Sunday, August 15, 2004

..Panduan Imam Ghazali bagi mengelakkan perasaan angkuh dan sombong..

1) Jika berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita.Ini kerana kanak-kanak belium banyak melakukan dosa daripada kita.

2) Apabila bertemu orang tua anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana merekasudah lama beribadat.

3) Jika berjumpa orang alim anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.

4) Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5) Jika melihat orang jahat,jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6) Apabila bertemu orang kafir,katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan memelik Islam . Maka segala dosa mereka akan diampun oleh Allah.

No comments: