Tuesday, June 29, 2004

.....Muqaddimah Perkahwinan....

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan.ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing2 dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing2 ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat batas2 terhadap perhubungan ini,yg dikatakan sebagai adab2 bertunang(ianya melibatkan kedua-dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)

Adapun adab2 semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :

a) Adab dalam bergaul

Maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing .

+ Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan

+ Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.

+ perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.

+ Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.

+ Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

b. Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara2 yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata2 mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:

+ Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasangan itu sendiri.

+ Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya

+ Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.

+ Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.


Tujuan saya mengetengahkan artikel ni krn Kita selalu diberitahu tentang haramnya pergaulan antara lelaki dan perempuan kecuali jika ade keperluan tetapi kita tidak diajar adab2 bagaimana utk bermu'amalah dgn berlainan jenis.Dengan ini,dpt juga ia memberi sedikit senbanyak panduan kpd kita.

Apa yg saya perhatikan,ramai remaja/pasangan selalu melanggar syariat dlm pergaulan mrk.Bagi saya,skrg ni,kian susah utk mendapat seseorang yg betul2 menjaga adab2 dan batasan agama terutama dlm tempoh bertunang apalagi mrk yg belum ada apa2 ikatan pertunangan.Mungkin satu dlm seribu.

Artikel ni sebenarnya tertuju bagi yg sedang bertunang dan ia juga bermanfaat bagi yg bakal bertunang....mungkin lagi 3,4 tahun atau mungkin 10 tahun akan datang(memandang kebanyakkan pembaca blog ni dari kalangan para pelajar).

Kata2 hikmah:

Hubungan yg berlaku atas keredhaan Allah iaitu tanpa melanggar syariatNya,itulah tanda cinta krn Allah.Apabila Allah redha dgn pasangan tersebut,tiadalah perasaan jemu atau kurangnya perasaan cinta terhadap pasangan kita selepas berkahwin..malah cinta mrk semakin berbunga.

Kita tak perlu risau akan jodoh kita semata-mata krn sikap koservatif kita terhadap hubungan kita dgn pasangan kita krn Allah sudah menjanjikan dlm AlQuran,surah An-Nur ayat 26:"Wanita2 yg baik adalah utk lelaki2 yg baik". Hubungan itu Indah jika semuanya krn Allah...

1 comment:

Anonymous said...

mmmm....bagus sekali : ) : ): )