Thursday, June 09, 2005



...At-Tibyan(2) dlm adab2 pembawa AlQuran...
(Buku karangan Imam Nawawi)


Tajuk:Respon kita terhadap ayat2 AlQuran yg kita baca/dibaca.
Dengan kita respon,menunjukkan yg kita memahami apa yg kita baca dan khusyuk dgn apa yg dibacanya.

Bab:Disunatkan apabila bertemu dgn ayat rahmat,hendaklah ia meminta Allah dari kelebihanNya,dan apabila bertemu dgn ayat azab,hendaklah meminta Allah perlindungan dari kejahatan atau azab.


-Apabila bertemu dgn ayat ayab/kejahatan,hendaklah ia berkata:

اللهم اسألك العافية من كل مكروه
(Allahumma as alukal 'afiah minkulli makruh)
Maksudnya:Ya Allah Aku mohon keselamatan dari segala yg dibenci.

-Apabila bertemu dgn ayat mengagungkan Allah,maka hendaklah ia berkata:

سبحانه و تعالى/تبارك و تعالى
(tabaraka wa ta'ala/subhanu wa ta'ala)
Maksudnya:Maha suci Allah lagi Maha Tinggi

*Ini telah disahkan dari Khuzaifah bin yaman dlm hadith yg diriwayatkan oleh Muslim dlm sahihnya.

-Dibolehkan kita menyebut respon2 tersebut dlm solat dgn syarat ia diniatkan sbg zikir.Jika tidak(setakat saja2/kebiasaan),ia boleh membatalkan solat.

Cerita tentang khuzaifah bin Yaman:

Beliau ini merupakan seorang sahabat Nabi.Beliau digelar sbg
صاحب سر الرسول الله
(tuan yg memiliki rahsia2 Rasulullah).Keistimewaannya ialah beliau ni tahu list nama2 org munafik yg diberitahu Rasulullah.Beliau selalu bertanya kpd Rasulullah perkara yg negatif misalnya apakah ciri2 amalan di tolak dan sbgnya.kalau sahabat2 yg lain,byk yg bertanyakan tentang nikmat2,beliau ni sebaliknya.

Beliau seorang gabenor di wilayah madain(di Iraq).Pada suatu hari,ade seorang musafir sdg mencari org utk menolongnya mengangkat barang dagangannya ke sebuah gudang.Si Musafir ni pun lihat kanan kiri tapi tiada org utk beliau panggil.Kebetulan pula ketika Khuzaifah berlalu di situ,dan musafir 2 pun apalagi menyuruhnya supaya angkat barang2nya pindah ke gundangnya.Khuzaifah pun melakukan apa yg telah disuruhnya.Setelah selesai barang2 itu dipindahkan,beliau(musafir) tanya si tuan punya gudang 2:siapa gabenor di wilayah ini?Tuan 2 pun berkata:orang yg angkat barang2 kamu itulah gabenor kami.Si musafir itu terkejut dan terus meminta maaf dgn Khuzaifah.

Masya Allah...Betapa zuhud dan tawaduknya beliau!!

Contoh2 ayat dan respon kita terhadapnya:

1)Surah AlGhasiyah:25-26

Kita respon: اللهم أدخلنا الجنة بغير حساب
(Allhumma adkhilnal jannata birairi hisab)
Maksudnya:Ya Allah masukkan kami ke syurga tanpa perhitungan

2)surah Al-A'la:1

kita respon:سبحان الله
(Subhanallah)
Maksudnya:Maha Suci Allah

3)Surah At-tin:8

kita respon: بلى و أنا ذلك من الشاهدين
(bala wa ana zaa lika minasyyaa hidin)

4)Surah As-syam:9

Kita respon:اللهم ات نفسي تقواها و زكيها انت خير من زكاها
(Allahumma aati nafsi taqwaa ha wazakkihaa wa anta kharun man zakkaa haa)
Maksudnya:Ya Allah,berikan jiwaku ini taqwa hati dan sucikannya,Engkaulah sebaik2 yg mensucikannya(hati)

5)Surah Ar-Rahman:فباءي الاء ربكما تكذبان

Setiap kali jin mendengar ayat ini,Jin akan menjawab:
ولا بشيء من نعمك ربنا نكذب فلك الحمد

(wala bisyai in min ni'amika rabbana nukazzib falakal hamdu)
Maksudnya:dan tiada sesuatu dari nikmat2Mu itu Wahai Tuhan kami,kami mendustai(nikmat),bagiMU segala pujian.

*Walaupun ini respon jin,kita tetap boleh ikut caranya menjawab selagi ia tidak bertentangan.Krn rasullah pernah berkata dgn sahabat bahawa Jin2 itu lebih baik responnya daripada kamu ketika mendengar ayat AlQuran.

Fadhilat Ayat:و اٍني اٍعيذها بك و ذريتها من الشيطان الرجيم
(Surah Al-Imran:36)

Fadhilatnya:
Apabila bayi yg baru lahir,baca ayat tersebut kemudian sapukan kat baby 2.Ade sebahgian ulama mengatakan bahawa ayat ini kelebihannya,ia menjaga bayi tersebut daripada melakukan perzinaan di masa dewasanya nanti.

Rasulullah pernah berkata:setiap bayi itu akan diganggu oleh syaitan kecuali Maryam dan Sayina Isa A.S.

*Dipetik dari kata2 Ust Ahmad dlm kelas Tibyan 7/6/05.

Nantikan sambungannya!!

No comments: