Sunday, June 24, 2007

~~Hari semakin hampir~~






Segala pujian ku ucapkan ke hadrat Ilahi,
kerana akhirnya,
mengizinkan aku utk pulang semula,
ke bumi Tarim,
Siapa sangka,
siapa menduga,
Diri yang menyangka,
Pada waktu itu,
adalah kali yang terakhir,
Diri ini berpijak ke Tarim,


Kali terakhir,
Bersolat di musolla Daruz Zahra',
kali terakhir,
Di syurga duniawi,
Kali terakhir,
Mengikuti pengajian habib,
Kali terakhir,
Membaca wirid bersama,
Kali terakhir,
Melalui saat2 indah disana...

Kali ini,
Datangnya aku,
Membawa seribu harapan,
Seribu keazaman,
Aku tidak mahu mengambil sambil lewa lagi,
Atas segala apa yang dilakukan disana,
Kerana ia memberi kesan yang teramat,
Bila aku pulang nanti dari Tarim,
Terutama Aurad(wirid),


Ya Allah,
Bantu aku supaya aku menjalani setiap detikku disana,
Dengan penuh penghayatan,
Penuh keinsafan,
Penuh kesyukuran,

Ya Allah,
Engkau pimpin aku,
Dalam setiap apa yg bakal ku lakukan disana,
Biarlah kedatangan ku kali ini,
Adalah yg lebih baik dari sebelumnya,
Dan lebih bermakna lagi,

Baru kini,
Ku tahu,
Mengapa Engkau tidak mengizinkan ku,
Untuk ku terus duduk disana,
Malah Engkau gantikannya,
Dengan BumiMu yg bergelar sbg Bumi kinanah,
Tempat yang sekarang ini aku berada,


Kerana Engkau,
Akan pulangkan ku semula disana,
Engkau inginkan ku,
Supaya lebih menghargai,
Setiap detik yg dilalui disana,
Kali ini,
Aku tidak mahu mensia-siakannya lagi,
Bantu aku Ya Allah!


Engkau juga inginkan ku merasai,
Akan betapa besarnya nikmat,
Dapat menjejakkan kaki disana,
Betapa manisnya setiap saat itu,
Jika dipenuhi keta'atan,


Kini,
Tidak tergambar lagi,
bagaimana saatnya nanti,
Tika kaki ini mula menjejak masuk ke Daruz Zahra',
Penantian yang sekian lama,
kini,
DikabulkanNYA jua akhirnya....


Ya Allah...Mudahkan hajat2 mereka yang ingin kesana...Bijahi Sayyidin Nabiyy!

No comments: