Saturday, October 23, 2004

...Terharu aku pd sebuah pertemuan...

Setiap yg patah pasti tumbuh kembali..begitu juga dgn kehadiran seorang teman.Bagi ana,teman ni penting sgt dlm hidup ana terutama dlm perjuangan menghafal AlQuran dan menuntut ilmu.

Dari dulu(di Almaarif),ana mendambakan seorang teman yg cita2nya sehaluan dgn cita2 ana.ana masih ingat lagi,ana berharap sgt supaya dikurniakan teman/sahabat yg sama perjuangannya dgn ana sampai ana berdoa di dpn Kaabah agar dipertemukan ana salah seorang teman dari group ana(biasalah time sekolah menegah ade group2 jgk)yg Sehaluan dgn ana.Dulu ana lom jumpa lagi seorang teman yg sama2 boleh menemani ana dlm menghafal AlQuran.Krn terus terang ana cemburu dgn kak Fiza dan kak Rai,mrk sejak dari menengah hingga ke peringkat Universiti tetap bersahabat.Tahfiz pun sama2.Tinggal pon di satu daerah,kalau gi masjid pon sama2.

Kemudian,Digerakkan hati seorang teman(ketika i2)utk masuk tahfiz,sama2 menghafal AlQuran,yg beliau bukan dari ahli group ana.Walaupun begitu,aku bersyukur Ya Allah,krn beliau yg Engkau temukan.Namun,masih ade perbezaan yg jauh diantara kami cuma yg menyamakan kami ialah matlamat kami 2 sama.Beliau lebih kearah bidang academic sedang ana cendurung ke bidang ukhrawi.kalu dari sudut tempat tinggal pun boleh diumpamakan antara timur dan barat.Dan ini mungkin ade masalah sikit..yelah..bukannya setiap kali kami boleh bersama-sama pergi ke MKS.Dan amat menyedihkan lagi,bila kami mula membuat haluan masing2 iaitu beliau melanjutkan pelajarannya ke poly dan ana pula menuntut di madrasah.Skrg pon,kami jarang berjumpa dan tak dpt bersama mcm dulu.

kalau nak dpt seorang teman yg cita2nya sama dgn kita tu plus yg sama2 menghafal AlQuran..bagi ana payah sikit utk mencarinya..yelah dlm menuju sesuatu yg baik tu bukan mudah utk mendapatkannya,kene mengharungi liku2 kehidupan.

Dan sejak dari tahun ni(bila tukar sekolah ni),ana dipertemukan dgnnya.Minatnya terhadap Alquran dan cita2nya tu sama cuma yg membezakan kami,beliau tahfiz di masjid lain.Sejak kehilangan teman2 seperjuangan menghafal Alquran,rupanya Engkau temukan aku dgnnya.Engkau gantikan mrk dgnnya.Yg paling gembira sekali,Engkau gerakkan hatinya sehingga beliau bertukar ke Pusat Tahfiz dan dpt bersama2 menghafal Alquran.Ana doakan semoga beliau dapat mencapai matlamatnya utk tamatkan hafalannya sehingga habiz 30 juz.

Dalam setiap perkara yg baik,kita jgn bimbanglah,apa saja yg kita perlukan...Insya Allah..Dialah yg mengaturkan yg terbaik utk kita.Rupanya,inilah aturan yg Engkau aturkan buat diriku ni...Syukurku diatas pertemuan ni...


No comments: