Thursday, July 28, 2005

...Musim Flashfiles...

Assalamualaikum....

Untuk mengetahui kisah umat2 Nabi terdahulu,sila klik link tersebut:

1)Kisah Kaum Nabi Lut
2)Kisah Kaum Nabi Nuh

Panduan:

sila klik link tersebut kemudian bila sudah keluar flashfile,klik di tengah2 flashfile itu ada mcm button bulat,then klik untuk mulakan flash files tersebut.

Keistimewaan flashfiles ini
:

Ia mengisahkan cerita Umat2 nabi terdahulu dengan ayat2 suci ALQuran kemudian ditunjukkan bagaimana mereka dibinasakan Allah S.W.T akibat dari keingkaran mereka.

Bila lihat part mereka dihancurkan tu,boleh menginsafkan walau ia berbentuk video rekaan computer.Ini baru video rekaan computer,bayangkan apa yang akan berlaku pada hari kiamat nanti adalah lebih dasyat dari apa yang kita lihat ini dan kita semua tak tergambar dengan keadaan ketika itu.

Insaflah!!Jangan terus leka!!!Masanya kian hampir!!!

Friday, July 22, 2005

...Insaflah Wahai Hamba Allah!!...

Assalamualaikum...

Semoga pembaca blog ini dapat mendengar lagu melalui link tersebut:

Klik disini


Hayatilah lagu tersebut dan ana harap lagu ini membawa kepada keinsafan dan menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih bertaqwa.Syukran.

Monday, July 18, 2005

...Baja Mujahadah...

Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi.

Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang.

Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pern! ah dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa.Dalam Al-Asas fit Tafsir,Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya:"dan Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami " surah Al-Ankabut:69.

Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui."

Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal."

Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

dari. Danial bin Zainal Abidin, Kolumnis Majalah i (terbitan Karangkraf)


*Petikan dari ukhwah.com

Wednesday, July 13, 2005

...Biarlah Allah yg pilihkan jodoh kita...

*Petikan dari ukhwah.com

assalamualaikum...

Untuk mereka yang terase nak cari pasangan hidup, eloklah amalkan buat solat sunat istikarah, mohon petunjuk Allah..moga dapat jodoh yang baik, dunia akhirat. Antara doa khusus yang boleh dibace time sujud terakhir solat istikarah itu :

"Ya Allah, rapatkanlah aku dengan XXX sekiranya dia baik untuk aku, baik untuk agama ku, baik untuk keturunan ku, akan mendekatkan aku kepada Engkau Ya Allah, tetapi jauhkanlah dia dari aku sekiranya dia bukan untuk ku. Janganlah Engkau biarkan hamba Mu ini keseorangan. Engkau mengetahui segala isi hati ku Ya Allah, maka peliharalah aku dari kemurkaan Mu. Kurniakanlah kami kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Hanya kepada Engkaulah kami berserah."

Dan sekiranya si dia itu tercipta untuk kita, pasti Allah akan beri petunjuk kepada kita...

yang penting niat kena ikhlas kerana Allah, sebab nak ikut sunnah nabi, nak sempurnakan separuh dari agama, & nak menyalurkan fitrah ke jalan yang diredhai Allah.

Tak perlu lah bercouple2 ni, bergayut kat telepon berjam2, keluar makan ke, apa ke, Allah tak suka semua ni. Kalau betul kita ikhlas nak jadikan seseorang itu isteri/suami kita ,pasti kita nak yang terbaik untuk dia. Pasti kita nak Allah redhai dan restui hubungan kita. Lagipun pasti kita nak didik bakal isteri kita tu dengan didikan agama yang sebenarnya..sebab didikan anak bermula dari didikan isteri.Dan kita perlulah sentiasa perbaiki diri kita, sebab didikan isteri bermula dari didikan kita sendiri.

Endingnye, berkahwinlah wahai pemuda2 islam..lagi awal lagi elok. InsyaAllah, solat akan lebih khusyuk, pemikiran akan lebih matang dan kita akan lebih bertanggungjawab. Pendek kata, kahwin ni memang best (pengakuan mereka yang dah berkahwin).

wallahualam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan daripada umatku." (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi). Dalam riwayat lain, Baginda bersabda: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Hadis riwayat Bukhari)


Kata hikmah:
Hubungan itu terlalu indah jika semuanya dibawah petunjukNya dan hanya keranaNya.

Thursday, July 07, 2005

...Betapa Indahnya jika kita sepertinya...

Masya Allah..ana rasa ta'ajub dgn kehebatan seorang budak kecil yg usianya kurang dari 10 tahun(tak silap ana dlm 8 thn),beliau telah menghafal 30 juz dan hafalannya mcm air yg mengalir.kelancarannya dlm menghafal sehinggakan apabila ditanya pihak pengadil2,beliau mampu menjawab ayat yg ke berapa,juz,tempat terletaknya ayat tersebut.Dan apabila pengadil menanyakan tentang tajuk2 eg.jihad,beliau mampu mengeluarkan ayat yg berkaitan dgn tajuk tersebut dan disertakan nama surah.

Untuk melihat video tersebut,sila klik link tersebut:

http://bolbol.net/islamics/videos/quranic_girl.rm


*sumber dari blog ahlulquranpts