Sunday, November 01, 2009

Pengumuman: Pengajian Sheikh Ali Guma'ah!




Bila?

Setiap Sabtu @ 12 pm tengahari.


Dimana?

Kuliah Dakwah Islamiah University Al-Azhar @ Masjid Az-Zahra'.

(Depan Anwar Sadats bersebelahan Nadi-sikkah)


Buku?

Al-Syifa Bita'arif Huquq Al-Mostofa
oleh Al-Imam AlQodhi 'Iyad .

Istimewanya buku
ini adalah kerana ia berkenaan dengan Rasulullah dan disebutkan lebih terperinci lagi akan haq-haq Rasulullah yang perlu ditunaikan sebagai ummatnya.

Untuk ikuti perkembangannya di facebook,sila klik
disini!

Status Pengajian:

Kelas ini baru mula.Terbuka pada ikhwah dan akhawat.Masih dalam bab yang pertama.Rugi yang teramat siapa tak datang.Bukan senang nak dapat pengajian khas bersamanya apatah lagi beliau seorang Mufti Mesir.Dulu agak jarang dengar beliau adakan pengajian sejak menjadi Mufti.Baru pada tahun ini,sering diadakan pengajian tafsirnya di Masjid Al-Azhar,paling banyak seminggu sekali.

Alhamdulillah...tahun ini adalah tahun mubarak!

Ia lebih menguatkan lagi semangat dan pendirian alfaqir untuk sambung pengajian MA di Mesir.

Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau melembutkan hati mereka!Engkaulah yang mengolak-balikkan hati manusia...

Kesimpulan:

Kalau mahu sesuatu,yang walaubagaimana susah sekalipun,lagi2 jika perkara itu berkaitan dengan hati manusia,minta padaNYA.Jangan bergantung pada diri sendiri,kelak kita akan kecewa!


Moga2 dengan usaha yang tak seberapa ini untuk mengenali dirinya,
Menggembirakan hatinya disana serta diberi peluang untuk berjumpanya di dunia lagi sebelum akhirat.
Amin Ya Rabb!
Engkau tidak pernah mengecewakan hati hamba-hamba Mu...

No comments: