Friday, January 22, 2010

Belajar menghargai ILMU



Alhamdulillah...

Saya masih ade 2 paper lagi.Exam bukan untuk membebankan atau meng'stress'kan.Tapi sebenarnya adalah 1 Rahmat dari ALLAH.

Yang penting sekali,exam mengajar kita MENGHARGAI ILMU.

Dalam fatrah exam ini...

Jangan tinggalkan majlis bersama ulama'.Kalau kita tidak mampu untuk hadiri setiap hari,paling kurang sekali dalam seminggu.Kerana hati kita juga ada haqnya yang perlu diberikan.Datang ke majlis ilmu itu memberi kekuatan ma'nawi sebenarnya tanpa kita sedari lagi-lagi untuk menghilang stress.Pergi...nanti rasa sendiri.

Bukankah majlis ilmu/zikir turunnya para malaikat,ketenangan dan rahmat ALLAH?!Kerana itulah,Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam menamakan ia sebagai TAMAN SYURGA.

Sabda Rasulullah (sollahu 'alaihi wa sallam) yang bermaksud:

'Jika kamu lalui taman2 syurga,maka datangilah.Mereka(para sahabat) pun bertanya:Ya Rasulullah,dan apa itu taman2 syurga?Rasulullah berkata:Halaqah Zikr,maka sesungguhnya bagi Allah itu para malaikat yang bertebaran khas buat halaqah zikir.Maka,apabila mereka(manusia) datang kepadanya,mereka(para malaikat) akan menyeliputi mereka'.

(حديث مرفوع عن ابن عمر)


Kata Imam 'Ato' Ibn Abi Rabah:

'Majlis zikir itu adalah majlis halal dan haram,majlis dimana diajarkan bagaimana untuk membeli,menjual,berpuasa,bersolat,memberi sedekah,menikah,menunaikan haji... (dan sebagainya).'


Untungnya orang mukmin,ALLAH sudah sediakan untuknya taman2 syurga di dunia lagi sebelum akhirat.

Kalau orang kata 'pergi majlis ilmu bertambah stress,otak dah lah penat'...

Jika Rasulullah sudah menyifatkan ia sebagai taman syurga dan kita pula mendapati sebaliknya,mungkin yang perlu dilihat semula adalah HATI kita.Sebenarnya bukan OTAK kita yang PENAT tapi HATI kita yang TENAT.

Teringat alfaqir kalam Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz dalam pengajian subuhnya...

Habib membaca sebuah hadis dalam kitab Jihad oleh Imam Ibn Mubarak:

Sabda Rasulullah...

يوم في سبيل الله أفضل من ألف يوم مما سواه
Sehari di jalan ALLAH itu lebih baik dari seribu hari selainnya.

~Riwayat Imam Hakim

dan

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :
(dari Riwayat Sayyidina Anas Ibn Malik)

من خرج لطلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع

Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu,maka ia di jalan ALLAH hingga dia pulang.


Kemudian Al-Habib berkata...

'Dan diantara tanda kamu itu di jalan ALLAH,kamu itu merasakan kehadiran ALLAH bersamamu,kamu tidak sabar untuk berzikir padaNYA dan kamu merasa sempit/tidak suka dengan perkara2 yang melalaikan kamu dariNYA'.




p/s:Dan nasihatmu sentiasa terdengar di telinga ini...:)


Ya ALLAH,jadikan keinginan kami itu mengikut apa yang Engkau Redhai...

No comments: