Tuesday, May 15, 2007

~~~~Jalinan suci(1)~~~~



p/s buat penulis:
ok angahku...akhirnya ku postkan jua karangan mu...walau tak bayar duit sewa penyiaran.(hahaha..sapa yg patut bayar sapa skrg??hehe.gurau jek)..takpelah..demi angahku..sanggup ku rentasi 7 lautan pacific.(cam real je alongmu...).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita ini BUKAN rekaan semata-mata,malah ia benar2 berlaku pada si penulis.Memang benarlah kekata 'hadirkan diri ni'.kekata ini selalu ana dgr dikalangan akhawat di DaruzZahra' di yaman,kalau mrk tak dpt pergi ke majlis yg kheir tu,mrk akan meminta yg hadir itu utk menghadirkan dirinya dgn berkata 'istakhdiruni'(hadirkan diri ini).moga2 dgn kita hadirkan dirinya yg tidak dpt hadir e.g majlis ilmu,dia pun mendapat keberakahan majlis tu.Dan ia benar2 terjadi dan dirasai berdasarkan cerita yg berikut ini....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

~sesegar hijau daunan begitu lah kita diibaratkan tiada siapa yg bisa memisahkan kita antara kita semua..~~

Terdetik hati mendengar nyanyian dari in-team itu. Masa berlalu meninggalkan terasa begitu pantas..yang pasti tiada siapa yang bisa mengembalikan detik-detik yang berlalu. Pejam kelip dah pun masuk setahun dimana Sakinah al-mardhiyah berpisah dgn teman2 seperjuangan.. teman yg sama-sama berjuang ketika menuntut di aliyah. Luar biasa sungguh ukuwah yang dibina bersama sekian sahabat2 ketika menuntut dialiyah dulu. Sungguh manis kenangan lalu bila disingkap kembali.masing-masing telah berpisah untuk meneruskan perjuangan dimedan jihad yg berasingan namun ghoya(tujuan) ttp sama insyaAllah.

Walaupon sakinah amat rapat dengan semua rakan dikelas namun beliau mempunyai teman yang plg akrab diantara mereka.walau persahabatn agak baru terjalin namun kelihatan seperti belangkas mereka berdua di mana ada sakinah disitu ada farhah. Namun jarak telah memisahkan mereka sethn yg lalu.. dahulu berdua bercita-cita ingin melanjutkan pengajian bersama hakikat nya kita hanya mampu merancang anmun DIA la sebaik-baik perancang.

Setelah pergi nya beliau ke bumi barakah Tarim Hadramaut,yamen telah membawa sakinah melangkah dengan redhonya ke seberang tambak untuk meneruskan pengajian beliau.hanya Allah yg tahu betapa pedih nya berpisah dgn teman yg disygi.teman yg byk membantu.teman yg sering mengigatkan beliau tika alpa.teman berkongsi rahsia suka duka..teman yg insyAllah diharapkan dapat menjadi peyebab beliau menerima syafaat junjugan agong kelak kerna ukwah fillah.

Hari-hari yang dilalui di tempat pengajian yang baru dilaluinya dgn tabah.. walaupun tnpa teman karib disisi namun semangat farhah yang menguatkan sakinah untuk terus melangkah,walau kdg2 terasa beliau hampir sahaja berputus asa.

Teringat sakinah perjanjian beliau dgn farhah disaat2 perpisahan..”farhah kite peg blaja ni bwk semgt awk.. n awk pon bwk semgt kite bersama k?? hadirkan kite dlm tiap majlis ilmu kat sana n kite pon akan sentiasa hadirkan awk..ok? tulis diary selalu nanti awk blk kite xchange k..Strawberry forever!!”masih segar diigatan kata2 perjanjian itu.. dengan demikian tika sakinah berasa tiada siapa yg memahami beliau,semgt farhah telah meguatkan beliau..Subbahanallah indah sungguh ukhwah kernaNYA..Farhah teman yg jauh secara zahir namun beliau la satu2 nya teman sakinah yg senantiasa dekat dihati dan didlm doanya. selain sibuk meneruskan pengajian sebagai mahasiswa sakinah sering kali menghitung hari2 untuk bertemu sahabat sejati nya.....(sambung)

No comments: