Wednesday, June 11, 2008




~Sheikh AlQardawi~



Diantara Ulama yang ana paling kagumi adalah Sheikh Yusuf AlQardawi.

Subhnallah...Sumbangannya pada dunia itu begitu menonjol.Dengan Pangkat yang ada,Beliau gunakan kedudukannya itu utk bercakap yang haq.Apabila berkata...Beliau tidak takut akan apa yg akan berlaku padanya,kalau ikut istilah AlQuran 'la yakhafuna laumata laim'.Yang penting baginya adalah haq,berhujjah tanpa asabiah(Ta'asub).

Walau beliau itu suatu ketika dulu pernah dihalang dari bermastautin di mesir krn masalah politik...namun itu tidak jadi hambatan utknya menegakkan yg haq.Malah Allah gantikannya di tempat yang lain tanpa mengurangkan sedikit pun kedudukannya sebagai ulama dunia.Beliau memegang jawatan sbg ketua kesatuan Ulama2 Islam SeDunia.Untuk membaca lebih lanjut tentang Biografinya,sila klik disini!

LIHAT..setiap orang ade kekuatan masing2 dalam medan dakwahnya.Oleh itu,cari kekuatan anda dan gunakan untuk kepentingan dakwah.


Ana begitu suke sekali membaca artikel2 di website nya.Setiap hari,pasti ade artikel baru yg keluar.Very updated!Ialah,walau bukan Sheikh sendiri yg update web tu,tapi ia menunjukkan bahawa beliau aktif dalam mengeluarkan buah fikiran dan memberi sumbangan.

Beliau begitu pantas memberi reaksi dalam setiap yang berlaku terutama apa yg sedang berlaku di negara2 Islam.Misalnya apa yg berlaku berkenaan dgn krisis politik di lebanon,beliau lah yang membuat gesaan melalui siaran2 TV,agar bersatu dan mengusahakan utk mengumpulkan para ahli politik utk bermusyawarah dan Mesyuawarah itu pun telah terlaksana.

Cara beliau memberikan pandangan begitu menggerakkan otak.Membuka minda kita.Menilai dari setiap sudut.Lantang memberi pendapat tanpa gentar pada sesiapa.Contohnya apa yg berlaku di Falastin.Pernah ana lihat sekali,sedutan rakaman ringkas yg disiarkan di TV Al-Resalah berkenaan seruan dan gesaan sheikh buat setiap individu utk membantu rakyat Falastin.Kalamnya itu begitu membakar semangat perjuangan dan ana rase tiada siapalah yg berani membuat ucapan2 terbuka seperti itu sepertimana yg sheikh lakukan.

Kalau ingin ikuti perbingcangan Sheikh AlQardawi dalam EDISI KHAS ' الشريعة و الحياة '(Syariat dan kehidupan),Boleh ikuti secara ONLINE di lelaman AlJazeerah.net(click!)

Setiap Ahad---->10.05 PM(Mekkah),5.05 AM(S'pore)

Siaran ulangan:

Ulangan (1) Isnin --->2.05 PM (Mekkah),7.05 PM(S'pore)

Ulangan (2) selasa --->3.05 AM(Mekkah),8.05 PM (S'pore)

Bagi sesiapa yg terlepas untuk ikutinya,boleh dapati rakaman siaran tersebut di YouTube AlJazeera.Pilih ruangan الشريعة و الحياة !


Istimewanya Edisi ini:

-Tetamu undangan terdiri dari golongan para ulama yang masyhur dgn keilmuanya.Bukan calang2 ulama yg diundang.

-Mengupas isu2 kontemperori Feqh,ilmu Hadith dan lain2 lagi yg berkaitan dgn isu2 masyarakat Islam khususnya.

*Jangan lupa subscribe sekali!

Dari lihat video2 yg belum tentu faedahnya terjamin,kan lebih baik kita tonton ini?Insya Allah,ilmu dapat,pahala lihat wajah orang 'alim pun dapat.Tak nak ke??Kalau gitu...apalagi..jom tengok!!!


Inni Uhibbukum Fillah Ya Sheikh....

~Allahummanfa'na bi'ilmihi wa akhlaqihi~

No comments: