Friday, June 23, 2006

...Recommended video...
















Burdah Night - An Evening of Recitation and Praise
A beautiful recitation of the Burdah and Quran by Shaykh
Murtada. This evening of Dhikr and praise took place during
the 2003 Habib Ali al-Jifri tour of North America. Attendees
included Shaykh Hamza Yusuf, Amir Muhammad Shareef,
Shaykh Yasir Shadhili and others.

Click here for burdah song!

How to watch the video??

1) go to the website:www.guidancemedia.com

2)click the same picture as above.

3)then if u do not have itunes n quicktime,then choose to install it.


Komen bagi video tersebut:

Ana cukup tersentuh sgt apabila melihat habib Ali AlJufri,beliau ketika dibacakan ayat AlQuran,surah AlAhzab:40-48,iaitu yang menceritakan mengenai Rasulullah,beliau begitu khusyuk dan khuduk.Dan dalam kekhusyukannya itu,berlinangan airmatanya sambil tersedu-sedu(if i'm right using this word)kerana seorang Rasul.

Bila kita muhasabah diri kita...kita ini jauh sangat kan dengan Rasulullah?!Amalan2 sunnahnya kita tinggalkan...Selawat kita kepadanya???ada kita jadikan selawat itu wirid(amalan rutin) kita??kita tidak ingat pun dgn Rasulullah,tak berselawat kepadanya kecuali dalam solat iaitu dlm tasyahhud.Itu pun dijadikan rukun dlm tasyahud kita utk berselawat keatasnya.Cuba bayangkan,jika ia tidak jadikan rukun,agaknya kita ni langsung tak sebut pun Rasulullah.

Malukan kita nak mengaku umatnya...kita mengaku kita mencintai Rasulullah tapi perbuatan kita selalu bercanggahan dgn suruhannya.Kita tak ingat pun utk berselawat kepadanya tapi kita mengharapkan syafaatnya di akhirat.Cintanya Rasulullah kepada kita sehinggakan akhir hayatnya itu masih menyebut-yebut:Umatku!Umatku!.akhir hayat kita,kita sebut apa agaknya??Sebut Rasulullah?mungkin tak teringat pun.Hmmm..zalimkan kita terhadap Rasulullah..

Semua para nabi tidak mampu memberi syafaat kecuali Rasulullah s.a.w.Kita diberikan keistimewaan dari umat2 terdahulu kerana Rasulullah.Cuba kita fikir...siapalah kita utk terima segala keistimewaan itu kalau tidak kerana Rasulullah??Umat2 terdahulu tidak akan masuk syurga dahulu kecuali setelah umat Rasulullah masuk.Lihat eh...bagaimana Allah begitu mengistimewakan kita kerana Rasulullah.Bila sebut nama Rasulullah tu,kita tidak sambut pun dgn selawat.kita dengar namanya itu mcm kita dengar nama kawan kita.Tiada beza.Tapi kita mengaku kita umatnya...hmmm..
Ya Allah bantu kami jadi pengikutnya yg hakiki.
الحديث:البخيل من ذكرت عنده فلم يصل علي
حديث صحيح رواه الإمام أحمد~

(maksud hadis:orang yg bakhil itu siapa yg disebutkan namaku disisinya maka dia tidak berselawat keatasku(hadis sohih riwayat Imam Ahmad).

Kalau pencinta Nabi s.a.w itu,bukan saja nama Rasulullah mereka sambut dgn selawat,apa2 yg mereka dengar cerita yang menyifatkan Rasulullah,mereka sambut dengan selawat.Kita bagaimana??Adakah kita jadikan impian utama kita untuk bertemu dgn Rasulullah??walaupun siapalah kita disisinya.Tapi Rasulullah itu tak pernah menghampakan harapan umatnya.حديث:المرء مع من أحب ~رواه البخري
Sabda Rasulullah yg bermaksud:Seseorang itu bersama dengan siapa yg beliau cinta(diriwayatkan oleh Imam Bukhari).

Ada satu kisah sahabat Rasulullah s.a.w,beliau ini begitu cinta sgt dgn Rasulullah.Setiap hari beliau akan melihat Rasulullah dari rumahnya apabila nabi s.a.w lalu krn rumahnya itu berdekatan dgn rumah Rasulullah .Sehinggakan pada suatu hari beliau tidak dapat melihat Rasulullah,beliau nangis dgn dasyatnya sehinggakan menjadi kurus kerana tidak makan hanya kerana tidak bertemu Rasulullah.kemudian suatu hari Rasulullah bertemu dgnnya dan mendapati sahabat tersebut begitu sedih dan dhoif keadaannya.Apabila ditanya oleh Rasulullah,apa yg telah menimpa dirinya..jawab sahabat tersbut:Aku sedih,sekarang ini(di dunia)apabila sehari aku tidak bertemu keadaanku sebegini,bagaimana nanti apabila di syurga?Engkau ya Rasulullah pasti di syurga yg tertinggi,manakala aku...akan berjauhan denganmu.

Hmmm...sampai begitu sekali kerinduannya kepada Rasulullah.Kita pula bagaimana..pernah ke airmata kita berlinangan kerana Rasulullah?!Paling kurang pun airmata kita berlinangan kerana rindu pada seorang yg istimewa yg belum jamin kecintaannya pada diri kita.Yang sepatutnya orang lain itu tidak berhak menerima kerinduan yg amat dasyat itu kecuali Allah dan RasulNya.Tetapi kecintaan kita pada makhluk Allah yg lain mengatasi cinta kita pada Allah dan RasulNya.Kerana itu,kita jarang sangat atau tak pernah langsung nangis krn rindukan kedua-dua tadi.

Mungkin untuk mendapatkan kecintaan yg sebegitu mendalam seperti sahabat Rasulullah tadi payah untuk kita yang tidak berkesempatan untuk melihat Rasulullah dan zaman kita terlalu jauh dgn Rasulullah.Namun,itu semua bukan penghalang untuk menghadirkan kecintaan tersebut dalam hati kita.Hanya satu cara saja untuk kita timbulkan kecintaan tersebut iaitu dengan membaca sirah2 Rasulullah.Sebaik-baiknya menggunakan kitab arab krn ianya lebih indah dlm menyifatkan/menceritakan tentang Rasulullah.Bahasa Arab itu indah! Pepatah melayu kata:Tak kenal maka tak cinta...
bila dah kenal Rasulullah....baru lahirnya cinta dan bila sudah cinta,kita banyak menyebut2 namanya iaitu selawat ke atasnya.

Ana masih ingat lagi guru ana disana,zah basma,beliau ajar ana sirah Rasulullah n tafsir.Beliau pesan dgn ana,jgn lupa baca sirah Rasulullah.Pesanan ini beliau tulis dlm sebuah buku yg beliau hadiahkan kpd ana.Antara nasihat beliau yg insya Allah ana akan ingat sampai bile2:'Dakwah2 walaupun pada asalnya berkumpul hanya minum kopi bersama.Apa ilmu yg awk pelajari,awk perlu sebarkan pada yang lain,Kerana Allah akan gantikan ilmu yg awk sebarkan itu dgn ilmu yg awk tak tahu.Dan dalam berdakwah,perlu diselitkan dgn cerita2 supaya si pendengar itu tertarik.Dan kamu takkan dapat cerita yg paling menarik kecuali pada sirah Rasulullah.Sollu 'alan Nabiyy!!Allhumma solli 'alahi wa 'ala alihi.

Mulai hari ini,kita mulalah memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah dan membaca kisah2nya,cintai Rasulullah seolah-olah Rasulullah itu wujud dihadapan kita.Banyakkan hadir ke majlis2 ilmu yg dapat menambahkan 'khosyah'(ketakutan)kita kepada Allah kerana Rasulullah cinta pada tolibul 'ilm.

Kalam2 ini sebenarnya ana tujukan untuk diri ana sebagai muhasabah diri sendiri dan ana ingin kongsi tazkirah ni dgn pembaca blog ini...
يا ربنا يا ربنا يا ربنا

بالمصطفى أقبلنا أجب دعوانا

أنت لنا أنت لنا يا ذخرنا

في هذه الدنيا و في أخرانا

واسلك بنا في نهج طه الصطفى

ثبت على قدم الحبيب خطانا

أرنا بفضل منك طلعة أحمد

في بهجة عين الرضا ترعانا

وانصر بنا طه المصطفى في بقاع الأرض

و اقمع كل من عادانا

يا رب و اجمعناو احبابا لنا

في دارك الفردوس يا رجوانا

بالمصطفى صل عليه و آله

ماحركت ريح الصبا أغصانا


من كلام الحبيب عمر بن حفيظ في الضياع اللامع~










Astarfirullah min qaulin bila 'amal,
ma astahiq an aqulakum illa limthali amri HabibuRahman Sollahu'alaihi wa sallam
biqaulihi 'ballighu 'anni walau ayah'.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Encik Ijak said...

tak dapat tengok video tu ukht.. bleh bg link lain??