Saturday, June 03, 2006

...Rindu Rawhah Habib Umar...

Rawhah(majlis ilmu iaitu baca kitab) yang habib jalankan di Darul Mustafa dapat didengar di Daruz Zahra(cawangan perempuan) secara live melalui Radio.Rawhah habib diadakan pada setiap selepas solat subuh,selepas solat asar dan selepas solat isyak.Rawhahnya berjalan kire2 dlm 45 min.

Keistimewaan Rawhahnya ini,Kalam habib itu sentiasa dikaitkan dengan Rasulullah sehinggakan orang yg tidak begitu kenal Rasulullah pun boleh terus jatuh cinta pd Rasulullah.Kalamnya itu nur dan barakah bagi setiap yg mendengar walaupun tak faham.Ada pernah teman ana cakap dgn ana:'masya Allah Habib ini,walaupun kita tak faham apa yg beliau katakan,tp bile dia cakap tu rasa lain ah,masuk ke hati'.Itulah kalau Orang itu Ikhlas dalam menyampaikan ilmu,kalamnya itu Allah mudahkan masuk ke hati si pendengar.Dan bibirnya itu tak terlepas mendoakan orang yg hadir dalam majlis ilmu tersebut dalam setiap yg beliau syarah.Misalnya jika beliau sedang baca perenggan yg menerangkan tentang ujub,beliau akan doakan misalnya Ya Allah jauhkan kami dari penyakit ini dan bantu kami dalam mengikut jejak KekasihMU.Doanya pun tak terlepas akan hubungan kita dgn Rasulullah.

Dapat dirasakan yg habib ini seorang yg 'alim Rabbani.Untung siapa yg mendapat didikannya secara 4 mata dgn habib.Walaupun kami,banat Daruz Zahra tidak mendapat didikan 4 mata dgn habib,walau setakat melalui radio,tpi tarbiyahnya terhadap kami dapat dirasekan.Maka orang kata itu,tak kenal maka tak cinta!



Siapa yg tak berpeluang utk mendengar darasnya di sana,boleh lungsuri lelamannya...tetapi dalam b.arab.Amati baik2 kalamnya.Sila klik disini!

Ya Allah,temukan aku sheikh sepertinya bila disana nanti...

No comments: