Sunday, May 22, 2005



...Dugaan mematangkan diri...

Alhamdulillah,akhirnya selesai juga peperiksaan pertengahan tahun.Masa terlalu cepat berlalu..rupanya tinggal 4 bulan saja,ana berada di alam persekolahan.Menjadi pelajar adalah kenangan yg paling manis walaupun tertekan dengan exam(mcm stress pulak..).kalau tanya org yg bekerja tu..mana yg seronok,mesti mereka akan jawab yg mereka nak bersekolah semula.

Ana nak imbas kembali apa yg ana lalui sepanjang exam yg baru berlalu.Hmm..walaupun mcm tertekan sikit,namun banyak perkara yg dapat ana pelajari.Belajar paling enjoy tapi bile nak exam 2,paling tension sekali.ana nak kongsi kata2 guru ana ni.

Beliau berkata:
"sebenarnya setiap hari kita dlm imtihan(ujian).natijahnya,berjaya atau tidak,nanti di akhirat.lapangkn hati menerima setiap dugaan,kembali pd (mumtahin)Yang Menguji(Allah) sebenarnya.Tambahnya lagi:ada satu kakak tu kata:usah terlalu takut dgn peperiksaan,sehingga seolah2 kau kufur dgn nikmat pertologan Allah yg bakal kau terima."

Bila merenung kembali kata2nya 2,masya Allah...Rasanya,mana agaknya kita letakkan sifat tawakkal kita kpdNya,yakin dgn pertologanNya.Kita selalu menyangka usaha kita itulah penentu segalanya.

Sebenarnya bukannya kita tidak yakin,cuma tekanan itu berpunca dari kita yg belom cukup persediaan menghadapi peperiksaan...takkan bertawakkal tanpa belom buat apa2 usaha?!

Kata pepatah arab:الاًمداد على حسب الاًستعداد
maksudnya:Pertolongan Allah itu berdasarkan persediaan yg dilakukan.

Kehangatan exam lebih terasa kini,memandangkan ini merupakan tahun terakhir,banyak yg perlu kami mempersiapkan diri sebelum takharruj(keluar)dari sekolah dan melanjutkan pelajaran ke universiti2 terutama lagi untuk sambung ke Universiti AlAzhar.kalau dulu belajar byk,tapi bile exam bukan sume yg kita belajar masuk exam,tapi skrg,mula dari kita belajar sampai akhir masuk exam.Ada jugak subject yg sampai satu buku nak kene hafal(ni time final exam).Ustaz nak make sure yg kita ni btol2 layak dapat syahadah(cert).

kalau cakap pasal hafal ni,teringat paper hadis.Paper ni paling teruji.Exam masuk 10
hadis termasuk sekali keterangan pasal perawi2 hadis,maksud2 hadith,tujuan2nya tapi dalam paper tu hanya perlu jawab 3 hadis.Dan kami dikehendaki hafal exactly sama dgn buku.


Bile kenangkan kembali,hai..baru hafal 10 hadis dah payah.Dah hafal lupa balik.Bila dah rasa kene hafal dgn tamam(sempurna) hadis2 ni,rasa kagum tersgt dgn Imam Bukhari mcmana beliau dapat hafal lebih dari 6,000 hadis dgn sanad2nya(iaitu dari fulan dari fulan hingga sampai ke Rasulullah).

Satu caranya yg ana tertarik ialah setiap kali beliau hendak menulis sebuah hadis,beliau akan mandi dan melakukan solat istikharah.Cuba bayangkan berapa kali ia lakukan sedemikian dgn lebih 6,000 hadis yg beliau tulis.Memang patutlah Beliau dapat menghafal hadis sebanyak gitu kerana dirinya diselimuti dgn nur atas nur.

Imam Syafie pula,sebelum datang menemui Imam Malik utk menuntut ilmu,kitab muwatta' karangan Imam Malik sudah pun beliau hafal.Imam malik merupakan seorang guru yg penuh dgn kehebatannya.Bukan mudah untuk berada dlm majlis ilmunya.Tingginya martabatnya sbg seorang Alim sehinggakan gabenor perlu pergi ke tempatnya sbg perantaraan dgn org awam.Itulah yg dilakukan Imam Syafie,beliau meminta gabenor supaya menjadi wasilah utknya bertemu Imam Malik.

Kemudian,gabenor itu pun menulis surat kpd Imam Malik akan keinginan Imam Syafie utk menyertai majlis ilmunya.Imam Syafie pun ketuk ke rumahnya bersama dgn surat tersebut,kemudian pembantu Imam Malik bertanya:ada apa2 permasalahan,sila tulis di kertas dan nanti Imam akan menjawabnya kerana sekarang kelasnya sedang berjalan dan beliau tidak mahu diganggu.

Akhirnya beliau serahkan surat itu kpd pembantu Imam Malik sambil menunggu didepan pintu dan beliau pun menyerahkan kpd Imam Malik.sebaik saja beliau membaca surat itu terus Imam Malik keluar utk menemui imam Syafie dan beliau pun berkata dlm keadaan marah:Patutkah engkau ingin mempelajari hadis2 Nabi melalui sekeping surat ni.

Bila pertama kali Imam Malik bertemu dgn Imam Syafie,Beliau pun bertanya:apa yg ada pada diri engkau supaya layak utk menyertai majlisku ni?Imam Syafie pun menjawab:Aku telah menghafal seluruh AlQuran dan telah menghafal kitabmu Al-Muwatta'.Bila mendengar jawapan Imam syafie,keadaannya yg marah tadi mula menjadi sejuk.Imam Malik pun berkata:Sesungguhnya aku telah lihat pada dirimu itu cahaya,maka jangan engkau padaminya dgn kemaksiatan.

Hilangnya ilmu dgn lupa.Bagaimana ilmu itu nak melekat dlm hati sdgkan dlm diri kita ni masih lagi bercampur dgn maksiat(tak kirelah yg kecil ataupun yg besar).Ilmu itu kan cahaya dan ia tidak akan bercampur dgn maksiat.

Pernah ana lihat buku Muwatta' di library sekolah ana,nak lihat jgk buku yg Imam Syafie hafal.masya Allah...bukunya tebal2 dan berjilid.Dalam hati ana..Ya Allah inikah buku yg Imam Syafie hafal..terasa kagum sgt dgn dirinya.


kalau antara hafal AlQuran dgn hadis
,AlQuran lebih mudah dihafal.sbb Allah sendiri sudah menjanjikan dlm surah AlQamar bahwa AlQuran itu senang utk dihafal.Jadi kalau orang kata:"susah ah hafal Quran..".Itu sebenarnya bukan krn kalimah2Nya tapi krn diri kita sendiri..kene muhasabah kembali diri kita.

Bila ckp pasal subject Balaghah(sastera arab) pula,hmm..subject ni diajar oleh seorang sheikh mesir yg sudah pun berumur.kalau time kat kelas 2,sdg beliau mengajar,mmg ana jarang faham akan apa yg beliau terangkan sbb bahasa beliau ada campur ala mesir kecuali bile part nasihat2nya adab2 sbg penuntut ilmu(bahasanya senang difahami part ni).

Walaupun tak faham apa yg beliau terangkan...tetap dengarkan jer.mmg beliau pun pantang org yg buat kerje lain walaupun menulis.Mata kami kene melihatnya.Namun begitu,walaupun tak faham apa yg beliau ajarkan di kelas,tapi nanti bila nak periksa nanti faham dgn sendirinya.Bila blajar sendiri,baru rasa sendiri..oh gini rupanya apa yg blajar selama ni kat kelas.

Satunya yg ana dpt pelajari ialah walaupun kita tak faham guru 2 terangkan(walaupun dah bertanya) atau tak berapa minat dgn cara mengajarnya,jgn kita simpan perasaan benci terhadap guru tersebut krn ia menjadi penghalang utk kita mendapat ilmu,atau tido ke dlm kelasnya atau buat hal sendiri krn ini boleh mengguris hati guru.Malah kita dengarkan jer.Berikan perhatian yg sepenuhnya pada guru kita.

Mungkin bile guru tersebut mengajar kita tak faham langsung tapi kalau kita jaga adab kita dgn guru,Insya Allah...Allah sendiri yg akan ajarkan kita ilmu tersebut sbb ilmu i2 hanya dari Allah.Agaknya mcm gini orang yg belajar di AlAzhar,dapat ilmu.Walaupun tak faham apa yg sheikh katakan di kuliah tetap dengarkan juga dan hasilnya kebanyakkan keluaran AlAzhar menjadi seorang yg berwibawa.

Sebagai pelajar,kita perlu menjaga adab kita dgn guru.sbb keberkatan guru ni tak dapat dirasakan dan dilihat di depan mata.Nanti bile dah keluar sekolah,kesannya baru terasa,org kata tu 'long term effect'(hehe..speakong jap).

Walaupun kita ni sbg pelajar selalu merungut 'byk nak kene hafal' tapi kita tetap akur yg menghafal(termasuk kefahaman) adalah satunya cara utk ilmu itu melekat di dalam dada bukan setakat bila buka buku baru tahu.

kata Imam Syafie(dlm menggalakkan menghafal ilmu):
ilmu itu bersamaku,kemana saja aku pergi,ia bersamaku,jika aku berada di rumah,ilmu itu bersamaku di rumah,jika aku berada di pasar pula,ilmu itu bersamaku dipasar
.

Mungkin sekarang ni rasa mcm payah sgt,tapi kesenangannya di kemudian hari yg hanya dapat dirasai org yg melakukannya.Sebenarnya bagus jgk kalau ada guru yg nakkan kita hafal bulat2 dlm buku krn secara tidak langsung ia memperbaiki lagi bahasa arab kita dan menguasai bahasa tersebut.Krn ini berlaku pada guru ana.

Beliau menceritakan yg beliau tidak mampu mengarang dlm b.arab tapi mampu membaca setiap kitab Arab ketika beliau menyambungkan pelajaran di Universiti timur tengah dan tindakan yg beliau ambil ialah dgn menghafal segala isi dlm buku.Hasilnya,skrg ni,beliau diantara guru bahasa arab yg berwibawa dlm mengajar kami menguasai b.arab.


Firman Allah yg bermaksud:
Akan Allah jadikan selepas kesusahan itu kesenangan

(surah At-Talaq)

Ya Allah,
Kalau inilah cara yg terbaik untuk aku mendapatkan ilmu,
Maka Engkau,
Berikan ku ketabahan dlm aku memperolehinya...

2 comments:

for - One / 41 said...

Halimah, pinjam article ni ya..

Pendahaga Ilmu said...

nak copy article ni eh?kasi ana email,nanti ana emailkan.ok?