Thursday, May 22, 2008
Krisis tanpa sedari
Duhai para pejuang agama
Apakah kau pantas digelar demikian
Sedang jika Rasulmu berada di sisi
Pasti menangis melihat kelakuanmu
Duhai para muslimat akhir zaman
Tegakah kau bermain kata cinta dengan seorang ‘kawan’
Sedang jika Sayyidah Fatimah berada di sisi
Pasti wajahnya merah padam menahan marah terhadapmu
Wahai para penuntut ilmu Allah
Tidak adakah sedikitpun perasaan takutmu akan murkaNya?
Adakah kau merasa aman dengan maksiat yang kau lakukan?
Kerna kau terlalu yakin dengan rahmat & pengampunanNya
Lalu kau terus memperlekeh2kan perbuatan itu
Tahukah kau yang sang iblis durjana
sedang mentertawakan kau
Kerna jarumnya telah berjaya
Disuntik ke dalam kotak pemikiranmu
Lalu kau bangga, berani, selamba dan rasa tidak bersalah
keluar bersama tanpa ikatan
Kau berang, kau amuk
Kalau ditegur,
diberi peringatan tentang apa yg kau lakukan
Tanpa kau sedar
Kau sudah dalam satu saf dengan golongan liberal
Bebas melakukan apa yg kau suka
Lupakah kau bahawa orang-orang yg tidak mengamalkan apa yg diketahuinya,
dialah antara yg terawal dihumban dlm neraka?
Wahai jiwa yang bersalut debu
Bangunlah!Sedarlah!Bangkitlah!
Semoga sinar harapan utk bertaubat masih terbuka untukmu
Dan angin keinsafan mengelus lembut sukmamu
Jika jiwamu kosong
Kau isi dengan zikrullah
Lidahmu basah dengan selawat
Air matamu berlinangan
Terkenangkan dosa yg kau lakukan
Tapi rinduNya untuk menerima taubatMu
Kasih mesramu kau tumpahkan utk sesama teman yg aman dari fitnah
Luahan jiwamu kepada ArRahman
Yang sentiasa setia menantimu tak pernah jemu
Bukankah kau pernah terbaca
Wa rahmatii wasi’at kulla syai’
Maka kau mintalah kekuatan daripada yang Maha Kuat
Agar kau sentiasa dipimpinNya
Dalam menggapai cinta dan redhaNya
~Karangan Oleh:Ukhti Nurul Izzah Khamsani
p/s:Smile kak Izzah!Ur post is here!hehe...
Ya Allah...Jadi kami seorang Pejuang yang benar2 memegang syariatMU walau bagai menggemgam bara api...
No comments:
Post a Comment