Tuesday, February 08, 2005

...Muhasabah diri...

Demi Masa,sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh dan saling nasihat-menasihati dgn kebenaran dan kesabaran.~Surah AlAsr~


Sempena tahun baru ini,marilah sama2 kita muhasabah balik diri kita samada tahun yang telah kita lalui ni,kita telah menjalaninya sebaik mungkin.

1)Adakah setiap hari kita membaca AlQuran?

2)Adakah kita membuat sunat2 rawatib sebelum dan selepas solat?

3)Adakah kita telah khusyuk dlm setiap solat kita dgn memahami setiap yg kita baca?

4)Adakah kita mengingati mati dan azab kubur?

5)Ada tak kita meminta Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan kita ke dlm Syurga dan selamtakan kita dari azab api neraka?

6)Adakah kita membaca sesuatu dari hadis2 Nabi S.A.W dan membaca selawat keatasnya?

7)Pernahkah kita cuba menjauhkan diri kita dari banyak bergurau dan banyak ketawa?

8)Dalam sehari 2,ada tak kita menangis krn takutkan Allah S.W.T?

9)Kita ada minta ampun tak dgn pencinta kita akan dosa2 kita dlm sehari 2?

10)Sudahkah kita memuji Allah krn nikmat Islam yg Dia berikan kepada kita?


Sebelum nak tido 2,kita jadikan ini sbg checklist amalan kita.Rasanya kita ni,terlalu sibukkan dgn dunia??

kalau masa dgn AlQuran 2,seminggu sekali baca ataupun bila dilanda keresahan baru ingat dia.Kita byk lebihkan masa kita dgn suratkhabar dari AlQuran sdgkan AlQuran 2,dtgnya dari Tuhan...kalau baca suratkhabar,tiap2 hari takleh miss.kalau betullah itu berlaku pd diri kita,maknanya kita belom betul2 yakin yg AlQuran 2 datangnya dari Pencipta kita sendiri.

Tiap2 hari,kita lakukan maksiat..mana yg sembunyi2 nya lain apalagi yg terang-terangan,tapi cuba kita muhasabah balik,setiap hari 2,ade tak kita minta ampun dgn Allah selain dlm solat?Nabi yg ma'sum(bersih dari melakukan dosa)pon,minta keampunan dari Allah 70 kali,kita ni apa lagi yg hari2 buat dosa malah berbangga pula dgn dosa yg kita lakukan.Adakah kita ni rasa kita lebih baik daripada Nabi?sampai berat sgt untuk minta ampun dgn Tuhan.kalau ada perasaan sebegitu,cepat2 minta ampun dari Allah S.W.T.

kalau baca selawat pula,agaknya berapa kali kita berselawat keatas Nabi S.A.W?sedangkan Nabi 2,bila di saat2 akhirnya 2,menangis beliau krn risaukan umatnya.Kita ni pernah ke nangis utk Rasulullah?Krn permintaan Rasulullah lah,kita dapat fadhilat lailatul Qadar yg tidak diberikan kepada umat2 yg sblmnya.

Bila mengenangkan kembali...Ya Allah,rasanya kita ni dah terlalu jauh,sibuk sgt dgn hal2 dunia sehingga lupa akan nasib kita di akhirat kelak..sdgkan kehidupan disana yg kekal.Ingat!!Sesal kemudian tiada gunanya lagi..

No comments: