Sunday, April 10, 2011

Perasaan yang terpenjara



Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'alihi.


Firman Allah ta'ala:

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُوْلَـٰئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّينَ

وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـٰئِكَ رَفِيقاً

ذٰلِكَ ٱلْفَضْلُ مِنَ ٱللَّهِ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ عَلِيماً


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Surah An-Nisa':69-70.


Kata Imam Sahl At-Tasturi:

من أراد النظر إلى مجالس الأنبياء فلينظر إلى مجالس العلماء فاعرفوا لهم ذلك

Siapa yang mahu melihat majlis-majlis para anbiya',maka lihatlah majlis-majlis para ulama',maka kalian akan mengetahui itu.


Kebersamaan para ulama dan solihin adalah sebaik-baik sohbah.Dan itu merupakan kelebihan dari Allah semata bukan diberikan atas kesolehan atau amalan kita.Jika kita perolehinya,Maka syukurilah atas nikmat tersebut.Jika tidak,maka mintalah kepadaNya.

قيل: الدنيا سجن المؤمن

Dunia itu penjara buat orang mukmin.

Perasaannya terpenjara.Kerana itu, para ahli mahabbah itu tidak sabar untuk kesana;iaitu akhirat, kerana disitulah tempat hakiki mereka melepaskan rindu mereka.

Alhamdulillah....masa kian hampir untuk ke Mesir.Masa yang sangat dinanti-nantikan.Sememangnya terdapat banyak hikmah Dia pulangkan kita ke tanahair samada yang kita lihat hikmah tersebut atau tidak.

1 hakikat yang perlu dihadapi adalah kita hanya seorang musafir.Dimana saja kita berada,kita tidak akan kekal pada suatu tempat itu walau kita teramat cinta padanya.Dan begitu juga keberadaan saya di Mesir.Mesir sudah buat saya 'gila dengan ilmu' sehingga saya tidak mampu memikirkan orang lain,tanggungjawab di tanahair dan sebagainya.Yang hanya difikirkan adalah memuaskan perasaan cinta itu.

Ya Allah,Engkau rahmati perasaan cinta ini.

Perasaan ini baru bersama para pewaris Nabi,belum lagi jika bersama Rasulullah.Sudah tidak tergambar lagi bagaimana agaknya.

Tidak hairanlah apa yang dihadapi oleh para sahabat Rasulullah.Ada yang tidak lalu untuk makan,minum,tidur sehingga dapat melihat Rasulullah.Serba-serbi tidak kena pada diri kecuali setelah melihatnya.Setelah Rasulullah pergi ke hadrat Ilahi,di setiap tahajud sayidina Abu Bakar,beliau akan menangis sendirian kerana rindukan Rasulullah dan berkata:"Rindu ya Rasulullah..rindu ya Rasulullah...rindu ya Rasulullah".Allah...sabar menanggung rindu dan cinta.

Kerana itu...diantara rahmat Rasulullah dipindahkan ke alam barzarkh adalah kerana kita tidak mampu menanggung perasaan cinta dan rindu itu kalau kita sudah bertemu dengan Rasulullah.Kita tidak mampu untuk berulang alik dari tanahair ke Madinah untuk bertemu Rasulullah pada tiap hari.Bukankah Rasulullah itu sendiri merupakan 1 rahmat???

Nanti bila di syurga,selepas orang mukmin telah mendapat nikmat paling agung melihat Allah dan bersama Rasulullah,mereka akan meminta nikmat duduk bersama para ulama' dan solihin sepertimana ia pernah duduk semasa di dunia.Setiap imam akan mengadakan halaqah masing2 dan mengadakan pengajian.Allah....sangat menantikan saat2 itu.

Ya Allah kurniakan kami syahadah cinta sehingga kami dapat berkumpul bersama Rasulullah dan para kekasihMu...

2 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah Memberi rahmat kepada kita....

angahzahra said...

Allah..