Wednesday, April 21, 2004

====Suatu iktibar hafalan Kalamullah ====
20/2/2004-Jumaat

"diturutkan rasa hati, ingin dilepaskan beban ini...." (Far East)

ungkapan yg cukup sesuai rasanya untuk menggambarkan perasaan warga perjuangan peperiksaan diploma pada kali ini, terutama sekali bagi diri susi sendiri.

tengahari tadi susi dan kawan2 baru selesai menghadapi peperiksaan bertulis 30juzu' al-Qur'an. payah nak diceritakan warna-warni
perasaan yg dtg bertamu. nak dikatakan lega... lega juga, sebagaimana leganya seorg 'abirussabil yg menemukan kenderaan buat meneruskan perjalanan yg ternyata masih jauh. mcm tu jugaklah yg susi rasa. klw dulu masa sem1, medan Darul Qur'an inilah yg susi sangka akan menjadi saksi usaha kami meraih sebuah cinta. Namun baru kini susi sedar, bagi diri susi sendiri, perjuangan itu, usaha itu, sebenarnya baru saja bermula. Kenapa? Kerana baru kini, di penghujung mau'id susi di Darul Quran, susi disedarkan betapa al-Qur'an itu sememangnya rezeki dan hak mutlak Allah...

Malunya bila terpaksa mengaku pada diri sendiri, biarpun telah bertahun susi berusaha mengejar cinta kpd Kalam-Nya, namun rupanya susi masih
belum faham betapa mahalnya harga sebuah cinta!
Peperiksaan pada kali ini.... byk sgt perkara yg berlaku, yg sememangnya di luar jangkauan semua. apa taknya, di pihak banat, 'pelajar2 harapan'
hampir semuanya teruji... bukan sedikit air mata yg tumpah dan bukan sedikit resah dan gundah yg dirasai oleh mereka yg selama ini
cukup 'harmoni' hubungannya dgn al-Qur'an dan hafazan masing2. seolah2 ujian utk mereka mmg Allah simpan buat khatimah sebuah persinggahan. Dari otak2 yg cukup subur ingatannya dan dari mulut2 yg cukup lancar bacaannya itulah dgn semudah dan seringannya Allah mencabut nikmat 'taisir' yg selama ini mungkin kurang disedari. mmg takde yg diuji dgn kegagalan, tapi bagi diri susi sendiri, ketidaklancaran hafazan
itu pun sudah cukup, bahkan lebih sakit dari kegagalan yg tercatit pada penilaian manusia.


insaflah diri, bahawa pesanan2 'Mereka Terdahulu' sememangnya benar belaka... kerana baru kini susi rasa, al-Qur'an itu mmg mahal
harganya! jika selama ini... susi usahakan maintain setiap hari mesti ngaji 3juzu'... ah, cukupkah hanya dgn itu? sdgkan ustaz pesan, plg
krg 6jam, i.e seperempat masa kita dlm sehari tu septtnya eksklusif utk Qur'an. 6jam... klw dlm perkiraan ust faisal, maknanya 12juzu'! alangkah tertipunya empunya diri yg sudah berpuas hati dgn hanya 3juzu' sehari... itu pun blm dpt diistiqomahkan... astaghfirullah...


begitu juga, susi akur dgn ustaz yg pernah beritahu, bila time exam camni, masyi, tak masyi, tu sume tolak tepi... yg memainkan peranan hanya rahmat Allah... kalau selama ni kita masyi camne sekali pun, tapi time exam tu Allah takdirkan 'gelap', mmg dunia jadi gulita... klw sebelum ni tebuk kut mana pun insyaAllah takde masalah, tapi klw sesuai dgn kehendakNya, tak mustahil dlm exam tebuk juzu'1 (yg rata2 mmg yg plg lemah pun blh bawak) pun dia boleh tak terjawab. MasyaAllah, ma
a'dzomallah!

Maknanya, robitoh antara kita & Dia mmg kena kuat... takde ertinya kita khatam setiap hari sekalipun klw antara kita & Dia tak serupa
hubungan antara hamba yg sedar dirinya siapa dgn Tuhan yg merupakan Pemilik segala.

Isy, mmg terasa tak sedar diri betul... klw dulu Ahlullah wa Khossatuh nak meraih cinta itu... terpaksa melalui mehnah yg bkn ringan & bkn
sedikit, namun bila diukur dgn diri ini... di mana agaknya? setakat ini, sejauh mana susi pernah merasa susah demi Qur'an? sebanyak mana yg telah susi korbankan? hatta nak berjauhan dgn keluarga pun hati ini tak mampu pertahankan... maka sesuaikah merasakan diri ini juga layak
meraih Kalam warisan kekasihNya?


setakat berjaga malam, setakat menitiskan air mata... cukupkah sekadar itu untuk melayakkan diri ini bergelar pejuang? apatah lagi untuk
berjaya dlm sebuah perjuangan? wajarkah nikmat seagung dan semulia warkah 'original' dari Tuhan dikurniakan kpd seseorg yg begitu krg mujahadah dan ssh payahnya? sedangkan diuji dgn markah yg berkurangan sikit je pun ada pemberontakan dlm sebuah keredhaan... Allah, bagaimana agaknya nak diteruskan sebuah perjuangan?


Namun, jika perjuangan itu tak diteruskan...
apalah erti hidup tanpa kalam Tuhan?
---------------------------------
*semoga walau apapun ujian yg ditimpakanNya ke atas kita, kita tidak diuji dgn hilangnya nikmat sebuah percintaan dgn Kalam Tuhan, amin*

>>>pengalaman seorg hamlatul quran yg boleh dijadikan ikhtibar besama…Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar…