Saturday, August 14, 2004

...Adab-adab bersahabat menurut Imam Ghazali...

1) Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya.Jika ia tidak berkuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2) Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong akan dia.

3) Menyembunyikan rahsia sahabatnya dan menutup keaiban sahabatnya.

4)Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya tetapi menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.

5) Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap-cakap dan meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.

6) Memanggil sahabatnya dengan nama yang disukainya

7) Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya dan berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

8) Menegah orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.

9) Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.

10) Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya,maka janganlah ia mencelanya.

11) Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab bahkan hendaklah ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.

12) Menyatakan rasa kegembiraan dengan segala yang menggembirakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.

13) Hendaklah ia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan jangan suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

No comments: