Saturday, May 29, 2004

...Ibadah melahirkan tokoh yang bersinar hatinya..

Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah
seseorang
.Di dalam konteks solat,unsur-unsur
ibadah hati yang ditekankan ada enam.Semuanya
berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya
Ulumuddin;


1.Kehadiran hati (hati tidak menerawang
memikirkan perkara perkara selain dari solat)

2.Pemahaman (memahami segala perkataan yang
dilafazkan ketika solat)

3.Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t.
(Berasa takut terhadap Allah hasil dari
kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran
Ilahi).

4.Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana
kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi
manusia).

5.Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah
dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan
padanya –sudah tentulah).

Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan
berkata:
“Mereka yang tidak menghadirkan hati
ketika melakukan solat, solat mereka akan
mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.

Perlaksanaan Ibdaha-ibadah ini secara konsisten
akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan
memelihara hati dari serangan ansir yang boleh
merosakkannya.Di antara perkara yang amat
ditekankan agama ialah keikhlasan.Itu paling
penting kerana dari keikhlasan itulah yang
menentukan ibadah kita diredhai Allah atau
sebaliknya.Allah berfirman: “Maka kecelakaanlah
bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang
lalai dari solatnya.Yang mengerjakan kebajikan
untuk dilihat orang (riya’)..” (Surah Al-Ma’un
ayat 4-6)

Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang
istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w.
bersabda: “(Di antara mereka yang) duduk di
bawah naungan arasy Allah, pada hari yang tidak
ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah,
seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan
kanannya sehingga tersembunyi dari tangan
kirinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk
akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w.
bersabda: “Sedikit dari riya’ ketika(ketika
beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan
Al-Hakim.Isnadnya sahih).

Di akhirat, golongan yang riya’ akan dipanggil
dengan beberapa gelaran keji, seperti yang
disebutkan oleh nabi s.a.w.: “Di hari qiamat
mereka yang riya’ akan dipanggil dengan gelaran)
Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat,
wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk..”
(Riwayat Ibn Abi Dunya)

Di dalam Ihya ulumuddin, diriwayatkan perkataan
Saidina Ali r.a. berhubung dengan cara untuk
mengenal riya’.Beliau berkata “Mereka yang suka
menunjuk-nunjuk (riya’) mempunyai tiga tanda:

1.Apabila bersendirian , malas beribadah.
Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat
untuk beribadah.Sebaliknya apabila berada
bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi
rajin.Contohnya kat Mesjid, kononnya malu kalau
tak buat solat sunat.

2.Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.

3.Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya

No comments: