Saturday, February 14, 2004

Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin
>pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat
>kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima
>teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang
>lain, ceria dan penyabar.

Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan
>Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya
>yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang
>maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya
>ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang
>hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang
>mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan
>manusia.
>
>Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani
>termasuklah:
>
>a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna.
>b. membaca Al-Quran setiap hari
>c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian. cthnya:menutup
> aurat.
>d. Mengerjakan puasa sunat.
>e. Banyak bersedekah
>g. Bermaaf-maafan setiap hari.

No comments: