Tuesday, July 06, 2004

....Adab2 menuntut Ilmu....

Pada zaman skrg ni,ramai para pelajar tdk menitik beratkan tentang adab2 bersama guru.Akibatnya,ilmu yg dicurahkan oleh guru itu tdk mendapat keberkahan.Keberkahan ini bukannya terletak pd pencapaian kita dlm peperiksaan tetapi ia sebenarnya suatu kesan yg mendalam terhadap penerima Ilmu itu sendiri.

Kalau kita nak membuat perbandingan antara murid dulu dan skrg,mmglah terdapat perbezaan yg ketara.Pertamanya,akhlak mrk dgn guru.Antaranya ialah:

1) Hendaknya seorang murid tidak berjalan di dpnnya

2) tidak duduk dihadapannya

3) jika dihadapannya,tidak memulai bicara kecuali dgn izinnya

4) Tidak bertanya sesuatu bila guru sdg penat/bosan

5) menjaga waktu guru

6) jgn mengetuk pintunya tapi sebaliknya menunggu sampai beliau keluar

Ini mengingatkan saya akan Firman Allah yg bermaksud:

"Sesungguhnya org2 yg memanggil kamu(Rasulullah) kebanyakkan mrk tdk mengerti.
Dan kalau sekiranya mrk bersabar sampai kamu keluar menemui mrk,maka itu adalah lebih baik bagi mrk,dan Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang.(surah AlHujurat:4 n 5)


Walaupun Rasulullah tdk bersama kita lagi,tetapi kita masih boleh menyesuaikan ayat ini dgn zaman kita skrg iaitu dgn guru.

7)seorang murid itu harus mencari kerelaan hati gurunya dgn menjauhi segala perkara yg dimurkai dan mematuhi segala yg disuruh dgn syarat tdk bertentangan dgn Syariat Islam.

8)Tidak boleh menyakiti hati gurunya krn belajar dan ilmunya tdk akan diberi berkah.

Keduanya,cara mrk menghormati ilmu tersebut.Ini termasuk:

1)menghormati kitab.

2)tdk memegang kitab kecuali dgn keadaan bersuci.Ilmu itu adalah cahaya dan Wudhuk juga cahaya.sedangkan cahaya Ilmu itu tdk akan bertambah kecuali dgn berwudhuk.

3)Tidak meletakkan kitab di dekat kakinya ketika bersila dan tdk meletakkan sesuatu diatasnya.

4)mendengar ilmu itu dgn hikmah dan rasa hormat.walaupun sudah berkali-kali diulang.

Petikan dari Berita Harian:

Uztaz Fatris Bakaram berkata: 5 petanda ilmu dipelajari dimanfaat;

1)kebijaksanaan iaitu bijak memilih dan mengenal pasti mana yg salah dan betul atau antara perkara yg disukai dgn yg dibenci Allah.

2)Hati/jiwa suci dan bersih.Dgn ini terhapusnya sifat buruk seperti riak dan sombong.Malah mrk sentiasa rendah diri ,ingat kpd Allah,khusyuk dan ikhlas dlm ibadah dan tugas mrk.

3)Takut kpd kemurkaan Allah.

4)meningkatnya yakin diri

5)perilakunya menjadi lebih indah

Sambungan akan datang ....."kesan2 ilmu didunia"

No comments: