Wednesday, October 06, 2004

...Adab2 Seorang hamlatul Quran...

Alhamdulillah stlh sekian lama nak sgt hadirkan diri ke kelas Ust Ahmad,akhirnya diizinkanNya jua.Yg specialnya klas ni hidupkan kembali cara zaman2 dulu/salafusoleh belajar iaitu dlm bentuk halaqah dan baca kitab Imam Nawawi(At-tibyan).

Hamlatul Quran bermaksud pembawa AlQuran,iaitu seorang yg mempelajari/menghafal AlQuran.kalu kita lihat skrg berapa ramai org yg hafal dan membaca AlQuran tapi AlQuran tdk juga memberi apa2 kesan terhadap diri mrk.Oleh itu,hendaklah kita menjaga hak-haknya dan adab-adabnya.Sbg contoh,bila dah menghafal,tdk mengamalkan apa yg diperintahkan.Hamlatul Quran diumpamakan sbg AlQuran bergerak.Dimana-mana beliau pergi,beliau akan membawa akhlak AlQuran.

Seorang yg menghafal/mempelajari AlQuran itu hendaklah:-

1)menyempurnakan keadaan dirinya iaitu berakhlak mulia

2)menjauhkan dirinya dari segala larangan AlQuran krn mengaggungkan AlQuran.

3)menjaga dirinya dari segala pekerjaan yg rendah kedudukannya

4)meninggikan dirinya pd mrk yg sombong dan org yg cintakan dunia

5)merendahkan dirinya kpd org2 yg soleh,org2 yg buat kebaikan dan org2 miskin.

6)Sentiasa khusyuk iaitu sentiasa merasa dirinya diperhatikan Allah dan mempunyai ketenangan dan kemuliaan.Ust kata:Bila org melihatnya,terpancar ketenangan diwajahnya dan ada haibah iaitu suatu perasaan iaitu bila kita tgknya terus rasa hormat terhadapnya.Misalnya bila kita tgk Allahyarham ust Syed Abdillah AlJufri dgn kwn kita,perasaan kita lain bukan??

7)Berebut2 membuat kebaikan dan tdk boleh bergantung kpd manusia iaitu berdikari.Sbg contoh bergantung disini,kalau manusia tak tolong,hidup menjadi susah,gelisah dan sbgnya.

Dan org yg Ahli Quran ni tak blh jadikan bidang yg beliau mahir(eg.mengajar AlQuran) itu sbg mata pencarian hidupnya,kene ade kerja sampingan.Sbg contoh Imam Abu Hanifah,selain beliau mengajar Ilmu Ugama,beliau berniaga.Org salafusoleh tlh menunjukkan kpd kita terutama pelajar2 madrasah,jgn kita menghadkan diri kita sbg asatizah semata-mata.Sblm MP ckp(di Berita harian,hari sabtu 2/10/04 )sbenarnya ulama kita dah tunjukkan dulu cuma kita saja yg buat dak..bila org MP2 kata,baru nak buka mata.

8)mengetahui mlmnya,ketika manusia sedang tidur,beliau berjaga,dan ptgnya apabila manusia sedang berbuka(mkn),dia berpuasa,dan bersedih apabila manusia sdg bersuka ria,dan menangis apabila manusia sdg ketawa,dan apabila manusia itu sdg berckp2 yg tdk baik,beliau senyap dan beliau khusyuk bila org sdg leka.

Contohnya apabila akhir ramadhan,ketika org sdg berseronok utk membuat persiapan hari raya,beliau kesedihan krn ramadhan akn pergi dan amalan2nya sepanjang beliau berpuasa belom tentu diterima Allah,risau jika beliau tdk ditemukan lagi di masa akn dtg.

10)Tdk bergaul dgn org2 yg lalai dan melakukan perkara yg sia-sia.

Ade kisah dimana Imam Nawawi,sewaktu beliau kecil,Beliau tdk bermain-main dgn budak2 sebayanya.apabila kwn2nya paksanya bermain,beliau tetap menolaknya.beliau asyik2 dgn membaca Alquran.Bila ayahnya bawanya ke kedai dimana tempat ayahnya berniaga,beliau duduk ke satu tempat dan sambung membaca AlQuran.kemudian dtg seorang Alim yg sudah lama memerhatikannya,beliau berpesan kpd ayahnya supaya menjaga anaknya betul2 krn menurut firasatnya,beliau akn menjadi seorang alim ulama yg terkenal apabila sudah besar nanti.

Ana rasa setakat ini saja yg ana leh kongsi dgn antum semua,Insya Allah..kalau ana diberikan kesempatan lagi utk hadirkan diri ke kelas ustaz next week..ana akn sambung...sama2lah kita menunggu :)

No comments: