Dari kiri:Sheikh Usamah,Sheikh Saad Garwish,Sheikh Jamal farouq,Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani,Sheikh Yusri Rushdi,Sheikh Rif'at Fauzi hafizahumullah.
Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
نضر الله وجه امرئ سمع مقالتي فحفظها ووعاها وبلغها من لم يسمعها
"Allah menyinari wajah seseorang yang mendengar kalamku kemudian menghafalnya dan memahaminya dan menyampaikannya kepada yang tidak mendengarnya..."
~Riwayat Imam At-Tabrani.
~Riwayat Imam At-Tabrani.
Kata Sheikh Mohammad Awad Al-Manqush:
"Siapa yang tidak ada nasab keturunan dengan Rasulullah tapi ingin mempunyai nasab dengannya,maka nisbahkan diri kepada ilmu yang bersambung silsilahnya hingga kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.Kerana para Anbiya' tidak mewarisi harta tapi ilmu."
Kisah percintaan saya dengan Majlis pembacaan Hadis...
Pada mulanya (ketika tahun 1) saya tidak faham keperluan untuk menghadiri majlis pembacaan hadis ini.Pertama,sebab baca dengan kadar yang cepat.Kedua,tidak faham dengan apa yang dibaca sebab tidak disyarahkan dengan detail kecuali ada faedah2 yang ingin dikongsikan oleh sheikh.
Biasalah manusia...semuanya nak cepat.Baru berada di stage 1 sudah mengharap dapat faham segalanya.Sedangkan kefahaman itu diperolehi selepas melazimi sheikh tersebut.
Pertama kali hadir majlis pembacaan hadis seperti ini adalah di majlis guru alfaqir Sheikh Mohammad Awad yang pada ketika itu membaca sohih muslim.Seronoknya ialah apabila sedang membaca hadis2 tersebut, terjumpa segala apa yang diajarkan dan disusunkan oleh Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz dari sudut rutin harian,bacaan zikir dan sebagainya.Penyusunan seorang 'alim itu mesti ada hikmahnya!Kerana dia tahu,dia buat!
Perkara ini yang membuatkan diri ingin lebih tahu akan sunnah2 Rasulullah dan mengamalkannya sebab contoh sudah berada di depan mata, dan itu tiada cara lain kecuali dengan membaca hadis2 Rasulullah dengan seorang guru.
Adab dengan guru/murabbi:
Yakin dengan apa yang disampaikan oleh guru kita.Maksud guru disini adalah guru yang dikenali dengan keilmuannya,adabnya,kewara'annya etc.Yakin bahawa mereka tidak melakukan sesuatu buat kita kecuali ada kebaikannya dan berpandukan ilmu.
Masalahnya sekarang,pada peringkat awal dalam menuntut ilmu sudah mula meragui guru itu.'Betul ke apa yang diajarkan itu ?'.
Kata Syeikh Amrithiy:
إذ الفتى حسب اعتقاده رُفِع * وكل من لم يعتقد لاينتفع
Seseorang itu diangkat martabatnya mengikut kadar keyakinan/kepercayaannya.
Sesiapa yang tidak yakin/percaya dia tak akan mendapat manfaatnya.
Seseorang itu diangkat martabatnya mengikut kadar keyakinan/kepercayaannya.
Sesiapa yang tidak yakin/percaya dia tak akan mendapat manfaatnya.
Bukan salah untuk mengkaji,tapi menerima ilmu itu perlu melalui proses-prosesnya.
Petikan dari kitab الفقيه و المتفقه للخطيب البغدادي :
Proses 1->Diam.
Proses 2->Mendengar dengan baik.
Proses 3->Bertanya dengan baik (Mengkaji/Discussion)
Proses 4->Menghafal dengan baik.
Proses 5->Menyebarkannya (Mengajar)
Kenapa perlu membaca hadis2 Rasulullah dengan guru yang mempunyai silsilah sanad yang bersambung hingga kepada Rasulullah???
Supaya...
1)Terasa kesinambungannya.
2)Barakah menisbahkan diri kepada ulama2 terdahulu hingga pada Rasulullah.Barakah itu datang dalam pelbagai bentuk contoh dari sudut kefahaman dan sebagainya.
3)Cara pembawaan bacaan itu dengan penuh adab hinggalah kita dapat merasakan bagaimana para sahabat itu menerima hadis2 Rasulullah dari Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.
4)Mendapat kefahaman yang betul dan tepat, menepati dengan kehendak Rasulullah.
5)Terdapat ilmu2 tertentu yang tidak diperolehi kecuali dari guru yang mempunyai sanad yang bersambung hingga Rasulullah.
dan banyak lagi rahsia yang alfaqir tidak tahu...
Kenapa kita perlu hadir Majlis pembacaan Hadis???
Supaya...
1)Menambahkan kecintaan kepada Rasulullah bak pepatah mengatakan 'tak kenal maka tak cinta'.
2)Mengenal lebih mendalam lagi.
3)Beramal dengan berpandukan ilmu kerana apabila kita tahu,tidak semudah itu kita melepaskannya iaitu agar lebih istiqamah dalam beramal .
4)Bermotivasi dengan Kalam2 Rasulullah.
Musibahnya zaman sekarang...
Para pelajar yang mendalami bidang agama,lebih menghafal kalam2 orang barat atau yang bukan Islam dari kalam2 Rasulullah.Tidak salah mengambil hikmah itu dari sesiapa saja tapi persoalannya ialah 'adakah itu yang sepatutnya berlaku dari ahli agamawan yang menyambung dakwah Rasulullah?'
Insya Allah akan bersambung!
Ya Allah,Semoga silsilah ini mensyafaatkan kami di akhirat nanti....
No comments:
Post a Comment