Allah Berfirman:
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Kata Habib Umar:
'Ayat selawat ini diturunkan di bulan Sya'aban.Maka,dalam bulan Sya'aban ini,memperbanyakkanlah selawat ke atasnya (sollahu'alaihi wasallam)'.
Dari Abu Hurairah R.A,bahawa Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam) bersabda:
'Tiada seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah mengembalikan ruhku hingga aku menjawab salamnya'.
~Riwayat Imam Abi Daud.
Sedang kita berselawat ke atasnya...
Cuba bayangkan yang Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam) menjawab salam kita.Hadirkan di telinga kita jawapan salam darinya...'salam sejahtera juga buat dirimu'.
Allah...Rasulullah tau yang jawab salam KITA...Kita nak apa lagi???
Ya Allah,basahi lidah ini dengan berselawat keatasnya...
No comments:
Post a Comment