Tuesday, August 24, 2004

....Perpisahan yg tak diundang....

Tadi sampai MKS dgn penuh harapan dpt jumpa kak hafiza dan kak Raihana.Apetaknya,hari terakhir mrk di Pusat Tahfiz.Tgh duduk2 tu ,ade jgk tertgk-tgk kat pintu tunggukan kehadiran mrk berdua,tapi apakan daya..agaknya lom ade jodoh utk bertemu tadi.Bila balik tahfiz 2,selalu jgk rasa kesepian,rindukan kenangan bersama kat Pusat Tahfiz,nampaknya..dah tak mcm semeriah dulu.Yg hadir kelas pon 3 atau 4 org,sedihkan??

Masa begitu cepat berlalu.Akhirnya tinggal sehari lagi kak Hafiza dan kak Raihana nak berangkat ke Mesir.Hai...nampaknya Pusat Tahfiz dah takde kakak2 senior lagi dan makin bertambah sunyi dgn bacaan mrk.Selalunya kalau tgh jalan nak balik tahfiz tu mesti kami berbincang/berkongsi sesuatu.Kalau mrk dah pergi,cume tinggal adik2 junior jer kat kelas.Dah tak leh berbincang lagi mcm dulu...ana suka sgt berbincang dgn mrk krn ia betul2 mematangkan fikiran ana dan menghidupkan semangat ana utk terus berjuang terutama dlm menghafal Kalamullah dan utk sampai ke bumi Mesir(Insya Allah).

Bila kenangkan kembali..Masya Allah,begitu Indah peraturan Allah.Walaupun ana tdk dianugerahkan seorang kakak,Engkau temukan aku dgn mereka berdua.Aku betul2 menghargai pertemuan ini.Tapi apakan daya setiap pertemuan berakhir dgn perpisahan.Jalinan persahabatan ini betul2 memberi makna yg mendalam buat hidup ana.

Kita dpt berkawan dgn beribu org tapi bukan semua kawan yg kita berkawan itu kita dpt rasakan kemanisan Ukhwah fillah itu.

Moga2 pertemuan dan perpisahan ini diredhai Allah.Kpd mrk berdua,ana doakan kejayaan antuma disana,doakan ana supaya dapat sampai kat sana nanti Insya Allah.Walaupun nanti jauh dimata tapi Insya Allah dekat hati...

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu,

oh Tuhan,
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insanBernama teman.


Pertemuan kita disuatu hari,
Menitiskan ukhuwah yg sejati,
Bersyukurku ke hadrat Ilahi,
Diatas jalinan yg suci..

Namun kini perpisahan yg terjadi,
Dugaan yg menimpa diri ini,
Bersabarlah diatas suratan,
Kau tetap pergi jua..

Senyuman yg tersirat di bibirmu,
Menjadi ingatan setiap waktu,
Tanda kemesraan bersimpul padu,
Kenangku didlm doamu,
Semoga Tuhan memberkati kamu berdua...

Ya Allah tabahkan hati hambamu ,
Diatas perpisahan ini...

Ana nak tujukan kata2 yg dihadiahkan dari sahabat ana ini khas utk antuma:

"Perjuanganku sudah cukup manis...tambah manis dgn hadirnya dirimu berdua...namun,kemanisannya tetap kekal disitu,walau,walau..suatu hari nanti perpisahan akan terjadi.Kerana perjuangan in kerana Allah..Ia kekal bersama kekalnya Allah".


Yang bakal merindui kamu berdua,
Halimah87

No comments: