Sunday, June 08, 2008

...Hadiah Special...


Rakaman Pertemuan para asatizah bersama AlHabib Umar Ibn Hafiz @ Auditorium Madrasah AlJunied AlIslamiah March 2008







Karangan Syair *Sheikh Abdul Maqsood Faris:

Selamat datang wahai Imam negara,
Selamat datang wahai sheikh Rabbani,
Engkau telah benar2 telah memuliakan madrasah(dgn kehadiranmu),
Engkau telah menerangi Ahli negara ini,
Engkau telah menerangi jalan dengan ilmu,
Allah telah berikan kami untuk mentaati kamu ,
Wahai semulia-mulia sheikh di zaman ini,
Engkau telah mengangkat nilai manusia,
Dan kami telah mendengar dari kamu ,
Menunjukkan jalan yg benar,
Wahai Umar Ibn Hafiz selamat datang,
Engkau telah benar2 memuliakan negeri kami,
Engkau telah datang kepada kami untuk memperingatkan kami,
Dengan ilmu dan petunjuk AlQuran,
Engkau telah hidupkan jiwa kami dengan kata2mu,
Dan membangkitkan semula ruh(semangat)yg ada,
Allah telah kekalkan kamu buat ummat kami,
Wahai zuriat Rasulullah,
Dan Moga Allah sembuhkan kami dan kamu,
segala penyakit badan,
Demi Allah,
Aku Mencintai kamu,
Aku mencintai kamu kerana Allah,
Dan aku tidak mengharapkan yang lain,
Selawat ke atas Rasulullah,
dan para keluarga dan sahabat dan saudaranya...

*Sheikh Abd Maqsood merupakan sheikh Al-Azhar yg mengajar di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.Biasanya,Sheikh Maqsood sendiri yg akan membaca kata2 syair yg dikarangnya buat AlHabib Umar tapi memandangkan beliau tidak dapat hadir mungkin,jadi hanya kirimkan bait2 syair sbg pengganti diri.

p/s:Afwan byk atas translation yg Dhoif.Bahasa yg telah diterjemahkan tidak seindah dengan bahasa arab yg dibaca.Apa yg diterjemahkan tidak akan memberi makna yg betul2 tepat.Kalau betul2 nak faham Syair2 arab itu,kenalah belajar Bahasa Rasulullah s.a.w.



Sambung episod (2)....Stay Tuned!


~Ingin merakamkan jutaan terima kasih buat guru yg memberikan ana Video ini~

No comments: