...Keajaiban Solat...
Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
*petikan dari fowarded email
Wednesday, March 30, 2005
Saturday, March 26, 2005
..JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN..
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia.Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya.Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."
*Dipetik dari fowarded email.

Saturday, March 19, 2005
...Madrasah kebanggaanku...
Happy sekali Madrasahku,Madrasah AlMaarif AlIslamiah,muncul dlm TV.walaupun ketika ana kat rumah orang tgh blajar,tak peduli jgk,minta stop blajar kejap,minta tuan rumah bukakan channel Suria,nak tengok sekolahnya pasal.
Bila start jer,tunjukkan bangunan sekolah,dgn pelajar2 rendah main2 kat depan gate.
Ana apalagi,tersengeh-sengeh sendirian,happy sgt.Ya Allah..Rindunya dgn Sekolah...baru jgk last months dtg sch.
Episod ni mengetengahkan kejayaan pelajar POLYTECHNIC yg cemerlang,yg berjaya masuk Universiti setempat(NUS),ambil jurusan sains,sbb bukan senang utk pelajar poly utk masuk U kecuali (kurang 10%)yg terbaik dikalangan yg terbaik.Lebih menggembira pelajar tersebut merupakan bekas lulusan Madrasah AlMaarif.
Yg bagusnya,walaupun dah berjaya,tak pernah lupa pd tempat asal beliau belajar.Malah,mengetengahkan pd masyarakat..Inilah madrasahku!yg banyak mendidik dan mengajarku sehingga mampu mencapai tahap kejayaan seperti i2.
Kemudian ditanya kpd guru lecturenya yg pernah mengajar beliau di POLY:Apa kelebihan yg pelajar madrasah ada bila melanjutkan ke Poly?Beliau pon jawab yg dpt tahu yg pelajar madrasah harus belajar banyak matapelajaran,dan krn itu mrk sudah pandai membahagikan dan mendisiplin masa krn telah terdidik di Madrasah.
Tujuan ana keluarkan kenyataan ni,sbb ana nak sangkal tanggapan2 salah masyarakat terhadap pelajar madrasah.Kalau tak kerana terdirinya Madrasah2 dan masjid2,mungkin s'pore ni ditimpa lebih dashyat dari tsunami(Ma'nawi).Jadi sama2 kita berusaha, agar 6 buah madrasah yg ada ni,dpt terus berfungsi dlm memainkan peranannya.
Ketika sdg bertemu-ramah dgn pengetua,ana ade qoute katanya yg mmg takleh dinafikan:"pelajar2 sini,walaupun dah keluar sekolah,still dtg balik sch,jenguk guru2 dan sekolah".Mmg betol ah,sbb ikatan antara pelajar dan guru 2 rapat,dan guru2 pula senantiasa menanamkan dlm diri kami supaya sentiasa cinta dan berbangga dgn Madrasah sendiri.kalau tidak,siapa lagi nak perjuangkan madrasah?kalau bukan pelajar2nya.
Last yr,ana mula masuk madrasah Aljunied,sambung preu disana,krn cita2.Pernah jgk kawan ana ckp dgn ana:ko ni ta'asub sgt dgn Almaarif.ana pon jwblah:apa nak buat,2 kan tempat asal ana.sbb ada sekali 2,mungkin maksud kwn2 ana 2 bergurau,tapi ana takleh accept:eh,nama sekolah org jgn main2 eh.Pantang nenek moyang org mempermainkan nama Almaarif atau kutuk2 madrasah.
Walauapapun,Setiap tempat tu ada keistimewaannya.Di Madrasah Aljunied,ana dpt rasa keseronokan menuntut Ilmu Ugama.Didedahkan ana pd kelas2 yg tak pernah terfikir pun yg ada klas sebegitu bila di AlMaarif seperti blajar bentuk halaqah(mcm zaman dulu).Bagi Ana,Madrasah AlMaarif,banyak mendidik ana dan mengajar ana erti kehidupan yg sebenarnya terutama dlm mengharungi kehidupan yg penuh dgn cabaran ni...
Syukur sungguh di hati ni...
Krn ditempatkan ana,
Berada di dua tempat yg penuh barakah ini,
Untuk ana menuntut ilmu...

Wednesday, March 16, 2005
...Pergaulan Melalui Internet...
Ramai yang mencari pasangan dan mencari teman dengan chatting.
Apakah prinsip Islam yang perlu kita pegang dalam hal ini?Hal ini sudah menjadi lumrah hari ini terutamanya di kalangan remaja,tanpa mengira apakah batas yang ada pada Islam supaya aspek moral tidak diabaikan. Seperti yang diketahui, segala jenis peluang samada negatif atau positif terdapat dalam teknologi moden.
Walau apa pun, yang jelas muslimin dan muslimat tanpa mengira umur turut menggunakannya lantas bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. yang telah memberi kita segala kemudahan dan kemewahan teknologi.
Kita tidak boleh tersasar daripada panduan yang Allah S.W.T. telah gariskan.Internet chatting sebenarnya sama seperti menulis surat kepada seseorang ataupun menelefon seseorang ataupun sebenarnya adalah kombinasi kedua-duanya. Muslimin dan muslimat perlu mengikut batas-batas yang telah ditetapkan ke atas percakapan dengan telefon ataupun menulis surat.
Islam tetap mengharamkan penulisan surat-surat cinta ataupun perbualan yang intim dalam perbualan telefon antara muslimin muslimat yang bukan muhrim antara satu sama lain.
Di dalam perbualan, penulisan ataupun chatting , kita mesti menegakkan sifat HAYA' ataupun malu. Muslimin muslimat tidak diizinkan berchatting hanya untuk bersosial ataupun sebagai hobi. Adalah haram untuk muslimin muslimat yang bukan muhrim berchatting dalam jangka masa yang panjang kecuali keharusan untuk perniagaan ataupun pendidikan. Semua bentuk
interaksi hendaklah sopan. Al-Qur'an telah mengingatkan kita berulang-ulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas perkataan yang telah kita gunakan nanti. (sila rujuk AL-AHZAB 33 Aya 70 & QAF 50 ayat 18)
Jika seseorang itu bertemu dengan seseorang melalui internet dan berniat untuk berkahwin, hendaklah ia melibatkan orang lain ataupun ibu bapa dalam berchatting. Hendaklah orang lain itu melakukan siasatan dan rundingan bagi pihaknya. Bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain ?
Islam mengharamkan Khalwah (duduk bersunyi) di antara muslimin muslimat yang bukan muhrim. Dalam hal ini,khalwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun telefon. Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga bercakap melalui telefon atau chatting, lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi.
Kita juga harus berhati-hati sebelum diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu akan faedah yang kononnya wujud dalam berchatting dengan golongan yang bukan muhrim atau seseorang yang entah diketahui siapakah dirinya yang sebenar. Kekadang kita tidak sedar sedang ditipu dan diperdaya dengan nama-nama samaran serta lakonan orang yang sedang berchatting.
Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:( Daripada tanda keelokkan (kesempurnaan) imannya ialah ia meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya) Hadis Riwayat Tarmizi.
Sama-samalah kita memikirkannya...
permaya.org

Saturday, March 12, 2005
Coke Ada Alkohol??!!
Penulis ini menulis dlm emailnya:
Saya memang tidak ragu perkara ini. Di universiti kami pernah membuat kajian kes berkenaan bagaimana menggunakan strategi pemasaran Coke Ada Alkohol Saya memang tidak ragu perkara ini.Di universiti kami pernah membuat kajian kes berkenaan bagaimana menggunakan strategi pemasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa.Buku yang diterbitkan oleh prentice hall(international marketing) membincangkan secara teliti berkenaan bgm kejayaan coca-cola mengadaptasikan produk untuk memasuki pasaran asia.
Dinyatakan secara jelas di situ bahawa kandungan alcohol didalam coke yang berada di pasaran eropah dianggarkan 20%.bagi negara islam seperti malaysia, indonesia dll peratus alkohol ini dikurangkan kepada 5% dengan alas an untuk melepasi halangan agama tetapi tetap ia perlu diletakkan untuk mengekalkan rasa asli
coke.W/bgpun ia ditulis sebagai bebas alkohol untuk melepasi
halangan pasaran di negara tersebut.
Untuk pengetahuan juga hanya coke yang dibuatdan dipasarkan di Arab Saudi dan Pakistan sahaja yang benar2 bebas alkohol kerana halangan undang2 di negara tersebut terlalu ketat.Perlu juga dinyatakan disini bahawa coke yang dijual bersama hidangan di restoran makanan segera ditambah kuantiti alkoholnya kepada 8%.Sebab itu jika anda merasa coke yang didapati di Mc Donald adalah lebih pahit dari yang dijual secara botol.
Sebelum ini saya cuba menghebahkan kepada kawan-kawan tetapi selalunya ramai yang tidak percaya. ini sebagai respone kepada kenyetaan ini dan sebagai melepaskan tugas saya untuk memberitahu.harap kita semua sedar.sekian.
*Petikan dari fowarded email

Wednesday, March 09, 2005
...Antara sabar dan mengeluh...
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
*Petikan dari fowarded email.

Monday, March 07, 2005
...Peringatan buat pendakwah...
PERINGATAN INI KHAS DITUJUKAN BUAT PENDAKWAH
JALAN ALLAH, JALAN AL-HAQ, JALAN PENUH BARAKAH,
JLN WARISAN RASULULLAH, NABI AKHIR ZAMAN.
PENDOKONG AGAMA ALLAH,CARA HIDUP ISLAM YG UNGGUL,
YG BERNAMA PENDAKWAH BEBAS ATAU TIDAK.
INGATLAH :
1. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, MAKA
HINDARKAN DIRIMU DARI MENCONTOHI UNSUR JALAN
THOGHUT - menghina, mengumpat, mengadu-domba,
lagha, membazir, bakhil dan seumpamanya.
2. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, maka
basahkan lidahmu dengan zikrullah walau di mana
dirimu berada, di saat senang atau susah.
3. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, ELAKKAN
dirimu dari menceritakan semua masalahmu sehingga
pendengarmu merasakan kamu ini bukan lagi
pendakwah, tapi klien yg bermasalah.
4. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, maka
awasi dirimu dari segenap ruang kebersihan
dalaman dan luaran, untuk menyempurnakan ketaatan
kepada ALLAH, bukan untuk dibanggakan kepada
pengikutmu.
SETELAH NYATA TAULADAN DIRIMU, automatik
pendengar dan pengikutmu berbangga kerana
mengenalimu, seorang manusia biasa tapi TINGGI
DARJATNYA DI SISI ALLAH kerana kamu menempah
Syurga, dengan niat untuk Syahid di JALAN ALLAH.
5. DAN BANYAK LAGI TUGAS,
NAMUN ALLAH MAHA PENYAYANG,
apa sahaja permintaanmu pasti diperkenankan selama mana kamu
bersabar DAN BERSYUKUR menempuh JALAN AL-HAQ.
*Dipetik dari forum www.pewaris.com

Friday, March 04, 2005
..Jangan tinggalkan aku...
Waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati
Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci
Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari
Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari.
Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi...
Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji ?
Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan
Atau....dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan
Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian
Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan.
Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman
Sekarang...sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian
Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia
Sedangkan ayat2ku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa.
Waktu malam engkau nongkrong di depan TV
Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three
Di depan komputer berjam-jam engkau duduk
Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok
Mengumpul debu diselaput abuk.
Apakah suratkabar, TV, computer, dapat memberimu hikmat
Bila engkau di kubur kesendirian menunggu kiamat
Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat
Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat.
Sekarang engkau begitu leka membuang peluang...
Setiap saat berlalu...kuranglah baki umurmu...dan kubur sentiasa menunggu
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu.
Kalau aku dibaca selalu dan dihayati...
Di kubur nanti....
Aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri
Peganglah aku lagi . .. bacalah aku setiap hari
Kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi.
Keluarkanlah aku dari almari...sentuhilah aku lagi...
Jangan aku dibiarkan sendiri....

Subscribe to:
Posts (Atom)