Monday, May 30, 2005

...LELAKI IDAMAN...

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang yang
BUTA, BISU, BAKHIL dan PAPA
Biarlah dia seorang yang buta

BUTA,
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-
perkara maksiat dan lagha
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam
memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat
kesengsaraan umat Islam di Palestin
Bosnia, Ambon dan seumpamanya,
Biarlah dia seorang yang

BISU,
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang
keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang
bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang
kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati
Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari
membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang
kemungkaran, dan dia lantang menyuarakan
kebenaran
Lelaki yang aku idamkan ,adalah seorang

BAKHIL,
Bakhil dalam memberi senyuman ,pada
wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk
membuat temujanji dengan wanita ajnabi
yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgit
hanya kerana seseorang wanita yang tidak
sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan
masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan
aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan
teguran
Sehingga dia sanggup untuk menggadaikan
hartanya ,bahkan nyawanya untuk melihat
kalimah LAILAHAILAWAH
Kembali megah di muka dunia
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang
yang

PAPA,
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu
pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam
mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam
impian untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah .

*petikan dari fowarded email

No comments: