~Mutiara 10 malam Terakhir Ramadhan~
Ingin berkongsi mutiara Dari Pengajian Ramadhan Habib Umar 2007 @ Tarim Hadramaut:
Habib mengingatkan kami agar memperbanyakkan niat2 dan keazaman yg baik utk selepas ramadhan atau tahun2 akan datang krn ramadhan adalah bulan dilipat gandakan ganjaran.Dilipat-gandakan ganjaran kita atas niat2 baik yang kita azam utk lakukan.Apa2 amalan2 yg ingin kita amalkan akan datang,letakkan niat2 itu di bulan ini.Contoh,Lepas ramadhan ini,aku nak istiqamahkan solat jemaah 5 waktu dan sebagainya.
وعن أبي العباس عبد الله بن عباس بن عبد المطلب رضي الله عنهما، عن رسول الله، صلى الله عليه وسلم، فيما يروى عن ربه، تبارك وتعالى قال: " إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك: فمن همّ بحسنة فلم يعملها كتبها الله تبارك وتعالى عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله عشر حسنات إلى سبعمائه ضعف إلى أضعاف كثيرة، وإن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن همّ بها فعملها كتبها الله سيئة واحدة " ((متفق عليه)).
Maksud Hadis tersebut:
Dari Abi Al-Abbas Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib R.A,Dari Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam) dalam apa yang diriwayatkan dari Tuhan nya Allah subhanahu wa ta'ala berkata:sesungguhnya Allah menulis kebaikan dan kejahatan (seseorang).kemudian menerangkan itu,siapa yang berniat untuk melakukan kebaikan,tapi tidak dapat melakukannya,Allah menulis disisiNYA satu kebaikan sempurna,dan jika ia berniat utk lakukannya kemudian ia melakukannya,Allah menulis padanya 10 kebaikan dan melipat gandakan hingga 700 gandaan kebaikan hingga gandaan yang banyak.Dan jika siapa yang berniat untuk melakukan kejahatan,tapi tidak melakukannya,Allah menulis disisiNYA satu kebaikan sempurna,dan jika ia berniat utk lakukannya kemudian ia melakukannya,Allah menulis padanya 1 kejahatan.
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Jadi,dengan hari2 yang tinggal ini,marilah sama2 kita menyenaraikan segala azam2 dan niat2 baik yang ingin kita lakukan pada akan datang agar niat2 tersebut diberi ganjaran yg berlipat ganda sempena bulan yang penuh berkah ini.
Ya Allah,kurniakan kami taufiq untuk menghadirkan niat2 baik...
No comments:
Post a Comment