Topic: Developing Dynamic Leaders
Date: 17 April 2010 (Saturday)
Time: 1.30 pm - Evening
Place: Singapore Clubhouse
Anjuran:Student’s Resource Development Secretariat (SRDS)-MUIS
**********************
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
Pertama sekali ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak penganjur kerana mengadakan workshop sedemikian.Datang jauh dari Singapura ke Mesir semata-mata untuk mengongsi maklumat bersama kami.Alhamdulillah,dapat juga update gejala-gejala sosial masyarakat di Singapura.
Secara ringkas workshop itu mengupas masalah2 masyarakat yang berlaku di Singapura kemudian kami diminta untuk bincang akan bagaimana asatizah boleh memainkan peranannya dalam situasi2 tersebut serta padangan dari sudut agama dan sebagainya.
Bila dibentangkan segala masalah2 itu,Yang didapati PUNCA segala masalah sebenarnya adalah HATI.Masalah tidak tahu TUJUAN kita dihidupkan di atas muka bumi ini.
Petikan dari kalam Sheikh Ali Gumaah dalam pengajian Tafsir beliau @ Masjid Al-Azhar As-Syarif....
3 Tujuan Utama KITA dijadikan di atas Muka Bumi ini:
1)Mengabdikan diri kepada ALLAH.
Firman Allah ta'ala:
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
~Surah Al-Zariyat:56
2)Membersihkan HATI
Firman Allah ta'ala:
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
Telah berjayalah bagi mereka yang menyucikan (hati)nya.
~Surah Al-Syams:9
3)Mengimarahkan Bumi ALLAH
Firman Allah ta'ala:
هُوَ أَنشَأَكُمْ مِّنَ ٱلأَرْضِ وَٱسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا
Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.
~Surah Hud :61
Dan sebenarnya setiap masalah yang ditimbulkan itu,ade dalam setiap keluarga kita,tidak kiralah samada keluarga dekat atau jauh.
Memang benarlah sabda Rasulullah:
المؤمن مرآة المؤمن
Orang mukmin itu cermin bagi saudaranya.
~Riwayat Imam Abi Daud.
Sebelum kita lihat masyarakat,lihat keluarga kita terdahulu.Kerana itu,PERTAMA yang diminta oleh Allah s.w.t dari KITA adalah 'Menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita'.
Firman Allah ta'ala:
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ قُوۤاْ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka.
~Surah Al-Tahrim:6
Jika setiap orang tahu akan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam keluarga,maka tiadalah masalah2 timbul dalam masyarakat kerana setiap keluarga adalah sebahagian dari masyarakat.
So,it is not about PEOPLE but it is all about YOU!!!
Teringat kata-kata Ust Rohimuddin Al-Bantani:
Kita ini tidak diminta untuk memikirkan urusan orang lain,tapi yang diminta daripada kita adalah bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita terhadap orang.
Apabila kita sudah tahu detect penyakit HATI kita sendiri dan juga tahu merawatnya,adakah kita tidak tahu bagaimana untuk merawat penyakit orang lain?!
Perumpamaan seorang yang menamakan dirinya 'doktor' tapi tidak tahu akan jenis2 penyakit dan cara mengubatinya,kemudian dia cuba untuk merawat pesakitnya,Bukankah itu semakin memburukkan lagi penyakit yang dihadapi oleh pesakit?!
Kerana apa yang ada pada diri orang lain itu sebenarnya ada pada dirinya sendiri cuma tergantunglah 'kasyaf'(pembukaan) yang Allah hingkapkan dari hati seseorang itu akan keaiban dirinya.Hakikat kasyaf itu bukan dapat melihat aib atau dosa orang tapi adalah dapat melihat akan keaiban dan dosa diri sendiri.
Kalau kita tahu akan keaiban diri kita,maka kita tidak beranilah nak mengata orang dan kita lebih berlapang dada apabila orang membuat kesalahan terhadap kita.
Apabila Cermin hati KITA bersih...
Sebelum nak mengata lagi,Allah sudah reflectkan aib kita terdahulu.Seolah-olah Dia menegur kita bahawa 'engkau pun sama sebenarnya!!!'.
Jadi,Selalu muhasabah...
Sebelum nak marah atau mengata orang,tanya dulu pada diri:
Aku pernah buat sebegitu tak?
Jika jawapannya...'Ya',
Maka perbaiki diri dulu dan Allah akan memperbaiki keadaan disekeliling mu...
Kalau jawapannya,...'Tidak',
Anggaplah itu sebagai balasan kita daripada NYA kerana kita tidak melakukan tanggungjawab kita terhadapnya dan tidak menunaikan haq orang tersebut.
Ingat sabda Rasulullah...
Orang Mukmin itu cermin bagi saudaranya!!!!
Habib Umar pernah menyebut dalam Pengajian Tafsir beliau @ Jilsah Isnin...
Firman Allah ta'ala:
Kebanyakkan orang mengatakan : "Para murabbi ini sibuk dengan masalah2 hati dan cara penyuciannya sedang kita sekarang ini sibuk membicarakan tentang dunia dan perkembangan semasa".
Dan siapa yang tahu menyucikan hatinya,maka apa lagi yang dia tidak tahu?!kerana jika hati itu bersih,maka Allah yang mengajarkan kamu,Dia yang mengenalkan kamu segala ilmu disisiNYA.
قُلْ هَـٰذِهِ سَبِيلِيۤ أَدْعُو إِلَىٰ ٱللَّهِ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِي
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutku,menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan mata hati /ilmu.
~Surah Yusuf:108
Cuba tanya pada diri...'BAGAIMANA CERMIN HATI KITA?'
Ya ALLAH,Bukakan hijab di hati kami ini hingga kami dapat melihat aib kami sendiri...
No comments:
Post a Comment