Wednesday, June 07, 2006

...Rindu serindu-rindunya...

Alhamdulillah semalam termasuk kali kedua ana menelifon di sana.Kali pertama bila ana tiba di sana'a capital of yaman.Itu part bila dah takleh tahannya rindu...(hehe..feeling pulak).Ana dgn teman ana dah tak tentu arah dah duduk kat hotel.masing2 mengadu nak balik ke DaruZahra'.Hati kami tak tenang nah sbb rindu punya pasal..bila tengok jam saja,teringatkan mereka sedang buat apa ketika itu.Akhirnya kami ambil keputusan untuk telifon jugak...tak boleh jadi ni.

Alhamdulillah,ana dapat berbual dengan zah najaj.Boleh dikatakan Beliau itu boleh dipanggil guru and kakak ana.Bila dengar saja suaranya...Ya Allah terus banjir ni.Dah takleh control..gembira sgt.Walaupun perbualan kami itu sekejap tapi sudah cukuplah untuk pengubat rindu ni.ketika itu ana berbual dengannya saja,sbb nak ubat hati ni dgn kata2 nasihat dari padanya.Sukelah ana mendengar kate2nya itu,masuk ke hati.

Alhamdulillah semalam dapat telifon lagi setelah 2 minggu jasad ini berpisah dari DaruzZahra.Kali ini lama sket dlm 30 min(nampaknya tunggu bill jer) dan berbaloi.Dapat berbual dgn ramai orang.Sebelum telifon itu,ana msg satu kakak indon ni,kak fauziah, supaya standby kat tempat telifon,ana nak cakap dengan ramai org ni.Bila ana kol,kak fauziah yg angkat.Beliau tanya kabarnya ana dengan suara yg ceria nah...kemudian terus di passkan fon kepada zah najaj.

Ana suke luahkan apa2 permasalahan pada zah najaj,seperti kata ana td kata2nya itu.Dia sebenarnya boleh dikatakan 'kakak' ana lah,ana panggilnya zah sbb dia ajar ana satu kitab ni.Ana ngadu padanya...zah,ana tak suke kehidupan disini!Ana rindu masa2 yg ana habiskan disana.katenya:'setiap tempat yg kita tak suke duduki itu,Allah gandakan pahala kita atas kesabaran menempuhi kehidupan dunia.Duduk di negeri kamu itu lebih mencabar dari duduk disini'.Dalam hati ana:Ya,tapi itulah hakikat yg paling berat yg perlu ana terima..Zah,hadirkan diri ana tak time rawhah habib??sentiasa,katenya.syukurlah,walaupun tak dapat hadir,moga2 dpt jugaklah barakah dari majlis ilmu tersebut.zah,ana rindu zah!rintih ana.ana pun,katenya.Ni2 ade banyak nak cakap ni.Dia pun pass fon itu pd yg lain.

Sebab kita disana alhamdulillah dijaga dari sudut pandangan kita kerana disana susah utk keluar kecuali jika ada aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah.Dan disana,suasananya betol2 suasana kehidupan tolibul 'ilm yg hakiki.Kalau dah duduk sana itu,rasanya apa lagi yang kita nak dengan dunia ni?!Kat sana tu macam syurga duniawi.

Ingat lagi hari sebelum berangkat,ade belajar dgnnya,dia syarahkan utk khatamkan sekali ade bab ni.bile selesai baca,Beliau bacakan doa.Dan secara kebetulan azn asar pun kedengaran.Antara Doanya:ya Allah Engkau temukan aku dengannya di syurga.hmmm..apa lagi..ana dah takleh lihat mukanya takut2 banjir.setelah selesai sume,beliau kata:sudah halimah,ana tak nak cakap apa2 lagi,kalau ana cakap nanti anti nangis.Sejak seminggu nak balik tu,hati ni mcm crystal(ceh debaks..),tak boleh cakap pasal balik,kalau sebut jer mesti start hujan monsoon nya.

kemudian dapat berbual dengan Zah Burka.Beliau sebenarnya seorang kakak senior tp Ana panggilnya zah sbb dia byk tunjuk ajar ana.beliau ini masya Allah sgt.Kalau nak lihat kesan ilmu bermanfaat terhadap seseorang itu,lihat pada dirinya.Diantara sifat tolibul 'ilm ialah ia mempunyai 'sakinah wa waqar'(ketenangan dan kemuliaan) dan beradab.Lihat cara jalannya penuh dengan sakinah,taklah macam kita terlari-lari.Bila beliau jalan itu,pandangannya tunduk je dan orangnya tawaduk sgt.tak pernah menolak orang yg datang kepadanya untuk meminta penerangan.Beliau pernah meminta teman ana supaya doakannya supaya dikahwinkannya di syurga bukan didunia.Sampai macam gitu sekali.Kalau rawhah(daras) Habib umar di Darul Mustafa yg dapat didengar secara live di DaruZahra melalui radio,beliau tak pernah miss.Kalau Qiyamullail itu,beliau ditugaskan membangunkan banat2.Ya Allah,berape banyak pahalanya itu.Memang patutlah kalau dia itu dapat ilmu ladunni.

Ana kata kepada beliau:Zah,nasihat zah sentiasa ana ingat.Zah ni mcm tahu jer yg ana nak cakap dgn zah.Sbb sebelum nak tefon tu adelah list2 nama2 org yg ana nak cakap,siapkan point2 sekali..jd tak drag dan bill pun tak melambong.
Zah hadirkan diri saya tak dalam setiap rawhah yg dihadirinya??beliau kata:Sentiasa dihadirkan diri anti.Insya Allah,kamu akan balik kesini.Yah!itu yg ana harapkan.Cepat balik kesini!katanya.Zah sudah pakai baju ana??Dah2,bila ana pakai,banat panggil ana halimah.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya dapat ditinggalkan kenangan disana.zah tanya ana,apa yg awak buat untuk dakwah awak??Hmm...ana belom buat ape2 lagi.Disana sentiasa menekankan da'wah.kalau minta nasihat dari orang2 sana,mereka tekankan da'wah2.Tambah ana,Ana tak suke disini sbb masa yg ana habiskan sekarang dah tak mcm di Daruzahra.ya Allah...halimah...katanya.Dia dah pun tak tahu camna nak cakap lagi dgn ana ni..heehe.

kemudian bebual dengan laila(indon) dan afifah(M'sia).mereka ini dah macam adek ana sendiri.masing2 menanyakan khabar.Start bebual dgn mereka,mula mata berair.Lail,nti kangen(rindu) dgn ana tak??(boleh ah bebual sikit2 indon)..hehe.ya dong,ana kangen tau! katanya.hai..tak terlepas dgn kata2 rindu.Kami saling meminta doa antara satu sama lain.Lail,zah basma ade??Ana nak cakap dgn zah basma!!mrk panggilkan zah.

Beberapa minit kemudian,lail kate:kak2 zah basma nak cakap. halimah bikheir??alhamdulillah.kamu skrg di mana?Dirumah,kate ana.keluarga kamu skrg tgh buat ape??sume tido zah skrg kul 2 pagi disini(disana kul 9.45 mlm).Terkejut guru ana ni.Beliau ajar ana tafsir dan beliau itu mcm ibu kami.Skrg awk buat apa sementara nak ke mesr??tak buat apa2 skrg,adelah masuk kelas sket2.Zah dah baca surat yg ana kasi?ooo,anti masyhur dgn surat anti.samihini ya ustazah.syukran atas kitab yg diberikan pd ana,ana suke sgt.Beliau kate:setiap kali anti bace kitab itu,doakan ana.Zah doakan ana eh!wa anti aksar(lebih lg).Zah..ana rindu zah.Anti akan pulang ke sini Insya Allah!,katenya.Keyakinan ana untuk datang kembali kian menebal berkah dgn doa2 mrk ni.masya Allah,org2 disana tawaduk sgt,mrk saling meminta doa antara sama lain.Sampaikan salam pd ibu dan ahli kamu,katenya.Ni2,Ruqayah nak cakap dengan kamu.Aiwah2,kate ana.

Ana sayang guru ana satu ni,sbb dia yg didik ana supaya disiplin dalam solat berjamaah di awal waktu dan kejarkan takbir yg pertama bersama imam.Ini selalu habib Umar tekankan.nanti kalau beberapa minit setelah azan,beliau akan ketuk setiap bilik,ingatkan kami..banat solat2!kalau qiyamulail beliau yg kejutkan kami.jasanya takkan ana lupakan.

Halimah...rayunya.Ruqayah,mana anti masa ana nak pulang itu??tak berkesempatan utk bersalaman,ana cari2 anti tau,kate ana.Syukran eh atas surat itu!hehe..Cutelah dia ni,dia orang qamarain(afrika)dia kasi ana surat mlm sebelum berangkat.Dia pesan ana supaya jgn bace kecuali setelah belayar.dah baca surat??tanya dia.aiwah..dah!afwan eh ana selalu lukakan hati nti sbb dia kata hatinya luka bila lihat ana dgn banat2 lain.Terus dia ketawa tak tertahan.hehe cutekan adeq ana satu ni..jeles rupanya.halimah...balik sini cepat!!hmm..bdk ini umurnya 13 tapi kalau cakap pasal Rasulullah atau dengar dia kasi daras secara tak rasmi,fuh..mcm bukan 13 tahun.

kemudian dapat berbual dgn kak sheikhah n kak lily.Dalam diam rupanya kak sheikhah pendaie besar di Indon,umurnya 29,dia datang ke yaman utk berubat.Dia sakit2 sebenarnya.Ana minta teman ana supaya panggilkan kak lili,beliau ni sentiasa bersama kak sheikhah krn menjaga kak sheikhah yg sakit2,nak panggil kak sheikhah takut menyusahkannya sbb dia tgh sakit2.tapi yg hadir tempat fon 2,dua2 sekali.

hmm..tak boleh ana lupakan,sehari sblm nak berangkat,ana bertemu kak sheikhah di kamarnya sbg ziarah je.tgk tu matanya dah bengkak...katenya.(bengkak bukan kene tumbuk eh!)terus ana tak tahan,nangis di depan dia.dia pun peluk ana dan baringkan kepala ana di pangkunya.YA Allah,tersentuh sgt..sambil2 itu beliau nasihat2kan ana.Selama kami di Dar,antara kami sebenarnya taklah begitu rapat tapi katenya tapi dekat di hati.

Terus cakap dgn kak lily,kak..ana tak tahan rindu...kak apa ubatnya??parah ni..tak pernah cam gini.kak itu kate,baca 'ya tarim wa ahlaha' byk2.Pengubat rindu akan tempat tersebut.hmm..insya Allah.Bila selesai tanya kabar,kak sheikhah kate jgn lupa hantar gambar kamu berempat(gambar dgn teman2 ana).Insya Allah kak!

dan sebernarnya ade banyak lagi..tapi ini dialog2 yg terindah..hehe.Ya Allah,ana tak pernah rasai ukhwah seperti ini.Indahkan ukhwah itu jika kerana Allah?!



Ya Allah...jadikan kerinduan ini hanya keranaMu...
Temukan aku dengan mereka semula...
Yang walaupun bukan di dunia..
Tapi di syurga...
Bersama kekasihMu Sollahu'alaihiwa sallam..
Amin ya Rabb!

No comments: