Thursday, May 15, 2008

~Berjuang dgn Exam~




Alhamdulillah,telah selesai 4 oral ana subject;Quran,Feqh Muqaran,Usul Feqh dan Feqh Syafie.Hmm...kesimpulan dari oral2 yg ana lalui kali ini ialah 'Konfiden walau kita salah'.Hehehe.Tapi jangan amalkan kaedah ini bile kita sampaikan ilmu eh!Salah dari segi undang2.

Lagi 9 subject lagi yang perlu ditempuhi:

18/5/08--->Quran
22/5/08--->Qa'ah Bahas Feqh
25/5/08--->English
29/5/08--->Usul feqh
1/6/08--->Ahwal Syahsiah
5/6/08--->Feqh Syafie
8/6/08--->Hadis Ahkam
12/5/08--->Feqh Muqaran


Kata Sheikh Maqsod ketika menziarahi kami bersama Ust Pasuni di Markaz PERKEMAS:



'Pejuang tidak boleh toleh ke belakang,Mana boleh seorang pejuang itu ketika sedang di medan pertempuran,teringatkan keluarga,masalah2nya yg dihadapi,mesti terus kehadapan menghadapi musuh.'

Ana suka sangat kekata itu!begitu bermakna sekali bagi mereka yg sedang belajar di perantauan.Kalau time2 exam gini...akan mulalah emosi2 terganggu(bkn kene rasuk eh..nauzubillah!) samada dgn masalah peribadi atau tidak fokus kerana teringatkan itu ini atau stress(Cakap secara umum).Subhannallah..itu Ujian2 yang dilalui selain dari Ujian Kertas.

Ujian Kertas ini bkn hanya sekadar menguji Minda...Tapi menguji KEIMANAN...menguji KETABAHAN...menguji KEIKHLASAN...menguji PERGANTUNGAN kita kepada NYA.

Dengan UJIAN...

Kita belajar MENGATUR WAKTU kita.

Seronokkan imtihan???hehe.Jadi,jangan Stress2...Selalu ingatkan dlm fikiran;kalau stress ni maknanya belom lagi ikhlas belajarnya.Ialah,orang kalau seronok dan rela hati utk belajar ...mana ade stress.So ubatnya,setiap kali belajar ,check semula...kenapa aku bertungkus lumus belajar?


Kenapa Kita perlu berjaya dengan Cemerlang(Ikut definasi masing2)?

Menurut Habib Husain As-Saqqaf dalam Pengajian ONLINE kitab Bidaya AlHidayah:



-Gembirakan Hati Rasulullah

(Kalau kita nak happykan ibu bapa dgn keputusan kita,jauh lebih patut lagi kita buat sedemikian untuk Rasulullah s.a.w.

Firman Allah:'An Nabiyyu Aula bil Mu'minina min anfusihim'~AlAhzab:6.
(maksudnya:Nabi s.a.w lebih patut diutamakan oleh orang2 Mukminin dari diri mereka sendiri.)

Firman Allah:'
وَاللّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَن يُرْضُوهُ إِن كَانُواْ مُؤْمِنِينَ
'ّ~At Taubah:62
(Maksudnya:Allah dan Rasulnya lebih berhak utk mencari keredhaan jika mereka benar2 beriman).

-Mendapatkan keredhaan Ibu Bapa dan menggembirakan hati mereka

-Menjadi contoh pada yang lain.
Ini perlu kerana apabila kita berdakwah,orang akan dengar cakap kita apabila orang yg kita seru itu, melihat kita mempunyai contoh yg baik bkn hanya dari sudut keilmuan tapi dgn adab2 Rasulullah s.a.w yg menghiasi peribadi.

-Khidmat Pada Ummah.

Kalau sedang2 berjuang dgn exam ini,terasa...

'dah bosan ah nak ulangkaji...'

'Tak nak belajar lagi lah dah penat...'

Cube fikirkan...


Apa agaknya perasaan Rasulullah jika dia ketahui kita bersikap sebegini?
Mesti sedihkan?
Kita,kalau cintakannya,tidak tergamaklah untuk menyedihkan hatinya.So bangun Semula!Jadikan Rasulullah itu sumber inspirasi kita untuk terus berjuang.


Jika hampir2 PUTUS ASA ....

Bayangkan...

Kita ini sedang berjuang di medan pertempuran bersama-sama dgn Sayidina Rasulillah.Adakah kita ingin cabut atau lari dari jihad tersebut sedang Rasulullah itu disisi kita?

Siapa kata Dia tidak bersama-sama dengan KITA???

Bukankah Rasulullah itu hidup di hati-hati kita?!

Firman Allah:' وَٱعْلَمُوۤاْ أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ ٱللَّهِ'
~AlHujurat:7

Huwa hayyun fi Qulubina....Dia hidup di hati-hati kami...


Kalau tidak bersemangat...

Tanya Diri...AKU HIDUP UNTUK SIAPA?

Kalau hidup untuk TUHAN...Tidak pernah ade istilah TAK BERSEMANGAT.



Teringatkan Kata seorang Sheikh Dalam Pengajiannya Di Masjid AlAzhar

{ketika itu, sedang musim imtihan,ramai pelajar banin(krn kuliah mrk bersebelahan dgn Masjid AlAzhar)yg duduk di tepi2 ruang mesjid dan ade juga yg mcm berpicnic di tengah2 kawasan luas masjid AlAzhar mengulangkaji pelajaran}:

(Sheikh Tunjuk ke arah luar dimana para pelajar itu duduk belajar)
'Para pelajar yg diluar ini...kalau niat mereka betul,mengambil exam bkn kerana sijil,dan seandainya ditakdirkan meninggal disaat sdg menuju ke dewan peperiksaan,Syahid mereka ini!kerana mereka ini sdg berjuang dgn pena mereka!'

Subhanalllah...begitu istimewakan???Cume kita saja yang selalu kurang mengambil perhatian akan keistimewaan2 yg Allah berikan pada kita sbg Penuntut Ilmu.Alhamdulillah 'ala hazihin Ni'mah...


Kita perlu buat yang TERBAIK...


-Firman Allah: وَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُه ~AtTaubah:94
(Maksudnya:Akan dilihat amalan kamu Allah dan RasulNya...

-Hadis Rasulullah s.a.w
إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملاً أن يتقنه

رواه البيهقي عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها بسند حسن*

(maksud:Sesungguhnya Allah itu suke (pada hambanya) yg apabila ia melakukan sesuatu kerja,ia akan melakukan yang terbaik).


Result soal kedua...Yang PENTING....We give the best Shot Buat Allah dan RasulNYA!


Doa Habib Umar Ibn Hafidz dalam sebuah rowhahnya:

'Allahumma ballighhuu ma yasurru qalbahu,wala tuballighhu ma yuhzinu qalbahu...'

(Maksud:Ya Allah,sampaikan apa2 yg menggembirakan hatinya(Rasulullah) dari kami,dan jangan Engkau sampaikan padanya apa2 yg menyedihkan hatinya....)


Sollu 'alahi wa sallimu tasliman...Selamat Berjuang Semua!!!

No comments: