Wednesday, June 20, 2007

...Ilmu itu perlu Berguru...




Kata Sheikh Soleh Al-Ja'afari:

'Ilmu itu tidak didapati di garisan2 buku tapi ia didapati di dada2 para orang 'alim'



Ade seorang bertanyakan kepada Dr Yusri,Seorang Dr,yg mengajar Kitab Hadis Sohih Buhkari:

'kenapa Dr selalu sebut2 sheikh Ali Jumaah,kenapa tak disebut-sebut sheikh Sya'rawi?
(Allahyarham Shkh Sya'rawi merupakan diantara ulama yg terkenal dan disanjungi ramai disini.Beliau mempunyai karangan kitab Tafsir)
'.

*Pendapat peribadi ana:Penanya tersebut menanyakan sedemikian rupa kerana mungkin rasenya, kenapa semcm melebihkan shkh Ali Jumaah dari Syeikh Sya'rawi sdgkan sheikh Sya'rawi,shkh yg lebih patut disanjungi krn keilmuan dan sumbangannya.

Dr Yusri menjawab:

'Bukannya saya tidak menyanjungi Sheikh Sya'rawi...bahkan dia Seorang 'alim yang tak dapat lagi disangsikan lagi dgn ilmunya dan kewaliannya.Dia seorang 'alim besar.Cume aku sering sebut Shk Ali Jumaah sbb aku talaqi kitab dan ambil sanad/ijazah daripadanya.Shkh Ali Jumaah telah baca complete kitab sohih muslim dgn shkhnya,kitab sohih Bukhari dan byak lagi kitab2 lain(ana tak ingat kitab2 yg lain yg shk cakap).saya penah ikuti daras Shkh Sya'rawi di TV,tapi itu bukan belajar.Ilmu itu mesti diambil dari dada2 ulama yg mu'tabar(maknanya:duduk talaqi bersama ulama).Bukan di TV2,Radio2 dan internet.'

Bile ana dengar ini...

Hati ni terus cair dgn kekata Dr tersebut.Walau kekadg tu kita ikuti daras di TV,kita mendpat ilmu baru,tapi sebenarnya itu,kita belom lagi mendpatkan ilmu tersebut secara total.mungkin hanya maklumat baru...tapi dari sudut ilmu yg hakiki..kita belom dapatkan lagi.Ia harus dgn talaqi kitab dgn guru.Dan tidak cukup hanya dgn membaca kitab sendiri...perlu dirujuk pada guru.

~sekian~

Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah....Sollu 'alaihi!

No comments: