Friday, August 11, 2006

...Masanya telah tiba...


Ingin ana panjatkan segala pujian dan syukur kepada Ilahi kerana masih diberi peluang utk meneruskan cita2 hambaNya yg Lemah ni.

Diam tak diam...sekejap kan masa berlalu.Sebenarnya plan berangkat 30 Aug 2006,tiket pun dah tempah...terus dapat berita mendadak yg system di AlAzhar sana kali ini ade perubahan.Tarikh registrationnya dicepatkan dan berakhir 30 aug.dan jika kami lambat mendaftar...nampak gayanya tunggu next yr nye intake.Dapat berita pd awal ogos,time tu tgh mlm.Kali pertama dapat berita tu..dah tak tahu dah perasaan ni,nak percaya pun ade,tak nak percaya pun ade.Panik.Seram sejuk.Mula2 ingatkan kene tunggu next yr nye intake,rupanya dipercepatkan tarikhnya."Korang biar betul...kalau nak gurau pun biarlah kene pada tempat...kalau perkara2 gini jgn buat main,buat orang kanchong jer(hehe..leh tahan jgk bahasa)",itulah dialog2 kami ketika dapat berita tru SMS.

Pda esoknya,dikonfemkan berangkat lebih kurang lagi seminggu lebih iaitu 14 Aug '06'.Apa lagi...Mental shock kejap.Ikut perancangan lagi sebulan.Tak percaya...biar betul!!Beg luggage belom beli,barang2 yg perlu beli lom shopping lagi.Mental pun belom bersedia lagi utk berpisah dgn orang2 yg ana kasihi.Walau apapun kita sbg hamba hanya merancang tapi Allah yg menetukan segalanya.Yg penting ana yakin..kecepatan yg berlaku ni pasti ade hikmahnya yg tersembunyi.Yg Insya Allah akan diketahui bila disana nanti.Berbagai perasaan ada di hati ini,Sedih + gembira + berdebar-debar dibuatnya.

alhamdulillah sebelum berangkat dapat datang kelas2 buat kali terakhir + wida'(farewell) dgn guru.Ingin ana kongsikan setiap kata2 yg mereka wasiatkan ana utk keberangkatan ana.

Al Istiqamah afdalul karamah.Memanglah karamah itu dikhaskan bagi wali2Nya,tapi kita orang awwam mcm kita pun boleh dapatkan karamah tapi jenis yang ini iaitu istiqamah(konsisten).Minta mak bapak doa.
~Ustaz Ismail

Bila nak balik tu,ucapkan selamat tinggal dgn ust.Bila lihat wajah ust,nak menangis pun ade.'Halimah nak balik skrg eh?'tanya ust.a'ah ust,nak balik',ana kata(tone suara pun dah lain)..'Insya Allah semua selamatlah',kata ust.
hm..ust ni banyak kenalkan ana pasal yaman.ana jatuh cinta kat sana pun hasil dari cerita2nya.nanti kalau time kelas,kalau ade irab2 yg pelik2,ust ingatkan ana tulis irab2 tu dalam buku.'Halimah!tulis 'irab tu dalam buku!'Selalu ingatkan ana.Kalau ngantuk tu,hah..ust lah yg kejutkan ana dgn suaranya 'Halimah! dah tulis belom??'kepala ini pun mengangguk-ngangguk.Best belajar dgn ust..cara belajar ala yaman gitu.


Belajar betol2,Cari kawan2 yg baik,Kawan2 yg suke tgk TV sampai subuh tak solat..kawan sebegitu tinggalkan.
~Ust Iqbal

Talaqi dgn syeikh2 ini,talaqi quran sambung eh dgn sheikh Redha..kat sana jgn 60% tido(hehe....nauzubillah).Ziarah kubur2 para Ulama dan Auliya' seperti Imam Syafie,Imam Syatibi,sayyidah Nafisah,sayidah zainab etc.Beli buku2 ini(buku recommended by ust).

~Ust Ahmad

hmm..Actually itu bukan last word ust.Every time datang belajar,mesti ust kasi tips2 nya.Cari guru2 ini,beli buku2 ini(Insya Allah dah ade dalam list buku2 yg direcommend ust).Rasenya ust ni murshid,mentor ana ke Mesir.Dia yg banyak tunjuk ajar apa yg perlu dicari disana.Banyak kasi semangat,sokongan dan galakan.Kerana itu ana look foward sgt utk ke mesir hasil dari padanya.Moga2 Allah berikan ana pertolongan utk melakukan apa2 yg telah ditunjukkan oleh ust.Alhamdulillah...ditemukan guru sepertinya.


'Seperti biasa kata2 guru sebelum nak berangkat selalunya'belajar rajin2',itu ust tak nak tekankanlah...dah biasakan dgrkan??.Pergaulan jaga.kalau nak terlibat dalam persatuan boleh,tapi ade hadnya jgn sampai pelajaran kita terkorban.bila kita dah sibuk disana,mana dgn schedule kita yg bz,jgn lupa mak bapak kita.Jgn lupa daratan lah.memang kita ingat mereka di hati,tpi kita kene zahirkan rase ingat kita pada mereka melalui telifon seminggu sekali ke...atau cara2 lain lah yg ust rase awk tahulah wasilah2 utk komunikasi ni.Sbb kita ini 'menjadi' bila kita betol2 jaga hbungan kita dgn ibubapa dan guru.Ini dua penting.Jgn lupakan guru awak.Kalau awak ade rase nak kawin disana nanti,fikir dulu...kita mampu tak utk memikul tanggungjawab kita,mana dgn suami,anak(kalau ade),pelajaran.Kalau tak...betulkan balik niat kita yg terbengkok sikit tu.rujuk balik niat kita yg utama iaitu utk menuntut ilmu.Kat sana nanti,carilah sheikh2 talaqi quran'.
~Ust Azmi

Seribu harapan ana...

Moga Allah berikan ana kekuatan utk menempuhi segalanya,
Jadikan langkah ana kesana semata-mata keranaNya,
Temukan ana dgn sheikh2 yg alim rabbani,
Jadikan ana tolibul 'ilm yg hakiki,
Menjadi Qurratu 'ayun bagi HabiburRahman Sollahhu'alaihi wasallam.

Doakan ana ye!

salamz,
halimah87


p/s:Insya Allah..blog still on walau di mesr,akan update Insya Allah setibanya disana.

No comments: