...Madrasah kebanggaanku...
Happy sekali Madrasahku,Madrasah AlMaarif AlIslamiah,muncul dlm TV.walaupun ketika ana kat rumah orang tgh blajar,tak peduli jgk,minta stop blajar kejap,minta tuan rumah bukakan channel Suria,nak tengok sekolahnya pasal.
Bila start jer,tunjukkan bangunan sekolah,dgn pelajar2 rendah main2 kat depan gate.
Ana apalagi,tersengeh-sengeh sendirian,happy sgt.Ya Allah..Rindunya dgn Sekolah...baru jgk last months dtg sch.
Episod ni mengetengahkan kejayaan pelajar POLYTECHNIC yg cemerlang,yg berjaya masuk Universiti setempat(NUS),ambil jurusan sains,sbb bukan senang utk pelajar poly utk masuk U kecuali (kurang 10%)yg terbaik dikalangan yg terbaik.Lebih menggembira pelajar tersebut merupakan bekas lulusan Madrasah AlMaarif.
Yg bagusnya,walaupun dah berjaya,tak pernah lupa pd tempat asal beliau belajar.Malah,mengetengahkan pd masyarakat..Inilah madrasahku!yg banyak mendidik dan mengajarku sehingga mampu mencapai tahap kejayaan seperti i2.
Kemudian ditanya kpd guru lecturenya yg pernah mengajar beliau di POLY:Apa kelebihan yg pelajar madrasah ada bila melanjutkan ke Poly?Beliau pon jawab yg dpt tahu yg pelajar madrasah harus belajar banyak matapelajaran,dan krn itu mrk sudah pandai membahagikan dan mendisiplin masa krn telah terdidik di Madrasah.
Tujuan ana keluarkan kenyataan ni,sbb ana nak sangkal tanggapan2 salah masyarakat terhadap pelajar madrasah.Kalau tak kerana terdirinya Madrasah2 dan masjid2,mungkin s'pore ni ditimpa lebih dashyat dari tsunami(Ma'nawi).Jadi sama2 kita berusaha, agar 6 buah madrasah yg ada ni,dpt terus berfungsi dlm memainkan peranannya.
Ketika sdg bertemu-ramah dgn pengetua,ana ade qoute katanya yg mmg takleh dinafikan:"pelajar2 sini,walaupun dah keluar sekolah,still dtg balik sch,jenguk guru2 dan sekolah".Mmg betol ah,sbb ikatan antara pelajar dan guru 2 rapat,dan guru2 pula senantiasa menanamkan dlm diri kami supaya sentiasa cinta dan berbangga dgn Madrasah sendiri.kalau tidak,siapa lagi nak perjuangkan madrasah?kalau bukan pelajar2nya.
Last yr,ana mula masuk madrasah Aljunied,sambung preu disana,krn cita2.Pernah jgk kawan ana ckp dgn ana:ko ni ta'asub sgt dgn Almaarif.ana pon jwblah:apa nak buat,2 kan tempat asal ana.sbb ada sekali 2,mungkin maksud kwn2 ana 2 bergurau,tapi ana takleh accept:eh,nama sekolah org jgn main2 eh.Pantang nenek moyang org mempermainkan nama Almaarif atau kutuk2 madrasah.
Walauapapun,Setiap tempat tu ada keistimewaannya.Di Madrasah Aljunied,ana dpt rasa keseronokan menuntut Ilmu Ugama.Didedahkan ana pd kelas2 yg tak pernah terfikir pun yg ada klas sebegitu bila di AlMaarif seperti blajar bentuk halaqah(mcm zaman dulu).Bagi Ana,Madrasah AlMaarif,banyak mendidik ana dan mengajar ana erti kehidupan yg sebenarnya terutama dlm mengharungi kehidupan yg penuh dgn cabaran ni...
Syukur sungguh di hati ni...
Krn ditempatkan ana,
Berada di dua tempat yg penuh barakah ini,
Untuk ana menuntut ilmu...
No comments:
Post a Comment