Friday, February 13, 2004

pada suatu hari hasan al-basri telah di tanya oleh seorang lelaki mengenai hari yang mana baginya hari raya yang sebenarnya, hasan al-basri menjawab: hari yang sebenar-benarnya hari raya itu ialah setiap hari yang pada hari itu aku tidak melakukan maksiat kepada allah s.w.t..

mereka bertanya lagi:
apakah rahsia zuhudmu dalam dunia ini.. ya abal hasan?

hasan al-basri menjawab:
# aku tahu rezekiku tidak akan di ambil oleh orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang..
# aku tahu amal perbuatanku tidak akan ditunaikan oleh orang lain, kerana itu aku sibuk mengerjakanya.
# aku tahu allah s.w.t selalu mengamatiku, kerana itu aku merasa malu, bila dia melihatku sedang ketika itu aku sedang melakukan maksiat.
# dan akhir sekali, aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekalan untuk hari pertemuanku dengan allah s.w.t...

No comments: