Sunday, July 11, 2004

Berpegang dgn hukum Allah dan RasulNya....

Kalau nak ikutkan betul2 hukum feqh(mazhab Syafie),wanita tak dibenarkan bermusafir kecuali dgn mahramnya.

Ini selalu menjadi tanda tanya di fikiran ana...macamana pula dgn ana yg ingin melanjutkan pelajaran di timur tengah.Ana selalu tanya dgn diri ana...adakah ana ni meremehkan hukum Allah jika ana teruskan cita2 ana tanpa adanya mahram disisi ana??Kerana ana tidak mahulah dlm ana menuntut ilmu tu,melanggar syariatNya ..takut2 ilmu yg dicari tu tak dapat keberkatan.

Tadi pagi,ana adelah hadir orentasi Tahfiz di MKS.Sedang majlis berjalan,ust sakinah pun dtg duduk di sebelah ana.Kami duduk di akhir barisan.apelagi..kalau dua insan dah bertemu,hai...nampak gayanya gamat dunia.Tak habiz2 bergurau.Dlm gurauan itu,tiba2 ana tertanyalah ustazah,bile dah kahwin ni...mana yg best..time solo ke atau dah menjadi isteri org.Alhamdulillah,ust seorang yg open dan sudi berkongsi fikrahnya.

Ust kata:Bila dah kahwin ni,banyak masa kita utk suami.Dah tak boleh buat lagi aktiviti2 time solo eg. berbual dgn kawan kat phone atau keluar dgn kawan.Apa2 yg kita lakukan,kita kene bilang/minta izin suami.Senang kata..tak bebaslah.Yg bagusnya,ust terasa secured bile dah kahwin.Bile nak keluar hanya kawan2 tertentu yg boleh.Bila nak keluar sekurang2nya ade teman....yelah wanita ni kan senang ditimpa fitnah itu apa yg suaminya katakan.

Apalagi perbualan pon semakin rancak ah..terus ana pon tanya:ust,walaupun kita jalan sorang2 pon leh timbulkan fitnah ke??ust jawab:Boleh...sebab time kita jalan tu,kita tak perasan ada lelaki yg perhatikan kita.Ana pon apalagilah...terasa..sebab ana suka jalan sorang2.

Terus ana tanya soalan yg diatas tu sbb sampai skrg ana lom temui jawapan.Ust pon kata:Boleh..tapi bapa awak kene hantar awk sampai kat sana.keluar hanya bile ade kuliah jer lepastu balik rumah(sewa).takleh keluar2.

Ana pon tanya lagi:kirakan selama ni saya keluar sorang2,takleh ah sebenarnya.Bukannya takleh..bila kita keluar tu pastikan kita ada tujuan dan sepanjang perjalanan tu jaga akhlak kita.Barulah,hati ana lega sikit mendengar kenyataan itu.Sebab bila seorang wanita itu keluar dari rumahnya,syaitan tepuk tangan(tanda suka),tambahnya lagi.

Dlm hati ana ..alamak camna ni..mesir ni Ardul ilmi(bumi kaya dgn ilmu).Ana plan kalau lepas kuliah tu leh singgah masjid dgn group of friends sbb masjid2 disana byk tazkirah dan yg berikannya tu bukan calang2 org(sheikh2).sambil tu ingatkan nak ambil sanad(talaqqi dgn sheikh)cara bacaan imam yg lain.Insya Allah,kalau dah graduate dari aljunied nanti dah ade sanad cara bacaan syatibi riwayat imam 'Asim(ini yg selalu kita baca).

Ust pon kata:saya nasihatkan awk kalu nak blajar jauh2 tu kahwin dulu.HHAAHH!!TAK NAK AH!(bkn ckp ah tapi kat hati).Ish susah tau..kalu dah kahwin.Byk tanggungjawab.Can't imagine sey kawin muda.Tak sanggup sebenarnya nak korbankan masa remaja.yelah Imam Syafie pernah berkata kejar masa muda ni utk mencari ilmu,nanti bile dah jadi ketua(boleh kiaskan bekerja)dah tak ada masa utk tu sume.

Ana pon kata:Tapi kan hukum nikah,balik pd hukum yg lima.Afdal meninggalkannya bile kita disibukkan dgn beribadah atau menuntut ilmu.Ust pon keluarkan hadis yg masyhur iaitu:Siapa yg tdk suka akan sunnahku,maka dia bukan dari golonganku.ana pon terdiam kejap.Walaupn nampak mcm ade diskriminasi tapi kita lihat disebaliknya apa yg ditetapkan tu terdapat hikmahnya terlalu besar bagi seorang wanita tersebut.


Walauapapun...ana tetap akan teruskan beristikharah dan ana pasrah segala ketentuan pd yg Esa.Biarlah Dia yg menentukan segalanya...krn hanya Engkau sahajalah Ya Allah,yg tahu mana yg terbaik buat diriku.

No comments: