Thursday, February 26, 2004

................kata2 hikmah ..............
SAYIDINA ABU BAKAR

1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu
perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia
melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kpd para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, ttp aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu
maka berilah pertolongan kpdku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku ttp kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan
perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami
di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat
dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-
sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad
SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan
kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan
untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan
bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu
diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu
sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak
diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya
dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada
kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan
kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
SUFFIAN AS THAURI :
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di
dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar
pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat.

IMAM AS SYAFIE :

1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan
kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan
keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua,
sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk
mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal
segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5. Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan
maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.

IMAM MALIK :

1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu
adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran,
ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH :

1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku
Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang
pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak kudapati
seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang
menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada
yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila
dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah
perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia
daripada seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD :

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di
atas ilmunya.

SUFFIAN BIN UYAINAH :

1. Dua perkara yg susah sekali utk mengobatinya yaitu meninggalkan
loba (tamak) utk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan
mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi
mudarat padamu.
5. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal
hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

Saturday, February 21, 2004

Apa Itu Kebaikan di Dunia?


1. Mendapat taufik dan hidayah Allah

Orang yg mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang dibantu oleh Allah untuk mengamalkan islam. Islam beerti selamat. Orang islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat didunia dan akhirat. Sabda nabi s.a.w.:"Sungguh beruntung orang yang beragama Islam"(Riwayat Muslim).

2. Diberi kefahaman agama

Untuk amalkan Islam perlukan kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan didunia. Orang islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidup tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain. Sabda nabi: "Sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama.
" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Dapat berbuat amalan soleh

Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing. Firman Allah:"Orang-orang yang berbuat baik didunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas"(Az-Zumar:10).

4. Mendapat Ilmu yang bermanfaat

Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara yang baik dan selamat. Sebab itu Nabi s.a.w: "Ya Allah ya Tuhanku, berilah manfaat kepadaku dari apa-apa yang engkau ajarkan kepadaku dan ajarkanlah daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku." (Riwayat at-Tabrani)

5. Mendapat pasangan hidup yang soleh/solehah, zuriat penyejuk hati, sahabat yang solihin

Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan. Sabda Nabi: "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri.
" (Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a).

Isteri atau suami yang baik membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Anak-anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita dan doa mereka akan terus mengalir kepada kita. Sahabat yang baik akan membawa kita kepada jalan hidup yang selamat. Mereka tempat kita berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.

6. Kesihatan dan kesejahteraan

Dengan mempunyai kesihatan yang baik, banyak perkara yang dapat dilakukan dalam hidup ini. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup. Nabi s.a.w memohon:"Ya Allah, afiatkanlah tubuhku dan afiatkanlah pendengaranku.
" (Riwayat Ibnu Syaibah)

7. Panjang Umur dalam ketaatan

Hampir setiap orang mahu hidup lama kecuali orang yang putus asa dengan hidup (na'uzubillah). Sabda nabi s.a.w: "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur dalam mentaati Allah."
(Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya).

8. Mendapat rezeki yang halal

Nabi s.a.w menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari sumber yang halal." (Riwayat al-Hakim).

9. Beroleh keimanan dan ketaqwaan

Dengan iman dan taqwa, seseorang itu mulia disisi Allah dan manusia. Sabda nabi: "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Banyak mengingati Allah s.w.t.

Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan. Firman Allah: "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'ad:28).
Sabda Nabi s.a.w:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).

11. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah

Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci dan pelbagai sifat mazmumah lain. Tidak hairanlah dikatakan orang yang bersih hatinya daripada sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan didunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah. Bila dapat nikmat, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah. Firman Allah:"Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya." (Al-A'la:14)

12. Mati dalam kebaikan (Husnul Khotimah)

Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia. Firman Allah
s.w.t: "demikian Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun 'Alaik." (Riwayat Abu Na'im).

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hambaNya yang taat, hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl:22, dinyatakan bahawa Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s hasanah di atas kehidupan dunia. Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki.

Sumbangan hanzaalah pada Thursday, February 19 @ 10:46:41 MYT

Wednesday, February 18, 2004

.........Mutiara hadis.....

Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim”.
( Riwayat Imam al-Baihaqi )

Tuesday, February 17, 2004

........................Manfaat Menahan Pandangan Mata....................

Cahaya dan keceriaan yang datang kerana menahan mata ini bisa terlihat di mata, wajah dan seluruh anggota tubuh. Oleh kerana itu Allah menyebutkan di dalam surah An-Nur,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya. “ (An-Nur:30)

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. “ (An-Nur:35).


1- Membersihkan hati dari derita penyesalan

q Sesuatu yang paling bahaya bagi hati adalah mengumbar pandangan, kerana dia akan melihat apapun yang dicarinya dan tidak bersabar.

2- Mendatangkan cahaya dan keceriaan di hati

q Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan2 wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang akan dia dapatkan hingga hari dia bertemu denganNya.

3- Mendatangkan kekuatan firasat yang benar

q Firasat bermaksud cahaya dan buah dari cahaya. Jika hati bercahaya, maka firasat juga tidak akan meleset.

4- Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan untuk mendapatkan sebab-sebab ilmu.

q Hal ini terjadi kerana adanya hati. Jika hati bersinar terang, maka akan muncul hakikat2 pengetahuan di dalamnya lalu sebahagian demi sebahagian ilmu itu dapat diserap.

5- Mendatangkan kekuatan hati, keteguhan dan keberanian

q Sesiapa yang menentang hawa nafsunya, maka syaitan merasa takut kepadanya.

6- Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kenikmatan

q Tatkala dia mampu membekukan kesenangan dan syahwatnya kerana Allah, maka Allah menggantikannya dengan kesenangan yang lebih komplit dan jauh lebih besar daripada kenikmatan mencicipi dosa.

7- Membebaskan hati dari tawanan syahwat

q Sesungguhnya orang yang layak disebut tawanan adalah orang yang bisa ditawan syahwat dan hawa nafsu

q Jika syahwat dan hawa nafsu sudah menawan hati manusia, maka memungkinkan bagi musuh dan rivalnya untuk melancarkan siksaan kepadanya, sehingga dia seperti anak burung di tangan anak kecil yang memainkannya sesuka hati.

8- Menutup pintu neraka jahanam

q Pandangan mata adalah pintu syahwat yang menuntut perlaksanaannya. Pengharaman Allah dan syariat-Nya merupakan tabir penghalang untuk mengumbar pandangan. Siapa yang merosakkan tabir itu dia akan berani melanggar larangan.

q Orang yang sudah terbiasa dengan sesuatu yang pernah ada, tidak menolak untuk menerima sesuatu yang baru, apalagi jika yang baru itu nampak lebih indah. Menahan mata bisa menutup pintu-pintu ini.

9- Menguatkan dan mengukuhkan akal

q Mengumbar pandangan mata tidak dilakukan kecuali oleh orang yang lemah akalnya dan tidak mempedulikan akibat di kemudian hari.

q Orang yang cemerlang akalnya adalah yang bisa mempertimbangkan akibat dari perbuatannya.

10- Membebaskan hati dari syahwat yang memabukkan dan kelalaian yang melenakan

Saturday, February 14, 2004

.........Nasihat Rabiatul Adawiyah..........

Rabi'ah juga memberitahu mereka bahawa wuduk merupakan pintu untuk
>masuk solat, tetapi membersihkan hati dengan air takwa merupakan pintu
>masuk ke dalam ibadat batin. Ketenangan jiwa dan gemar beribadat kepada
>Allah dapat dicapai dengan membasuh hati lebih dahulu dengan air takwa,
>yakni membersihkannya daripada barang selain Allah.

Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin
>pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat
>kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima
>teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang
>lain, ceria dan penyabar.

Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan
>Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya
>yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang
>maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya
>ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang
>hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang
>mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan
>manusia.
>
>Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani
>termasuklah:
>
>a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna.
>b. membaca Al-Quran setiap hari
>c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian. cthnya:menutup
> aurat.
>d. Mengerjakan puasa sunat.
>e. Banyak bersedekah
>g. Bermaaf-maafan setiap hari.

Friday, February 13, 2004

Pantang larang seorang Hafiz dan orang yang bakal bergelar Hafiz.

-Jangan makan kepala ikan.
-Jangan tengok batu nisan dan pergi ke tanah
perkuburan adalah amat tidak digalakkan.
-Pendengaran, Penglihatan, Pertuturan, Aurat dan
kelakuan hendaklah dijaga bagi mengelakkan
ayat2 hafazan mudah lupa dan payah untuk di
iadah semula.
-Jangan makan benda2 yang masam.
-Jangan minum atau makan benda yang dah dimasuki
semut.
-Tidur yang tidak berlebihan. Seelok2nya..
amalkan Qailullah.
-Jangan tidur selepas Subuh dan Asar.
-Hiburan2 yang berlebihan mesti ditinggalkan.
-Sebaik2nya, amalkanlah solat sunat Hifzi bagi
menjaga segala hafazan. Amalkan seminggu
sekali. Setiap malam jumaat.

Golongan ini juga digalakkan
-Makan buah kismis dan tamar.
-Minum banyak susu ataupun dadih.
-Makan madu dan amalkan setiap pagi bagi
memudahkan ayat hafazan terpaku mantap.

pada suatu hari hasan al-basri telah di tanya oleh seorang lelaki mengenai hari yang mana baginya hari raya yang sebenarnya, hasan al-basri menjawab: hari yang sebenar-benarnya hari raya itu ialah setiap hari yang pada hari itu aku tidak melakukan maksiat kepada allah s.w.t..

mereka bertanya lagi:
apakah rahsia zuhudmu dalam dunia ini.. ya abal hasan?

hasan al-basri menjawab:
# aku tahu rezekiku tidak akan di ambil oleh orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang..
# aku tahu amal perbuatanku tidak akan ditunaikan oleh orang lain, kerana itu aku sibuk mengerjakanya.
# aku tahu allah s.w.t selalu mengamatiku, kerana itu aku merasa malu, bila dia melihatku sedang ketika itu aku sedang melakukan maksiat.
# dan akhir sekali, aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekalan untuk hari pertemuanku dengan allah s.w.t...