Saturday, January 31, 2004

.....................panduan pergaulan antara lelaki dan perempuan.......

Ikhtilath dari segi lughah membawa maksud campuran/mixture. Dari segi istilah, ia(atau percampuran antara lelaki wanita) yg diharamkan pd pandangan syarak ialah ikhtilat yg membawa kpd perkara haram spt zina atau muqadimah2nya.

Terdapat pencampuran yang dilarang oleh syara’ dan dibenarkan oleh syarak. Yang dilarang oleh syara’ dan disebut dlm dalil2 spt:

1. Berdua2an antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)
2. Tidak menunduk pandangan (Ghaddul Bashar)
3. Tidak menutup aurat
4. Bertabarruj
5. Berkomunikasi dgn suara menggoda (Surah Al-Ahzab: ayat 32)

Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.

No comments: