...Akan ku miliki suatu hari nanti ...
Kisah di bawah ini betul2 memberi kita panduan cinta yg berlandaskan Iman.Moga mendapat pengajaran dari kisah tersebut.Ceritanya best sekali!!
Wahai teman-teman sekalian,
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi.
Walau bagaimanapun,tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih,tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya.Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa,dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,banyak perkara yang telah saya pelajari.Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya
bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah
organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,banyak perkara yang telah saya pelajari.
Dia seperti yang telah saya ceritakan,bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman,dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat
menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya
untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas,dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat
saya secara halus agar dia tidak terkejut.Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan
hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu
perhubungan kami.Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya.Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan
ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah
ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari.
Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah."I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family,a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah
lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu
bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca,tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata
ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like
this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir,tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak
sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat,janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua,insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan
yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangatlemah.Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu.
Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun,Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan
kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq, Jordan.
Harap beroleh manfaat..
Kita sebagai insan yang lemah, tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan..
Muhasabah laa..
Syukran..
wassalam...
*dipetik dari ukhwah.com
Monday, June 27, 2005
Thursday, June 23, 2005
...Recommend Buku...

Buku karangan Imam Ghazali
Kesimpulan isi kandungan buku ini:
Buku ini terdapat nasihat2 Imam Ghazali bagi penuntut2 ilmu,apa yg patut ada dalam diri mereka,amalan2 yg mendekatkan diri kpd Allah,bagaimana untuk membina niat belajar yg betul,dan bagaimana untuk jadikan ilmu yg kita pelajari 2 menjadi manfaat dan berbagai lagi.Buku amat sesuai untuk penuntut2 ilmu.
Sesiapa yg nak baca buku ini secara online,boleh klik language yg dikehendaki:
English N Arabic
P/s:Digalakkan bagi sesiapa yg boleh membaca n memahami B.arab,klik yg arabicnya,jadi bila baca tu ade Zauq(feel).
Buku ini terdapat di Kedai Buku Mesir yg masyhur:Dar-alsalam
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang isi kandungannya dan harganya,boleh klik nama kedai tersebut.

Buku karangan Imam Ghazali
Kesimpulan isi kandungan buku ini:
Buku ini terdapat nasihat2 Imam Ghazali bagi penuntut2 ilmu,apa yg patut ada dalam diri mereka,amalan2 yg mendekatkan diri kpd Allah,bagaimana untuk membina niat belajar yg betul,dan bagaimana untuk jadikan ilmu yg kita pelajari 2 menjadi manfaat dan berbagai lagi.Buku amat sesuai untuk penuntut2 ilmu.
Sesiapa yg nak baca buku ini secara online,boleh klik language yg dikehendaki:
English N Arabic
P/s:Digalakkan bagi sesiapa yg boleh membaca n memahami B.arab,klik yg arabicnya,jadi bila baca tu ade Zauq(feel).
Buku ini terdapat di Kedai Buku Mesir yg masyhur:Dar-alsalam
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang isi kandungannya dan harganya,boleh klik nama kedai tersebut.
Monday, June 20, 2005

...Taman2 Syurga di Dunia...
Siri Ceramah La Tahzan(Jangan bersedih)
*La Tahzan merupakan sebuah Buku(Arab) karangan 'aidh AlQarni
(عائض القرني)
Tarikh: 18 jun - 20 Aug 2005
Hari/Waktu:Setiap sabtu selama 10 minggu selepas solat Isyak
*Anjuran Masjid Kampung Siglap dgn sokongan 9 buah masjid.
Akan datang ni!!!
Tarikh: 23 july
Masjid: Masjid Kassim(Changi Road)
Tajuk: Jangan bersedih...Seseungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan
Penceramah:Ust Yazid Yunos
Tarikh: 30 july
Masjid: Masjid As-Syakirin(Jurong)
Tajuk: Jangan bersedih...Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira
Penceramah:Ust Mustazah Bahari
Tarikh: 6 August
Masjid: Masjid As-Syafaah(Sembawang)
Tajuk: Jangan bersedih...Atas perilaku manusia terhadapmu,tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
Penceramah:Ust Hafiz Rapiee
Tarikh: 13 August
Masjid: Masjid Darul Ghufran(Tampines)
Tajuk: Jangan bersedih...Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu
Penceramah:Ust Jazair Jummat
Tarikh: 20 August
Masjid: Masjid Kampung Siglap(Marine Parade)
Tajuk: Mengapa bersedih,Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.
Penceramah:Ust Ali Mohammed,Ust Jamaludin Abd Wahab,Ust Azmi Abd samad.
P/s:Untuk mendapatkan alamat masjid2 yg berikut,sila klik nama masjid tersebut.
Wednesday, June 15, 2005
...Pembinaan Kaabah...

Mengikut kata2 Ahli sejarah,Kaabah itu telah dibina sebanyak 10 kali.Antaranya ialah At-Taqiyul Fasi(التقي الفاسي) dlm kitabnya SyifaulGharam(شفاء الغرام) berkata:
Kaabah pernah dibina sebanyak 10 kali oleh:
1)malaikat
2)Nabi Adam
3)anak Nabi Adam iaitu syith شيث
4)Nabi Ibrahim
5)Kerajaan 'Amaliqa(عمالقة) yg berbangsa Arab
6)Suku Jurhum(جرهم) yg bernama AlHarith bin Madhadh Al-Asghar
7)Qusai(Datuk Nabi Muhammad s.a.w yg kelima)
8)Orang2 Quraisy,diantaranya Nabi s.a.w turut membinanya
9)Abdullah bin Zubair(Anaknya sayidatina Asma dan Asma pula kakak pd Sayidatina Aisyah)
10)*AlHajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi
*cerita tentang dirinya:
Dinamakan Ath-Thaqafi kerana beliau ni(seorang gabenor)tidak boleh tido selagi tidak membunuh org tapi yg peliknya setiap malam dia menghafal AlQuran.
p/s:Jadi kalau nak tahu kenapa beliau bunuh orang,silalah rujuk pada kitab2 sejarah.
-Semenjak pembinaan yg dilakukan oleh Abdullah bin Az-Zubair dan kemudian Al-Hajjaj,tidak lagi berlaku selepas itu pembinaan kecuali memperbaik dan memperbetulkan.
-Pernah dikatakan,Khalifah Harun Al-Rasyid hendak mengubah kaabah itu dari binaan Alhajjaj tetapi Imam Malik Bin Anas telah merayu agar Baitullah tidak dijadikan permainan raja2 kerana ia boleh menghilangkan kehebatan Kaabah itu dari hati2 orang2 yg menghadapnya.
*Dipetik dari kitab Tafsir AlQuran AlFadhil Ust Ahmad Sonhadji Mohamad.

Mengikut kata2 Ahli sejarah,Kaabah itu telah dibina sebanyak 10 kali.Antaranya ialah At-Taqiyul Fasi(التقي الفاسي) dlm kitabnya SyifaulGharam(شفاء الغرام) berkata:
Kaabah pernah dibina sebanyak 10 kali oleh:
1)malaikat
2)Nabi Adam
3)anak Nabi Adam iaitu syith شيث
4)Nabi Ibrahim
5)Kerajaan 'Amaliqa(عمالقة) yg berbangsa Arab
6)Suku Jurhum(جرهم) yg bernama AlHarith bin Madhadh Al-Asghar
7)Qusai(Datuk Nabi Muhammad s.a.w yg kelima)
8)Orang2 Quraisy,diantaranya Nabi s.a.w turut membinanya
9)Abdullah bin Zubair(Anaknya sayidatina Asma dan Asma pula kakak pd Sayidatina Aisyah)
10)*AlHajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi
*cerita tentang dirinya:
Dinamakan Ath-Thaqafi kerana beliau ni(seorang gabenor)tidak boleh tido selagi tidak membunuh org tapi yg peliknya setiap malam dia menghafal AlQuran.
p/s:Jadi kalau nak tahu kenapa beliau bunuh orang,silalah rujuk pada kitab2 sejarah.
-Semenjak pembinaan yg dilakukan oleh Abdullah bin Az-Zubair dan kemudian Al-Hajjaj,tidak lagi berlaku selepas itu pembinaan kecuali memperbaik dan memperbetulkan.
-Pernah dikatakan,Khalifah Harun Al-Rasyid hendak mengubah kaabah itu dari binaan Alhajjaj tetapi Imam Malik Bin Anas telah merayu agar Baitullah tidak dijadikan permainan raja2 kerana ia boleh menghilangkan kehebatan Kaabah itu dari hati2 orang2 yg menghadapnya.
*Dipetik dari kitab Tafsir AlQuran AlFadhil Ust Ahmad Sonhadji Mohamad.
Thursday, June 09, 2005

...At-Tibyan(2) dlm adab2 pembawa AlQuran...
(Buku karangan Imam Nawawi)

Tajuk:Respon kita terhadap ayat2 AlQuran yg kita baca/dibaca.
Dengan kita respon,menunjukkan yg kita memahami apa yg kita baca dan khusyuk dgn apa yg dibacanya.
Bab:Disunatkan apabila bertemu dgn ayat rahmat,hendaklah ia meminta Allah dari kelebihanNya,dan apabila bertemu dgn ayat azab,hendaklah meminta Allah perlindungan dari kejahatan atau azab.
-Apabila bertemu dgn ayat ayab/kejahatan,hendaklah ia berkata:
اللهم اسألك العافية من كل مكروه
(Allahumma as alukal 'afiah minkulli makruh)
Maksudnya:Ya Allah Aku mohon keselamatan dari segala yg dibenci.
-Apabila bertemu dgn ayat mengagungkan Allah,maka hendaklah ia berkata:
سبحانه و تعالى/تبارك و تعالى
(tabaraka wa ta'ala/subhanu wa ta'ala)
Maksudnya:Maha suci Allah lagi Maha Tinggi
*Ini telah disahkan dari Khuzaifah bin yaman dlm hadith yg diriwayatkan oleh Muslim dlm sahihnya.
-Dibolehkan kita menyebut respon2 tersebut dlm solat dgn syarat ia diniatkan sbg zikir.Jika tidak(setakat saja2/kebiasaan),ia boleh membatalkan solat.
Cerita tentang khuzaifah bin Yaman:
Beliau ini merupakan seorang sahabat Nabi.Beliau digelar sbg
صاحب سر الرسول الله
(tuan yg memiliki rahsia2 Rasulullah).Keistimewaannya ialah beliau ni tahu list nama2 org munafik yg diberitahu Rasulullah.Beliau selalu bertanya kpd Rasulullah perkara yg negatif misalnya apakah ciri2 amalan di tolak dan sbgnya.kalau sahabat2 yg lain,byk yg bertanyakan tentang nikmat2,beliau ni sebaliknya.
Beliau seorang gabenor di wilayah madain(di Iraq).Pada suatu hari,ade seorang musafir sdg mencari org utk menolongnya mengangkat barang dagangannya ke sebuah gudang.Si Musafir ni pun lihat kanan kiri tapi tiada org utk beliau panggil.Kebetulan pula ketika Khuzaifah berlalu di situ,dan musafir 2 pun apalagi menyuruhnya supaya angkat barang2nya pindah ke gundangnya.Khuzaifah pun melakukan apa yg telah disuruhnya.Setelah selesai barang2 itu dipindahkan,beliau(musafir) tanya si tuan punya gudang 2:siapa gabenor di wilayah ini?Tuan 2 pun berkata:orang yg angkat barang2 kamu itulah gabenor kami.Si musafir itu terkejut dan terus meminta maaf dgn Khuzaifah.
Masya Allah...Betapa zuhud dan tawaduknya beliau!!
Contoh2 ayat dan respon kita terhadapnya:
1)Surah AlGhasiyah:25-26
Kita respon: اللهم أدخلنا الجنة بغير حساب
(Allhumma adkhilnal jannata birairi hisab)
Maksudnya:Ya Allah masukkan kami ke syurga tanpa perhitungan
2)surah Al-A'la:1
kita respon:سبحان الله
(Subhanallah)
Maksudnya:Maha Suci Allah
3)Surah At-tin:8
kita respon: بلى و أنا ذلك من الشاهدين
(bala wa ana zaa lika minasyyaa hidin)
4)Surah As-syam:9
Kita respon:اللهم ات نفسي تقواها و زكيها انت خير من زكاها
(Allahumma aati nafsi taqwaa ha wazakkihaa wa anta kharun man zakkaa haa)
Maksudnya:Ya Allah,berikan jiwaku ini taqwa hati dan sucikannya,Engkaulah sebaik2 yg mensucikannya(hati)
5)Surah Ar-Rahman:فباءي الاء ربكما تكذبان
Setiap kali jin mendengar ayat ini,Jin akan menjawab:
ولا بشيء من نعمك ربنا نكذب فلك الحمد
(wala bisyai in min ni'amika rabbana nukazzib falakal hamdu)
Maksudnya:dan tiada sesuatu dari nikmat2Mu itu Wahai Tuhan kami,kami mendustai(nikmat),bagiMU segala pujian.
*Walaupun ini respon jin,kita tetap boleh ikut caranya menjawab selagi ia tidak bertentangan.Krn rasullah pernah berkata dgn sahabat bahawa Jin2 itu lebih baik responnya daripada kamu ketika mendengar ayat AlQuran.
Fadhilat Ayat:و اٍني اٍعيذها بك و ذريتها من الشيطان الرجيم
(Surah Al-Imran:36)
Fadhilatnya:
Apabila bayi yg baru lahir,baca ayat tersebut kemudian sapukan kat baby 2.Ade sebahgian ulama mengatakan bahawa ayat ini kelebihannya,ia menjaga bayi tersebut daripada melakukan perzinaan di masa dewasanya nanti.
Rasulullah pernah berkata:setiap bayi itu akan diganggu oleh syaitan kecuali Maryam dan Sayina Isa A.S.
*Dipetik dari kata2 Ust Ahmad dlm kelas Tibyan 7/6/05.
Nantikan sambungannya!!
Sunday, June 05, 2005

...At-Tibyan dlm adab2 hamlatul Quran...
(Buku karangan Imam Nawawi)
Menangis ketika membaca AlQuran:
-Menitiskan air mata ketika membaca AlQuran itu adalah sifat org ariffin(org2 yg kenal Allah)dan lambang hamba Allah yg soleh.
-Hadith:Bacalah AlQuran dan menangislah,jika tidak boleh menangis,maka buat2lah menangis.
-Kata Imam Ghazali dlm cara2 utk menangis ketika membaca:
1)hadirkan hati dgn kesedihan dlm merenungkan ancaman2 dan azab2 Allah yg dasyat,perjanjian kita dgn Allah.
2)Renungkan segala kecuaian kita dlm menunaikan segala perintah yg disuruhNYA.
3)Jika tidak mampu jugak utk menangis,maka nangislah krn tidak mampu menangis krn ia menunjukkan hati kita keras yakni menangis krn hati kita keras.
Sayidina Umar AlKhattab:
Beliau ketika bersolat subuh berjemaah,sedang beliau membaca surah yusuf,mengalir airmatanya hingga ke bahagian leher.Dlm riwayat yg lain pula:beliau menangis
sehingga didengari tangisannya itu di saf2 yg belakang.
Thursday, June 02, 2005

...Warkah Adam Kepada Hawa...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Ku teruskan bicara buatmu,
Hawa,
Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan
ketenangan hatimu...
HAWA,
Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini.
Hawa,
ke mana hilangnya sopan santun dan rasa hormatmu terhadapku?
Kalau dulu,
untuk mengucapkan sebaris kata di hadapan ku sekalipun,
kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata
sebaik-baiknya dan seatur mungkin.
Namun hari ini,
suatu kebiasaan jika ku perhatikan malumu kian lenyap!
Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yg menghalang dan
kau bisa menyapaku tanpa segan-silu...
malu itu selayaknya kau punyai, tapi apa yg terjadi kini???
HAWA,
Apa yg membimbangknku,
kedaan ini biasa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah Allah.
Pergaulan yg ku kira tidak wajar antara muslimin dan muslimat
menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan,
terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat
kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi....
HAWA,
Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu??
Mengapa hawa yg kukenal dulu tidak lagi selembut dulu?
Tidak seperti dulu??
Tutur kata yg petah, alunan suara yg lantang,
mengheret aku ke dalam kesedihan yg berpanjangan..
Kau bisa ku samakan dengan teman-temanku yg lain dan...
jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti,
Hawa akan menguasai dunia dan Adam hanyalah penyeri saja..
Dulu,
ku sanjung tinggi peradabanmu yg kiranya dibandingkan dengan kaumku di luar sana.
Tapi kini,
kepercayaanku kian luntur tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar,
dan sedarlah Hawa, dirimu adalah wanita yg menyimpan setinggi-tinggi
maruah...
Lantaran itu,
usah terlalu ghairah denganku,
kaum Adam dan kita mempunyai benteng yg teguh....
janganlah dirobohkan...
HAWA,
Fahamilah...
ku tak ingin kau terlalu menonjol diri,
kerana bagiku hawa adalah sebutir mutiara yg terlalu mahal harganya.
Terus terang ku katakan duhai hawa,
bukan kemarahanmu kupinta,
bukan sapaanmu yg menggembirakan diriku,
tapi mengertilah Hawa,
ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan.
HAWA,
Jika bersua muka, tundukkan pandanganmu.
perlahankan suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun
naluri kita saling memerlukan.
Ingatlah Hawa, batas-batas pergaulan di antara kita,
itulah yg harus dijaga...
HAWA,
Peliharalah tingkah laku mu tak kira di mana-mana saja.
Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu
seandainya kau tersilap langkah,
tapi dengarlah Hawa,
aku mahu kau sedar!! Sedar yg dirimu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau dikau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini..
Kaumku, Adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat Allah lantaran dosa yg kita titipkan...
HAWA,
Sekian dulu untuk kali ini.Ketahuilah dunia Hawa.....
aku amat merindui dirimu yang dulu....
Wassalam....
*dipetik dari fowarded email
Subscribe to:
Posts (Atom)
















