...Alhamdulillah 1st time ever ...
Mufti Mesir Sheikh Ali Jumaah
Firman Allah Yang Bermaksud:
'Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya'.
Surah Ad-Duha:11
Alhamdulillah...terasa gembira sangat hari ni.Setelah sekian lama...di lubuk hati yang kecil ini,ingin bertemu sheikh Ali Jumaah,Mufti Mesir,akhirnya Allah kabulkan jua.Tak tersangka jugak Beliau akan hadir ke Masjid AlAzhar utk memberi daras.Sbb dengarnhya shk jarang beri dars di Masjid Azhar krn kesibukan.
Alhamd diberi ana taufiq untuk hadiri kelas Ihya' di Masjid AlAzhar.Bile sampai saja,dalam hati berkata:'ala..sheikh tak datang ke??'gelap je...orang pun tak de.'tanya2 org...katenye sheikh belom dtg,tapi nampak gayanya mcm tak datang.oklah...tunggu sekejap.Tika sedang2 duduk...tiba teman ana khabarkan bahwa shkh tak ajar Ihya hari ni sbb shkh Ali Jumaah datang beri daras!Ana kata:'hah! betul ke??eh masya Allah rezki hari ni'.Betapa ku syukuri,Engkau menggantikan sesuatu yg jauh lebih bermakna dlm hidupku.
Sambil duduk tu berbual dgn teman ana dr M'sia,Beliau ni thn 1...tapi kalau hadiri kelas kat Masjid AlAzhar Masya Allah istiqamah walau tgh tempoh imtihan ni.Lihat kesungguhanya itu,1 dorongan.kalau tanya dia daras2 di Masjid AlAzhar...pasti beliau penah ikuti.Bukan itu saja,tempat yg lebih jauh dari masjid Azhar pun,beliau pergi..yang lebih masya Allah lg beliau kesana sendiri.
Seorang kalau dah betol2 nakkan ilmu dan mendahagakannya,jauh ke tempat itu bukan lagi ukuran,walau terpaksa bersendirian untuk mendapatkannya.Tempoh imtihan..itu tidak menjadi penghalang kerana itulah masa rehatnya iaitu dgn m'hadiri majlis ilmu setelah penat muta'alah kitab kuliah.
Ya Allah..sepertimana Engkau berikan semangat dan kesungguhan kepadanya dalam menuntut ilmu,Engkau berikan juga buat kami..kami juga ingin merasai kemanisan ilmu yg Engkau kurniakan kepadanya.
Berkongsi dgn kami,kata hikmahnya:'ustaz ana beritahu ana,Bile dah balik m'sia ni,rasa menyesal dulu tak pergi belajar dgn syuyukh2.kalau baca kitab sendiri tu boleh je...tapi barakah orang2 alim ni...bknnya boleh dapat di kitab2.
Tika sedang bebual tu,tiba2 nampak shk Ali Juma'ah dari jauh,menuju ke arah kelas yg kami sdg duduki itu.Dan yg lebih tak percaya lagi...shkh bergegas lalu didepan kami,utk menuju ke satu bilik ni yg ade di kelas ni(tulah cara jalannya mrk yg mengejar waktu).
Apa lagi...ternga-nga mulut dibuatnya(hehe...tapi taklah besar sgt kan).mata dah tak boleh terkelip-kelip lg.mcm tak percaya.kami cepat2 bangun...takriman lahu(sbg tanda memuliakannya).Hahhh...bestnye,dapat lihat sheikh secara live!!!Selalu hanya tengok je di gambar dan mendgr suaranya di radio 'Iza'atul Quran Fil Qaherah'.Kalau nak dengar Radio ini,sila klik disini!
Sedang daras berlansung...mata ni dgn tajam memerhatikan sheikh.Tiada kata lagi yg dapat diungkapkan krn begitu syukur sgt atas kurniaan Nya.Sheikh mengajar tafsir Surah An-Nisa.nak tulis apa yg sheikh katakan pun tak tersempat.Cuma dapat dengarkannya saja.Alhmd...sebanyak2 yg beliau katakan,dapat jugak mencatit 1 ilmu daripadanya.Moga2 yg 1 itu yg ana catit,berkekalan di hati.Lihat orang 'alim saja sudah cukup membahagiakan hati ini...walau hanya dapat mencatit 1 saja dari apa yg dikatakan untuk dibawa pulang.
haiz...ni yang buat ana sayang mesir ni.Tak sanggup meninggalkannya.Namun,kasih ini masih lagi berbelah bagi...antara Cairo dan Tarim.
Love Masjid Al-Azhar!
Ya Allah,kurniakan kami mujalasah dgn para ulama' dan solihin...
No comments:
Post a Comment