...Biarlah Allah yg pilihkan jodoh kita...
*Petikan dari ukhwah.com
assalamualaikum...
Untuk mereka yang terase nak cari pasangan hidup, eloklah amalkan buat solat sunat istikarah, mohon petunjuk Allah..moga dapat jodoh yang baik, dunia akhirat. Antara doa khusus yang boleh dibace time sujud terakhir solat istikarah itu :
"Ya Allah, rapatkanlah aku dengan XXX sekiranya dia baik untuk aku, baik untuk agama ku, baik untuk keturunan ku, akan mendekatkan aku kepada Engkau Ya Allah, tetapi jauhkanlah dia dari aku sekiranya dia bukan untuk ku. Janganlah Engkau biarkan hamba Mu ini keseorangan. Engkau mengetahui segala isi hati ku Ya Allah, maka peliharalah aku dari kemurkaan Mu. Kurniakanlah kami kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Hanya kepada Engkaulah kami berserah."
Dan sekiranya si dia itu tercipta untuk kita, pasti Allah akan beri petunjuk kepada kita...
yang penting niat kena ikhlas kerana Allah, sebab nak ikut sunnah nabi, nak sempurnakan separuh dari agama, & nak menyalurkan fitrah ke jalan yang diredhai Allah.
Tak perlu lah bercouple2 ni, bergayut kat telepon berjam2, keluar makan ke, apa ke, Allah tak suka semua ni. Kalau betul kita ikhlas nak jadikan seseorang itu isteri/suami kita ,pasti kita nak yang terbaik untuk dia. Pasti kita nak Allah redhai dan restui hubungan kita. Lagipun pasti kita nak didik bakal isteri kita tu dengan didikan agama yang sebenarnya..sebab didikan anak bermula dari didikan isteri.Dan kita perlulah sentiasa perbaiki diri kita, sebab didikan isteri bermula dari didikan kita sendiri.
Endingnye, berkahwinlah wahai pemuda2 islam..lagi awal lagi elok. InsyaAllah, solat akan lebih khusyuk, pemikiran akan lebih matang dan kita akan lebih bertanggungjawab. Pendek kata, kahwin ni memang best (pengakuan mereka yang dah berkahwin).
wallahualam.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan daripada umatku." (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi). Dalam riwayat lain, Baginda bersabda: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Hadis riwayat Bukhari)
Kata hikmah:
Hubungan itu terlalu indah jika semuanya dibawah petunjukNya dan hanya keranaNya.
No comments:
Post a Comment