Thursday, November 22, 2007
~Tips mengamalkan ilmu~
(Part 1)
Pertama sekali...
Sebelum belajar,hendaklah memperbaharui niat dan memperbanyakkan niat2 yg baik.Niatkan:
1)KRN ALLAH
2)INGIN MENGEMBIRAKAN HATI RASULULLAH S.A.W
3)DA'WAH KE JALAN ALLAH
Kata Habib Umar:
"Siapa yg tidak ikhlas niatnya dalam menuntut ilmu...maka apabila ia mengamalkan ilmu tersebut juga tidak ikhlas.Dan apabila ia tidak ikhlas dalam mengamalkan ilmu,maka apabila ia da'wah juga, ia tidak ikhlas."
apa2 sahaja yg kita buat...banyakkan niat.kalau tak tersempat nak niat yg banyak,niatkan:Nawaitu ma nawa Rasulullah s.a.w wa salafussoleh(aku niatkan sepertimana yg Rasulullah niatkan dan para salafussoleh),jika perbuatan kita itu Rasulullah dan para salafussoleh buat.sehinggakan perkara2 yg menjadi kebiasaan kita seperti makan,mandi,baca quran dan sbgnya yg Rasulullah pun lakukan dan para salafussoleh...kita boleh niatkan sebegitu.
Faedah:
Imam Syafie R.A. dlm perjalanannya dari rumah ke masjid...beliau meniatkan 80 niat.
Kata Hikmah:
Berapa banyak amalan yg besar tapi kecil kerana niatnya yg kecil dan berapa banyak amalan yg kecil tapi besar kerana niatnya yg besar.
Contohnya:
Kalau kita baca kitab Muwatto',niatkan:'Aku niatkan seperti mana Imam Malik dan Imam syafie niatkan dalam membaca Muwatto'.Bile niat kita besar dlm membacanya,semangatnya pun berlainan dari yg tiada niat atau yg sekadar ingin memenuhi masanya yg kosong.Kalau kita tiada niat,atau sekadar nak memenuhi masa kosong kita...maka,kita tak merasai atau mengangungkan ilmu sebagaimana Imam Malik dan Imam Syafie rasai tika membacanya.
kita niatkan sebegitu kerana kita tak tahukan apa yg mereka niatkan dari niat2 mereka yg azim(besar) dan kita pun tak terfikir utk berniat sebanyak gitu yg mereka niatkan.Jadi dgn kita mengatakan sedemikian...mudah-mudahan apa2 kebaikan/rahsia2 yg mereka dapat dalam membaca kitab tersebut,kita pun perolehinya.Kan kata Allah dalam hadis Qudsinya:'Aku menurut sangkaan hambaku'.
Sambungan....PART 2 akan datang!
No comments:
Post a Comment