Friday, July 30, 2004
TIDUR secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Ajaran Islam melihat tidur sebagai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :
"Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur".
Menurut perspektif Islam, persoalan mengenai tidur boleh dibahaskan meliputi perkara-perkara seperti berikut :
- Berapakah jumlah jam patut kita tidur dalam sehari ?
Ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Namun sebenarnya, tidur bagi tujuan istirahat ini bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu.
- Bilakah waktu yang sesuai untuk tidur ?
Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur berdasarkan fitrah alamiah kejadian manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba': 9 - 11).
Perlakuan tidur di luar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan keadaan yang tidak sihat. Sebagai buktinya, kita dapat melihat pelajar yang terlalu berjaga malam dengan pelbagai aktiviti akan gagal ke kuliah pada awal pagi atau berasa mengantuk pada siang hari.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin,waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
- Bagaimana patut kita tidur ?
Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan.Oleh yang demikian, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.
Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan. Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.
Dipetik daripada karya Imam an-Nawawi, Riyadhus Salihin dalam Kitab Kesopanan Tidur, contoh tidur yang terbaik adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya pergi tidur tidak terlalu malam, kemudian bangun beberapa saat setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang Tahajud dan berehat menunggu fajar menyingsing untuk bersembahyang Subuh berjemaah.
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.
Daripada Aisyah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersembahyang pada sebahagian waktu malam sebanyak sebelas rakaat. Kemudian apabila fajar menyingsing, baginda bersembahyang dua rakaat yang ringan sekali, kemudian baginda berbaring atas bahagian tubuhnya yang sebelah kanan, sehingga muazzin datang lalu memberitahukannya - tentang sudah berkumpulnya orang ramai yang hendak bersembahyang Subuh secara berjemaah. (Muttafaq `alaih )
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir, sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. (Az-Zariat : 15-18 )
Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.
Dari segi cara dan posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.
Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.
Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.
Abu Bakar Jabir al-Jaza'iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :
1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.
2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.
3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra' Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.
4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.
5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat.... hingga akhir dan sebagainya.
tidur itu sebagai satu nikmat daripada Allah dan Islam juga turut mengaitkannya dengan prinsip-prinsip kesihatan yang bersifat alami.
Oleh Mohd Nizam Sahad
Sumber: Utusan Online (21/07/04)
Friday, July 23, 2004
Pastinya setiap insan mempunyai detik hitam dalam hidupnya.Begitu juga dgn diri ana.Ana nak kongsi lah apa yg pernah ana lalui di blog ni.Sememangnya zaman remaja adalah zaman yg penuh dgn dugaan dan cabaran.Pada masa ini lah remaja mula mencari identitinya sendiri.
Kini ana berusia 17 tahun.Masih dlm zaman remaja lagi.Ana mengakulah yg dulu ana jarang membaca AlQuran.Pd waktu tu ana berusia 12 tahun,darjah 6.Entah eh..dulu ana giler maths ah.Asyik2 practice maths sampai AlQuran pun ana rasa ana baca sebulan sekali atau dua kali.Sebab time tu,kertas maths yg diberikan oleh guru teramat susah sehinggakan dlm satu kelas tu 2 atau 3 yg pass.Pada usia ini lah....mulanya cabaran2 luar mendatang.Hati ana tak tenang...iman pon semakin menurun.senang kata,terkapai-kapai sedang mencari sesuatu.Kemudian dtg lagi pengaruh2 luar seperti chatting kat IRC dan pergaulan antara perempuan dan lelaki(tapi alhamdulilah ana tak terjebak dgn yg ni oleh krn ana from girls sch ).Berkawan hanya di Net saja,tak pernah keluar atau telifon.Banyak masa ana terbuang begitu saja kat net..chat berejam-rejam.
Semuanya berubah bila ana menyertai kelas tahfiz di MKS.Pd mulanya bukannya atas minat ana sendiri..krn ana risau nah kalu ana tak leh cope dlm pelajaran,yelah...bila dah sec1 tu dah 6 lagi pelajaran.dulu time rendah markah kesuluruhan 600 bila menengah dahni.. total 1200.Ana belum buat persetujuan lagi utk masuk tahfiz ni..tapi ibu ana dah daftarkan nama ana.Utk menyertai kelas ni,kita diuji dahulu dgn menghafal 1 page sejam.Sampai hari utk diuji...ana pon cuba nasib jer.Yang ana terkejut tu,alhamdulillah..bila menerima keputusan,ana dipilih utk mendapat biasiswa yg ditaja oleh MUIS walaupun sebenarnya hafalan ana tak lancar ketika diuji.Mungkin dah rezki ana kat sana.Terima kasih tak terhingga buat ibuku krn sokongan yg diberikan kpdku.
Pelan2 ana kayuh dlm menghafal AlQuran.Alhamdulillah,kini ana rasa perubahan yg amat ketara nah.Masa ana lebih teratur,chat pun dah tak lagi...malah dah tak reti nak chat pon ade(i mean chat dgn lelaki kat net),prestasi pelajaran ana pun semakin baik.Ramailah yg ragu2, mcmana dgn pelajaran sekolahnya kalu menyertai kursus tahfiz ni.seolah-olah meragui kehebatan AlQuran.
Entah eh..dlm tidak kita sedari...sedang kita dlm process menghafal Alquran tu....sebenarnya Allah sentiasa membantu kita.Dialah yg mengaturkan masa kita agar masa kita tu dimanfaatkan sepenuhnya.Dan Setiap kesusahan kita tu dipermudahkanNya.Takdelah rasa kesunyian dlm hati seperti mana kalau skrg ini ramai remaja yg merasa kesunyian jika takda teman lelaki/temanita yg istimewa.Ana mula diajar mencari CintaNya melalui KalamNya.Rasanya dgn KehadiranNya saja dlm hidup kita sudah teramat istimewa.alhamdulillah...ana ditemukan dgn teman2 yg baik di Pusat tahfiz..yg mengajar ana erti ukhuwahfillah yg sebenar.kalu salah seorang tak datang tu..pasti kami bertanya antara satu sama lain ...rasa mcm rindu tak bertemu walaupun baru beberapa hari.kemesraan itu wujud diantara kami. Bila fikir2 balik, betullah Ukhuwah tu indah bila semuanya kerana Allah.Akhlak kita pun dijagaNya.
Mungkin ade yg mempertikaikan.. ade budak tahfiz pun perangai mcm org yg bukan hafal AlQuran.Ini semua balik pada niat masing2.Sebenarnya niat tu yg memberi kesan kpd diri seseorang tu.
Sejak kebelakangan ni,bile ade masalah atau sedih dgn sesuatu perkara,ana terus mambaca kitab SuciNya.Masya Allah....bila selesai baca tu...seolah-olah masalah/persaan duka tu hilang begitu saja.Tak lagi menghantui fikiran ana.Yang kelakarnya ana ni...bile dah hilang perasaan duka tu...tanya balik dgn diri ana,''apa yg ana sedihkan tadi?!'' .Seolah-olah perasaan tu tak pernah wujud dlm hati ana.Masya Allah....Betapa AgungNya KalamMu sehinggakan hati yg gundah-gulana menjadi ceria kembali.
Sebenarnya....banyak lagi perkara2 yg manis yg dirasai tetapi bukan semuanya kita boleh menerangkan kpd org apa yg kita rasai krn ia hanya dapat dirasai org yg melakukan saja.Oleh itu...kalau nak merasai ni semua..marilah..masuk tahfiz!!!Hidup mu pasti dipelihara Allah s.w.t. krn bila kita menjaga Alquran krn amanah,maka secara automatik maka ia dijaga oleh AlQuran(iaitu dgn kekuasaan Allah) kembali.wassalam.
Saturday, July 17, 2004
1)Ikhlas krn Allah
2)Cenderung kpd sesuatu yg menguatkannya kpd Allah dan menjauhkan diri dari sesuatu yg melalaikannya
3)Berjaya dlm segenap urusan hidup
4)Dikurniakan 'guru'yg alim Rabbani (dipertemukan dgn golongan yg baik)
5)Dipelihara Allah hidupnya
6)Manusia akan menyenanginya
7)Hati akan sentiasa mengharapkan akhirat,tidak terikat pd dunia
8)Dikurniakan 'khusnul Khatimah'(mati dlm keadaan yg baik)
9)Menjadi petunjuk kpd manusia lain
*Dipetik dari nota kuliah Ustaz Jamalludin abd Wahab
Sambungan Seterusnya...''10 sifat mulia anjing yg patut pd seseorang pelajar/pengajar pd pandangan Hasan Al-Basri" .
Sunday, July 11, 2004
Kalau nak ikutkan betul2 hukum feqh(mazhab Syafie),wanita tak dibenarkan bermusafir kecuali dgn mahramnya.
Ini selalu menjadi tanda tanya di fikiran ana...macamana pula dgn ana yg ingin melanjutkan pelajaran di timur tengah.Ana selalu tanya dgn diri ana...adakah ana ni meremehkan hukum Allah jika ana teruskan cita2 ana tanpa adanya mahram disisi ana??Kerana ana tidak mahulah dlm ana menuntut ilmu tu,melanggar syariatNya ..takut2 ilmu yg dicari tu tak dapat keberkatan.
Tadi pagi,ana adelah hadir orentasi Tahfiz di MKS.Sedang majlis berjalan,ust sakinah pun dtg duduk di sebelah ana.Kami duduk di akhir barisan.apelagi..kalau dua insan dah bertemu,hai...nampak gayanya gamat dunia.Tak habiz2 bergurau.Dlm gurauan itu,tiba2 ana tertanyalah ustazah,bile dah kahwin ni...mana yg best..time solo ke atau dah menjadi isteri org.Alhamdulillah,ust seorang yg open dan sudi berkongsi fikrahnya.
Ust kata:Bila dah kahwin ni,banyak masa kita utk suami.Dah tak boleh buat lagi aktiviti2 time solo eg. berbual dgn kawan kat phone atau keluar dgn kawan.Apa2 yg kita lakukan,kita kene bilang/minta izin suami.Senang kata..tak bebaslah.Yg bagusnya,ust terasa secured bile dah kahwin.Bile nak keluar hanya kawan2 tertentu yg boleh.Bila nak keluar sekurang2nya ade teman....yelah wanita ni kan senang ditimpa fitnah itu apa yg suaminya katakan.
Apalagi perbualan pon semakin rancak ah..terus ana pon tanya:ust,walaupun kita jalan sorang2 pon leh timbulkan fitnah ke??ust jawab:Boleh...sebab time kita jalan tu,kita tak perasan ada lelaki yg perhatikan kita.Ana pon apalagilah...terasa..sebab ana suka jalan sorang2.
Terus ana tanya soalan yg diatas tu sbb sampai skrg ana lom temui jawapan.Ust pon kata:Boleh..tapi bapa awak kene hantar awk sampai kat sana.keluar hanya bile ade kuliah jer lepastu balik rumah(sewa).takleh keluar2.
Ana pon tanya lagi:kirakan selama ni saya keluar sorang2,takleh ah sebenarnya.Bukannya takleh..bila kita keluar tu pastikan kita ada tujuan dan sepanjang perjalanan tu jaga akhlak kita.Barulah,hati ana lega sikit mendengar kenyataan itu.Sebab bila seorang wanita itu keluar dari rumahnya,syaitan tepuk tangan(tanda suka),tambahnya lagi.
Dlm hati ana ..alamak camna ni..mesir ni Ardul ilmi(bumi kaya dgn ilmu).Ana plan kalau lepas kuliah tu leh singgah masjid dgn group of friends sbb masjid2 disana byk tazkirah dan yg berikannya tu bukan calang2 org(sheikh2).sambil tu ingatkan nak ambil sanad(talaqqi dgn sheikh)cara bacaan imam yg lain.Insya Allah,kalau dah graduate dari aljunied nanti dah ade sanad cara bacaan syatibi riwayat imam 'Asim(ini yg selalu kita baca).
Ust pon kata:saya nasihatkan awk kalu nak blajar jauh2 tu kahwin dulu.HHAAHH!!TAK NAK AH!(bkn ckp ah tapi kat hati).Ish susah tau..kalu dah kahwin.Byk tanggungjawab.Can't imagine sey kawin muda.Tak sanggup sebenarnya nak korbankan masa remaja.yelah Imam Syafie pernah berkata kejar masa muda ni utk mencari ilmu,nanti bile dah jadi ketua(boleh kiaskan bekerja)dah tak ada masa utk tu sume.
Ana pon kata:Tapi kan hukum nikah,balik pd hukum yg lima.Afdal meninggalkannya bile kita disibukkan dgn beribadah atau menuntut ilmu.Ust pon keluarkan hadis yg masyhur iaitu:Siapa yg tdk suka akan sunnahku,maka dia bukan dari golonganku.ana pon terdiam kejap.Walaupn nampak mcm ade diskriminasi tapi kita lihat disebaliknya apa yg ditetapkan tu terdapat hikmahnya terlalu besar bagi seorang wanita tersebut.
Walauapapun...ana tetap akan teruskan beristikharah dan ana pasrah segala ketentuan pd yg Esa.Biarlah Dia yg menentukan segalanya...krn hanya Engkau sahajalah Ya Allah,yg tahu mana yg terbaik buat diriku.
Saturday, July 10, 2004
HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih2 apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.
Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.
Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya:"Apakah engkau tidak malu?"
Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata:“Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”
Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.
Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku? ” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.”
Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”
Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.
Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.
Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata:“Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”
Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”
Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.
Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.
Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.
Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.
Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”
Jawab wanita itu:“Sungguh,semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”
“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.
Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.
Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.
Tuesday, July 06, 2004
Pada zaman skrg ni,ramai para pelajar tdk menitik beratkan tentang adab2 bersama guru.Akibatnya,ilmu yg dicurahkan oleh guru itu tdk mendapat keberkahan.Keberkahan ini bukannya terletak pd pencapaian kita dlm peperiksaan tetapi ia sebenarnya suatu kesan yg mendalam terhadap penerima Ilmu itu sendiri.
Kalau kita nak membuat perbandingan antara murid dulu dan skrg,mmglah terdapat perbezaan yg ketara.Pertamanya,akhlak mrk dgn guru.Antaranya ialah:
1) Hendaknya seorang murid tidak berjalan di dpnnya
2) tidak duduk dihadapannya
3) jika dihadapannya,tidak memulai bicara kecuali dgn izinnya
4) Tidak bertanya sesuatu bila guru sdg penat/bosan
5) menjaga waktu guru
6) jgn mengetuk pintunya tapi sebaliknya menunggu sampai beliau keluar
Ini mengingatkan saya akan Firman Allah yg bermaksud:
"Sesungguhnya org2 yg memanggil kamu(Rasulullah) kebanyakkan mrk tdk mengerti.
Dan kalau sekiranya mrk bersabar sampai kamu keluar menemui mrk,maka itu adalah lebih baik bagi mrk,dan Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang.(surah AlHujurat:4 n 5)
Walaupun Rasulullah tdk bersama kita lagi,tetapi kita masih boleh menyesuaikan ayat ini dgn zaman kita skrg iaitu dgn guru.
7)seorang murid itu harus mencari kerelaan hati gurunya dgn menjauhi segala perkara yg dimurkai dan mematuhi segala yg disuruh dgn syarat tdk bertentangan dgn Syariat Islam.
8)Tidak boleh menyakiti hati gurunya krn belajar dan ilmunya tdk akan diberi berkah.
Keduanya,cara mrk menghormati ilmu tersebut.Ini termasuk:
1)menghormati kitab.
2)tdk memegang kitab kecuali dgn keadaan bersuci.Ilmu itu adalah cahaya dan Wudhuk juga cahaya.sedangkan cahaya Ilmu itu tdk akan bertambah kecuali dgn berwudhuk.
3)Tidak meletakkan kitab di dekat kakinya ketika bersila dan tdk meletakkan sesuatu diatasnya.
4)mendengar ilmu itu dgn hikmah dan rasa hormat.walaupun sudah berkali-kali diulang.
Petikan dari Berita Harian:
Uztaz Fatris Bakaram berkata: 5 petanda ilmu dipelajari dimanfaat;
1)kebijaksanaan iaitu bijak memilih dan mengenal pasti mana yg salah dan betul atau antara perkara yg disukai dgn yg dibenci Allah.
2)Hati/jiwa suci dan bersih.Dgn ini terhapusnya sifat buruk seperti riak dan sombong.Malah mrk sentiasa rendah diri ,ingat kpd Allah,khusyuk dan ikhlas dlm ibadah dan tugas mrk.
3)Takut kpd kemurkaan Allah.
4)meningkatnya yakin diri
5)perilakunya menjadi lebih indah
Sambungan akan datang ....."kesan2 ilmu didunia"










