Saturday, August 21, 2004

....Cinta Remaja....

Semalam,satu hari ana kat sekolah,habis sch kul 1 ptg lepas2 dlm kul 2.45 sambung majlis kuiz bahasa Arab bagi peringkat Pre-U.Selepas selesai dlm kul 6,siap2 utk prog Qiyamullail kat sekolah.Setiap pelajar mesti menyertai sekurang-kurangnya sekali.Kalu qiyam yg lalu bertemakan"Bila Alquran mekar dihati..",tapi yg kali ni pulak bertemakan"Cinta".

Dlm kul 9 mlm,Berlangsung forum kecil bertemakan "cinta" diantara asatizah dan pelajar2 Banat.Moderatornya,yg merupakan kakak Senior kami,mulakan majlis dgn mengatakan:"Mari sama2 kita membaca Tasbih kafarah dan surah Al-Asr".Apa lagi kita org pun ketawa dasyat..majlis yg mulanya kelihatan serious menjadi komedi.Ustazah pon terketawa...sepatutnya baca itu bila habis majlis,ni awal majlis pulak.kakak itu mungkin tersasol biasalah agaknya tgh nervous jadi pengerusi.Disini,ana summarisekan ape yg terkandung dlm majlis itu.Topik ni is actually more 2 cinta Remaja.

Cinta itu hanya utk Allah dan kalu manusia pula hanya berkasih sayang.Cinta itu merupakan fitrah manusia yg dianugerahkan Allah S.W.T dan ia bukan suatu perkara yg dosa tetapi melihat"how u do with it?"adakah dgn berjumpa,gi tgk wayang,telifon berejam-rejam,SMS??Bercinta tak salah tapi yg salahnya itu adalah cara kita men expresikan perasaan kita itu.Kita kene check balik apa niat kita akan perhubungan kita dgn yg berlainan jenis.Adakah our top priority kita nak hidup bersamanya hingga sama2 masuk ke syurga??Atau suka2,mungkin ade yg merasakan tersisih dgn kwn2nya krn kebanyakkan kwn2nya itu mempunyai teman istimewa.

Jangan kita korbankan diri,pelajaran,masa,keluarga dan cita2 semata-mata krn cinta yg tak pasti.Cinta manusia itu bermusim,bila kita berikan kpd teman istimewa apa yg mrk hendak,mrk akan cinta kpd kita,kalau kita tdk berikannya,maka hilang cintanya terhadap kita.Dari sini,kita sedari yg cinta yg paling hakiki adalah cinta Ilahi.

Jgn kerana lelaki/wanita,kita korbankan agama Kita sehingga sanggup kita melanggar syariatNya.Bukannya org kita cintai itu dpt memberi syafaat kpd kita di akhirat kelak.Malah kita yg menjadi mangsa jilatan Api neraka(nauzubillah min zalik).Ada tu yg bermatair sampai 7 thn,dan akhirnya ke jinjang pelamin tapi malangnya mahligai yg dibina hanya kekal buat setahun.Disini,kita dpt lihat yg yg tdk adenya keberkatan dlm hubungan mrk.Mungkin didlmnya ade unsur2 kemaksiatan seperti telifon berejam-rejam,keluar tgk wayang,berdua-duaan atau sms dgn kalimah2 cinta.

Kalau kita nak bercinta,apa salahhnya tapi apakah kita sudah cukup persediaan bagi ke arah itu iaitu berumahtangga.kalau nak berjumpa boleh,tapi kene dtg rumahlah dimana adenya kehadiran ibubapa kita sekali.Kalau belom,utamakan pelajaran dulu.

Skrg ni,bila tgh remaja,kita confuse dgn persaan kita sendiri anatara admire atau cinta tapi nanti bila dah sampai stage 20 n above kita dpt differentiate the feelings,just wait for the time.Sebenarnya cinta kpd berlainan jenis juga boleh berlaku syirik halus kalu nak ikut dari sudut tauhid...krn menyerahkan cinta sepenuhnya kpd pasangannya sedangkan Allahlah yg berhak dicintai dahulu.Kalau skrg ni,byk lirik2 lagu cinta yg tanpa sedari ada unsur2 syirik halus misalannya "kaulah segalanya..hidup tak sempurna tanpa kehadiranmu n etc."sedangkan yg sepatutnya ia ditujukan hanya utk Allah.Jadi berhati2lah bila kita mendengar lagu2 tersebut.

Ana mohon maaf jika apa yg ana tuliskan ini ade menyinggung pihak tertentu.Apa yg ana hendakkan kemaslahatan kita semua.Semoga ia dpt menjadi panduan buat kita semua.










1 comment:

Pendahaga Ilmu said...

Tuesday, December 09, 2003
....Mewujudkan suasana 'Rumahku Syurgaku'...


Sumber keharmonian sebenar di dalam sebuah rumah adalah bilamana
semua penghuninya dirahmati dan diberkati Allah. Namun, rahmat Allah
tidak akan turun jika rumah dipenuhi suasana pergaulan dan aktiviti
yang Allah tidak redhai. Lebih-lebih lagi jika kehidupan penghuni-
penghuninya bergelumang dengan dosa dan tidak ada ketaatan kepada
Allah.

Mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w. ini: "Rumah yang di
dalamnya dihiasi alunan bacaan al-Quran akan memancarkan cahaya
hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang-
bintang memancarkan cahaya terlihat oleh para penghuni bumi."
(Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang
dan terang-benderang kerana adanya cahaya dari bacaan al-Quran.
Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir,
puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah, menjalin silaturrahim
serta pelbagai amalan baik oleh para penghuninya. Diperindah pula
dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar,
pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.

Pendapat ana:Mungkin salah 1 sebab terjadinya keruntuhan rumah tangga ialah sblm berkahwin,hubungan yg berlaku diantara mrk tdk diredhai Allah S.W.T.Dimana dlm perhubungan mrk i2,ade unsur2 kemaksiatan/melanggar syariat sehingga mengundang kemurkaan Allah S.W.T.