PREVIOUS POST itu.Sabar menanti ye!!!Doakan ana selamat pergi dan selamat kembali.Stay stuned!

ma'assalamah....

Sunday, June 24, 2007

~~Hari semakin hampir~~






Segala pujian ku ucapkan ke hadrat Ilahi,
kerana akhirnya,
mengizinkan aku utk pulang semula,
ke bumi Tarim,
Siapa sangka,
siapa menduga,
Diri yang menyangka,
Pada waktu itu,
adalah kali yang terakhir,
Diri ini berpijak ke Tarim,


Kali terakhir,
Bersolat di musolla Daruz Zahra',
kali terakhir,
Di syurga duniawi,
Kali terakhir,
Mengikuti pengajian habib,
Kali terakhir,
Membaca wirid bersama,
Kali terakhir,
Melalui saat2 indah disana...

Kali ini,
Datangnya aku,
Membawa seribu harapan,
Seribu keazaman,
Aku tidak mahu mengambil sambil lewa lagi,
Atas segala apa yang dilakukan disana,
Kerana ia memberi kesan yang teramat,
Bila aku pulang nanti dari Tarim,
Terutama Aurad(wirid),


Ya Allah,
Bantu aku supaya aku menjalani setiap detikku disana,
Dengan penuh penghayatan,
Penuh keinsafan,
Penuh kesyukuran,

Ya Allah,
Engkau pimpin aku,
Dalam setiap apa yg bakal ku lakukan disana,
Biarlah kedatangan ku kali ini,
Adalah yg lebih baik dari sebelumnya,
Dan lebih bermakna lagi,

Baru kini,
Ku tahu,
Mengapa Engkau tidak mengizinkan ku,
Untuk ku terus duduk disana,
Malah Engkau gantikannya,
Dengan BumiMu yg bergelar sbg Bumi kinanah,
Tempat yang sekarang ini aku berada,


Kerana Engkau,
Akan pulangkan ku semula disana,
Engkau inginkan ku,
Supaya lebih menghargai,
Setiap detik yg dilalui disana,
Kali ini,
Aku tidak mahu mensia-siakannya lagi,
Bantu aku Ya Allah!


Engkau juga inginkan ku merasai,
Akan betapa besarnya nikmat,
Dapat menjejakkan kaki disana,
Betapa manisnya setiap saat itu,
Jika dipenuhi keta'atan,


Kini,
Tidak tergambar lagi,
bagaimana saatnya nanti,
Tika kaki ini mula menjejak masuk ke Daruz Zahra',
Penantian yang sekian lama,
kini,
DikabulkanNYA jua akhirnya....


Ya Allah...Mudahkan hajat2 mereka yang ingin kesana...Bijahi Sayyidin Nabiyy!

Wednesday, June 20, 2007

...Ilmu itu perlu Berguru...




Kata Sheikh Soleh Al-Ja'afari:

'Ilmu itu tidak didapati di garisan2 buku tapi ia didapati di dada2 para orang 'alim'



Ade seorang bertanyakan kepada Dr Yusri,Seorang Dr,yg mengajar Kitab Hadis Sohih Buhkari:

'kenapa Dr selalu sebut2 sheikh Ali Jumaah,kenapa tak disebut-sebut sheikh Sya'rawi?
(Allahyarham Shkh Sya'rawi merupakan diantara ulama yg terkenal dan disanjungi ramai disini.Beliau mempunyai karangan kitab Tafsir)
'.

*Pendapat peribadi ana:Penanya tersebut menanyakan sedemikian rupa kerana mungkin rasenya, kenapa semcm melebihkan shkh Ali Jumaah dari Syeikh Sya'rawi sdgkan sheikh Sya'rawi,shkh yg lebih patut disanjungi krn keilmuan dan sumbangannya.

Dr Yusri menjawab:

'Bukannya saya tidak menyanjungi Sheikh Sya'rawi...bahkan dia Seorang 'alim yang tak dapat lagi disangsikan lagi dgn ilmunya dan kewaliannya.Dia seorang 'alim besar.Cume aku sering sebut Shk Ali Jumaah sbb aku talaqi kitab dan ambil sanad/ijazah daripadanya.Shkh Ali Jumaah telah baca complete kitab sohih muslim dgn shkhnya,kitab sohih Bukhari dan byak lagi kitab2 lain(ana tak ingat kitab2 yg lain yg shk cakap).saya penah ikuti daras Shkh Sya'rawi di TV,tapi itu bukan belajar.Ilmu itu mesti diambil dari dada2 ulama yg mu'tabar(maknanya:duduk talaqi bersama ulama).Bukan di TV2,Radio2 dan internet.'

Bile ana dengar ini...

Hati ni terus cair dgn kekata Dr tersebut.Walau kekadg tu kita ikuti daras di TV,kita mendpat ilmu baru,tapi sebenarnya itu,kita belom lagi mendpatkan ilmu tersebut secara total.mungkin hanya maklumat baru...tapi dari sudut ilmu yg hakiki..kita belom dapatkan lagi.Ia harus dgn talaqi kitab dgn guru.Dan tidak cukup hanya dgn membaca kitab sendiri...perlu dirujuk pada guru.

~sekian~

Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah....Sollu 'alaihi!

Friday, June 15, 2007

~~~Nasihat Habib (1)~~~


Bismillah
Allhumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sallim...

Kata Habib Umar:" 'Tidak sepatutnya bagi tolibul ilm itu meninggalkan takbiratul Ihram yg pertama bersama imam."


Ahh...ana rindu kekata ini.selalu habib tekankan perkara ini bila disana.Sehinggakan ia buat ana tertanya-tanya dalam diri 'Kenapa eh habib selalu ulang2kan perkara ini??mesti ade rahsianya!dan aku harus selongkarinya!

Baru2 sampai hingga beberapa bulan...


memanglah ana selalu lepaskan takbir pertama bersama imam,tapi sejak habib selalu tekankan perkara tersebut,buat ana betul2 ingin tahu apa sebenarnya rahsia disebalik apa yg disuruh.

Krn habib ada ingatkan kami pada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:'Siapa yg solat berjemaah,mendapat takbiratul ihram pertama(bersama imam) selama 40 hari,dituliskn kepadanya 2 penglepasan.Penglepasan dari api neraka dan penglepasan dari Nifaq'.(Riwayat Tirmizi)

~Diambil dari kitab tahzib mishkatul masabih bagi Imam Muhammad bin Abdullah Alkhatib At-tibrizi Juz 1

Masya Allah!segala apa yang habib suruh tidak lain adalah dari sunnahnya Rasulullah s.a.w.


Sehinggalah beberapa bulan sblm ana berangkat pulang...


Terdetik hati ini,untuk membuat suatu azam utk mendapatkan takbir yg pertama bersama imam selama 40 hari berturut-turut krn ana begitu yakin disebalik apa yg habib tekankan itu,ade suatu rahsia,yg hanya orang yang membuatnya saja yg dapat merasai.


kata pepata arab:
'man la ya'taqid la yantafi'
(Maksudnya:siapa yg tidak menyakini,tiada manfaat)


Tidaklah hairanlah bagi mereka yang sudah merasai kemanisan tersebut.Ada seorang uktie itu,sanggup mengulang/solat kedua kali semata-mata utk mendapatkan takbiratul pertama bersama imam.misalnya,jemaah pertama merupakan jumlah yg agak ramai.Walau tidak dpt mendpat takbiratul pertama bersama imam,namun tetap ia rebutinya kerana jemaah yg ramai.Bukankah jemaah yg lebih ramai lebih afdol dari jemaah yg kurang bilangannya?

kemudian bile selesai solat berjemaah dgn jemaah pertama,beliau lihat2 kebelakang,jika ade jemaah lain yg ingin mulakan solat semata-mata krn takbiratul pertama bersama imam dan jika mrk blm mulakan(krn tunggu jemaah) atau baru saja mula takbir,beliau akan kebelakang dgn segera dan solat bersama jemaah yg kedua,yg tidak dapat ikuti bersama dgn jemaah pertama.Lihat!orang yg merebut-rebut takbir pertama bersama imam.

Disana,solat sendirian itu aib.Sehinggakan beliau offer lagi kepada sesiapa yg blm solat dan tidak dapat jemaah,kalau nak solat bilang dia,dia akan solat bersamanya dan menolong saudaranya utk mendpatkan pahala jemaah serta takbir pertama...Lihat!bagaimana org yg sudah menjadikan solat itu penyejuk mata buat diri mereka.

kalau di tempat lain,rasenya jumpa tak sahabat sebegitu?yg selalu kita agung2kan sahabat dunia akhirat,sanggup tak solat balik krn ingin menolong uhtie fillahnya utk dpat pahala jemaah serta takbir pertama bersama imam???Ana belom jumpa lagi...
dialah yg pertama ana jumpa di DaruzZahra'.

Lihat pada dirinya saja,sudah cukup dijadikan 'itibar buat diri.begitu luhur niatnya dalam menjalinkan persahabatan dan ia benar2 berdasarkan atas nama ukhwah fillah.

Seandainya sesiapa ada terjumpa teman sedemikian...jgn lepaskan!Dia lah ukhti fillah yg sebenarnya,yg menepati suruhan AlQuran 'ta'wanu 'alal birri wat taqwa' dan sunnahnya
Rasulullah s.a.w yg bermaksud
:'Dari Sa'ad bin alkhudri berkata:datangnya seorang lelaki dan Rasulullah s.a.w telah
solat maka (Rasulullah) berkata:tidak mahukah seorang ingin melakukan sedekah dgn bersolat bersamanya?Maka diri seorang lelaki dan solat bersamanya
.(riwayat At-Tirmizi dan abu Dawud)

Diberi ana taufiq utk teruskan dengan apa yg habib tekankan itu hingga saat2 akhir2 disana.Dan ketika itu,ana blm ketahui lagi apa sebenarnya rahsianya cuma sam'an wa toa'atan(dengar dan ta'at).Bile ana dah balik negeri buat beberapa bulan...
baru terasa 'lain'nya bile tinggalkan solat jemaah.you should try it n feel it!

Ana teringat lagi kata2 sheikh ana disini,sheikh Fathi Abd Rahman Ahmad Hijazi,beliau kata:'Apa2 yg datangnya dari
Rasulullah s.a.w,ketahuilah,ia mengandungi rahsia yg amat besar dan memberi kesan yg teramat pada diri yang mengamalkannya krn apa yang datang dari RAsulullah s.a.w,datangnya dari Allah.Allah yg letakkan pd lisan Rasulullah s.a.w utk sampaikan kepada kita
.'
(Love Rasulullah s.a.w!Sollu 'alaihi!)

Bukankah merebut takbir pertama dgn imam telah Rasulullah sebutkan dalam hadisnya yg lalu??


Ana rindu nasihat habib...
ana rindu teman2 sedemikian...
seandainya diberi kesempatan utk kembali...
ana tak nak lepaskan mereka...
Krn kewujudan seperti mereka itu...
1 dalam seribu...

Sunday, June 10, 2007

...Alhamdulillah 1st time ever ...









Mufti Mesir Sheikh Ali Jumaah



Firman Allah Yang Bermaksud:

'Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya'.
Surah Ad-Duha:11



Alhamdulillah...terasa gembira sangat hari ni.Setelah sekian lama...di lubuk hati yang kecil ini,ingin bertemu sheikh Ali Jumaah,Mufti Mesir,akhirnya Allah kabulkan jua.Tak tersangka jugak Beliau akan hadir ke Masjid AlAzhar utk memberi daras.Sbb dengarnhya shk jarang beri dars di Masjid Azhar krn kesibukan.

Alhamd diberi ana taufiq untuk hadiri kelas Ihya' di Masjid AlAzhar.Bile sampai saja,dalam hati berkata:'ala..sheikh tak datang ke??'gelap je...orang pun tak de.'tanya2 org...katenye sheikh belom dtg,tapi nampak gayanya mcm tak datang.oklah...tunggu sekejap.Tika sedang2 duduk...tiba teman ana khabarkan bahwa shkh tak ajar Ihya hari ni sbb shkh Ali Jumaah datang beri daras!Ana kata:'hah! betul ke??eh masya Allah rezki hari ni'.Betapa ku syukuri,Engkau menggantikan sesuatu yg jauh lebih bermakna dlm hidupku.

Sambil duduk tu berbual dgn teman ana dr M'sia,Beliau ni thn 1...tapi kalau hadiri kelas kat Masjid AlAzhar Masya Allah istiqamah walau tgh tempoh imtihan ni.Lihat kesungguhanya itu,1 dorongan.kalau tanya dia daras2 di Masjid AlAzhar...pasti beliau penah ikuti.Bukan itu saja,tempat yg lebih jauh dari masjid Azhar pun,beliau pergi..yang lebih masya Allah lg beliau kesana sendiri.

Seorang kalau dah betol2 nakkan ilmu dan mendahagakannya,jauh ke tempat itu bukan lagi ukuran,walau terpaksa bersendirian untuk mendapatkannya.Tempoh imtihan..itu tidak menjadi penghalang kerana itulah masa rehatnya iaitu dgn m'hadiri majlis ilmu setelah penat muta'alah kitab kuliah.

Ya Allah..sepertimana Engkau berikan semangat dan kesungguhan kepadanya dalam menuntut ilmu,Engkau berikan juga buat kami..kami juga ingin merasai kemanisan ilmu yg Engkau kurniakan kepadanya.

Berkongsi dgn kami,kata hikmahnya:'ustaz ana beritahu ana,Bile dah balik m'sia ni,rasa menyesal dulu tak pergi belajar dgn syuyukh2.kalau baca kitab sendiri tu boleh je...tapi barakah orang2 alim ni...bknnya boleh dapat di kitab2.


Tika sedang bebual tu,tiba2 nampak shk Ali Juma'ah dari jauh,menuju ke arah kelas yg kami sdg duduki itu.Dan yg lebih tak percaya lagi...shkh bergegas lalu didepan kami,utk menuju ke satu bilik ni yg ade di kelas ni(tulah cara jalannya mrk yg mengejar waktu).
Apa lagi...ternga-nga mulut dibuatnya(hehe...tapi taklah besar sgt kan).mata dah tak boleh terkelip-kelip lg.mcm tak percaya.kami cepat2 bangun...takriman lahu(sbg tanda memuliakannya).Hahhh...bestnye,dapat lihat sheikh secara live!!!Selalu hanya tengok je di gambar dan mendgr suaranya di radio 'Iza'atul Quran Fil Qaherah'.Kalau nak dengar Radio ini,sila klik disini!

Sedang daras berlansung...mata ni dgn tajam memerhatikan sheikh.Tiada kata lagi yg dapat diungkapkan krn begitu syukur sgt atas kurniaan Nya.Sheikh mengajar tafsir Surah An-Nisa.nak tulis apa yg sheikh katakan pun tak tersempat.Cuma dapat dengarkannya saja.Alhmd...sebanyak2 yg beliau katakan,dapat jugak mencatit 1 ilmu daripadanya.Moga2 yg 1 itu yg ana catit,berkekalan di hati.Lihat orang 'alim saja sudah cukup membahagiakan hati ini...walau hanya dapat mencatit 1 saja dari apa yg dikatakan untuk dibawa pulang.

haiz...ni yang buat ana sayang mesir ni.Tak sanggup meninggalkannya.Namun,kasih ini masih lagi berbelah bagi...antara Cairo dan Tarim.










Love Masjid Al-Azhar!

Ya Allah,kurniakan kami mujalasah dgn para ulama' dan solihin...

Monday, June 04, 2007

Kilmah Habib Umar @ Musolla Darul Mustafa



Ya Allah,
Dekatkan hatiku dengan hati murabbiku...
Rindu Habib...

Ya Allah,
Cepatkan kepulanganku kesana...
Tak tertahan lagi rindu dihati ini...
Dengan Tarim wa Ahluha...