Wednesday, April 14, 2004

.............Percintaan dlm Islam.........
Hakikat percintaan yang dibenarkan oleh islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang
bersyariatkan islam.
kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih kearah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya.

Cinta di dalam islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak islam lebih kearah menulis peringatan-peringatan allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. malah org yang bercinta di dalam bentuk syariat islam takut untuk
berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan untuk menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah org yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dan bermula

kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Malah cinta di dalam islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat2 didalam diri respondennya ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanan dan keutuhan dan pendirian responden.

Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. maka tidak ada dua, tiga atau empat sikap jatuh cinta dalam satu masa. Malah, masalah sama ada sayang atau tidak sayang timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama meningkatkan iman andai kata terbina ikatan yang diakhiri ukhuwah di dalam
percintaan yakni ikatan perkahwinan

Begitu juga dengan anak2 gadis kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jgn mudah terusik hati.perhatikan agamanya,
kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.


Ini tidak,anak2 gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yabenarkah begitu? sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. bukankah akhlak yang cantik terbina terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik? bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik, iaitu apa? tentulah sekali
dengan meminang wanita itu sebab wanita itu bukan calang-calang imannya tentulah terfikir di hati mereka yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Akhir kalam, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikamnya yakni hanya org2 yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan org yang patut dicintainya kerana hanya org yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik, di situ sudah menampakkan penilaiannya dimana jodoh yang baik adalah untuk org yang baik dan begitulah sebaliknya. kerana org yang tidak
baik , tidak menyanggupi untuk hidup bersama org yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.